TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Thursday, February 28, 2013

Indahnya Hidup Bersyariat - Dato' Ismail Kamus

Assalamualaikum

Urmm...dah lama tak create entry. Awal2 semester macam ni, memang teramat busy, sampaikan nak tengok blog pun tak ada masa. Lebih-lebih lagi berada tahun akhir, banyak perlu di settle kan. Alhamdulilah, hari ni dapat jugak menyelesaikan masalah berkaitan Supervisor Projek Sarjana Muda (PSM).


ok..back to title entry.."Indahnya Hidup Bersyariat" adalah sebuah buku yang ditulis oleh Dato' Ismail Kamus. Isi buku ni sangat bagus wan tengok. Ianya merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu Ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu Kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hukum muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab ilmu bersumberkan Al-Quran dan Hadis sahih.

Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Panduan amalan yang disampaikan mengikut turutan langkah demi langkah. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik.

Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah atau individu. Oleh kerana baucer buku yang Wan dapat semalam tak tahu nak beli apa..so..Wan beli buku ni untuk dihadiahkan untuk my mom... :)

p/s: memang tak rugi kalau korunk beli buku ni..memang sangat berguna...

Sunday, February 24, 2013

Kamus Bahasa Terengganu - Part 6




Next entri "Kamus Bahasa Terengganu"

PART 6

Huruf "G"


  • gaduh = tergesa-gesa
  • gaga = raba
  • gaha = menyental periuk @ kuali
  • ga-ha = gosok
  • gahar = gonyoh
  • gajut = beg plastik
  • galok = gatal / nakal
  • gandeng = melontar
  • gane = macam mana
  • ganu = terengganu
  • gapow = apa
  • ge ge = buat bising
  • gebeng = capang (telinga melebar
  • geddik = hendak sesuatu dari orang tanpa dijemput/undang
  • gedebe = hero / teror / samseng
  • gege = bising
  • geggor = bergegar-gegar
  • gelap gelemat = gelap sungguh
  • gelap gugup = suasana yang amat gelap
  • gelap kattup = gelap gelita
  • gelap mata = pitam / rasa nak pitam
  • gelecoh = tergeliat
  • gelekek = galak / suka
  • gelenya = gatal / nakal
  • geletik tangang = gatal jer tangan
  • geli gelemang = geli
  • gemuk debbok = gemuk sangat
  • gemuk metong = gemuk sangat
  •  gere = bangsal tempat berteduh
  • gerey = gerai
  • getoh bberi = getoh hok dok kenyal doh
  • gewe = kekasih
  • ghagal = meraba
  • gharik = margrib
  • ghetak = penampar laju
  • ghetok = jambatan kecil / titi
  • ghima = harimau
  • ghobar = pemadam
  • ghoyat = bagitau
  • gi kuane = nak pergi ke mana
  • glebek nyeng = tumpul bergigi-gigi
  • glewak = menyibuk / kelam kabut
  • go stan = undur belakanggocoh = bergaduh
  • gogeh = bergoyang
  • goh = sungguh
  • gohek = kayuh / teruskan / ke depan
  • gok = juga
  • golek - arek = terguling sana-sini
  • golok bong = golok @ parang kontot
  • gombeng = berkucup / hisap tetek
  • gong = sombong / gong alat muzik
  • gonyoh = berus dengan kuat / sental
  • gook = reban ayam
  • gop = juga
  • gorek = pengasah pensel
  • guaner gamok = apa khabar
  • gu-la = gulai
  • guling-bating = terguling-guling
  • gulling = terlentang rehat sebelum tidur
  •  gurra bewok = gurauan bodoh yg boleh menyebabkan pergaduhan kecil
  • gustang = undur
  • gutu = kutu

p/s: nantikan part 7 untuk huruf "H"

Saturday, February 23, 2013

Kamus Bahasa Terengganu - Part 5



Next entri "Kamus Bahasa Terengganu"

PART 5

Huruf "E"

  • echir = tabur
  • ek = megah
  • embeng = banyak
  • enjal = tereajang /sepak
  • epek = himpit
  • e-re = kehendak
  • erek = heret
  • esel = ensel pintu
  • etek = juga

p/s: tidak banyak sangat perkataan huruf "E" dalam bahasa Terengganu..nantikan part 6 esok untuk huruf "G"

Segmen header siapa paling awesome part 2


Wah..Segmen header siapa paling awesome part 2 pulak..
dulu..wan jadi sponsor untuk part 1..so..kali ni..nak jadi peserta pulak.. :)

nak join jugak..klik SINI

Thursday, February 21, 2013

Segmen : + Follower 2013

Dah hampir seminggu x join apa2 segmen..bukan tak nak support segmen rakan2 blogger..tapi terlalu sibuk dengan banyak perkara yang perlu diselesaikan awal2 semester ni...

Ok..segmen kali ni..segmen Yaya Nha..Segmen : + Follower 2013..syarat segmen sangat simple..just follow blog or Google + n like FanPage...ok..my follower 225 sekarang...kategori sangat2 newbie..k..Salam...

Tuesday, February 19, 2013

Kamus Bahasa Terengganu - Part 4



Next entri "Kamus Bahasa Terengganu"

PART 4

Huruf "D"


  • dahaga kelat-kelat = teramat dahaga
  • dakper = tidak ader aper / tiada masalah
  • dakper ah = tak apa lah
  • dalang = dalam
  • debe = gedebe / gah / gong
  • decung = sangat laju
  • dedok = sekam padi
  • dek pong = sebabnya / kerananya
  • dekcot = berjalan guna sebelah kaki
  • dekpong = gantian … sangat / lah katakan……
  • deme = anda, awak, kamu
  • e-me = awak
  • dene = basah / berair / gadis mengada-ngada
  • denir pey = sangat becak berlumpur
  • derah = cepat
  • derak = berjalan - jalan
  • derohong = bunyi bising yang kuat
  • desung = laju
  • deyney = melekit
  • dey-pey = hidung berhingus / selesema
  • dhoket = tercacak (e.g: anok panah kena dhoket pada sasaran)
  • diang = diam
  • dimey = awak
  • dinung = di sana
  • do tahu mende = tidak tahu apa-apa
  • dok = tidak
  • dok ahu gop = tidak tahu menahu
  • dok beh = tidak sedap
  • dok dang = tak sempat
  • dok dulli = tak hirau
  • dok e-ra = tidak hirau
  • dok leh = tidak boleh keluar
  • dok ngepong = tidak pandai buat sesuatu
  • dok oh lalu = terlalu over
  • dok owh lalu = terlebih-lebih sangat
  • dok rok = penat / letih, tidak bertenaga
  • dok rok cetong = tidak boleh diharap langsung
  • ok rok meppeh = tak larat
  • dok rok sekepeng = tidak boleh diharap langsung
  • dok rok setarang = tidak boleh diharap langsung
  • dok rok setarang baroh = tidak boleh diharap langsung
  • dok seker = tanpa disangka
  • dok soh = jangan
  • dok tahu starang baroh = tak tahu pun langsung
  • dok wie = tidak bagi
  • dokdang = tak sempat
  • doktong = berjalan-jalan / suka merayau-rayau
  • dondeng = tergantung
  • do'oh = melampau
  • dooh lalu = melampau
  • drohong = terbuka / ternganga / bising / pintu yang terbuka luas
  • du du senung = mentadak mentadu
  • dua amah = RM 1.00
  • dudok cacang = berdiri
  • duduk cokoh = berdiri @ duduk tak berapa betul
  • dulli mung = peduli apa kke awak / tak ambil peduli

p/s: nantikan entri Part 5 - Huruf "E"

Monday, February 18, 2013

Pencarian Bloglist MAC&APRIL 2013 by DJH


jom join...!

Sunday, February 17, 2013

Hi UTHM!!!

Assalamualaikum

Kembali lagi ke UTHM setelah hampir sebulan bercuti di kampung. Kalau ikutkan, malas je nak datang U sebab tak puas lagi bercuti. Apa boleh buatkan, tanggungjawab sebagai student terpaksa la datang jugak. Tak apa..kena bertahan just hanya setahun lagi, lepas tu xde la kelas..assignment, kuiz, test dan final exam. Mood sekarang, dah tak sabar nak grad..hehe

Esok dah start kelas, tapi jadual kuliah tak keluar lagi. So..apa lagi, kira tak ada kelas la esok (pandai2 buat cuti sendiri). Semester ni, Wan dah bergelar Student Final Year, macam tak percaya pulak dah berada pada tahun akhir sekarang. Rasa macam baru bulan lepas daftar kt UTHM ni. Tahun akhir ni la tahun yang paling mencabar jiwa dan raga. Banyak kot yang perlu di settlekan. Dah la, subjek sekarang makin susah..huh..macam mana la nak menghadapi cabaran dan dugaan semester ni..apa2 pun..wish me luck for this semester :)


I Ready For This Semester!!!

Friday, February 15, 2013

GIVEAWAY GOSSIP GIRL


  •   X perlu entry berjela
  •   Kopipes dan komen sahaja
  •   Tunggu tarikh pengumuman hadiah anda
  •   Hanya follow dan like AQOUSTICA ZATI

HADIAH

  • SATU NOVEL "SEMILIR CINTA"
  • 5 RIBBON BROOCHES
  • 5 HEART BOOKMARK CORNER + 10 STICK BOOKMARK
  • 20 LAMINATED BLOGGER BOOKMARK
  • 9 LOLLIPOP ICE CREAM

50 PEMENANG 

*SEMUA PESERTA AKAN DIMASUKKAN KE DALAM BLOGLIST + hadiah penghargaan sebab join. p/s : x mahal pun.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

  • WARDROBE CLEARANCE - SHAWL, PASHMINA, TUDUNG BAWAL
  • WARDROBE CLEARANCE - NOVEL

(Video) Meteorite Crash In Russia 15 February 2013


Serpihan meteor jatuh ke bumi pagi Jumaat tadi (waktu tempatan) di Russia. Dikhabarkan 100 org tercedera. tersangat kuat, sehingga kaca dan beberapa bangunan besar runtuh. Hanya serpihan sahaja. SubhanALLAH..

Result Final Exam


Result untuk final exam Wan baru keluar semalam. hehe.. dan keputusannya,boleh laaaa. Nak kata gempak sangat tu taklah jugak... Tak jangka pun dapat result macam tu. Bagi Wan, itu adalah hadiah yang paling special sekali untuk mak dan arwah ayah. Time Wan nak check semalam..tak berdebar sangat pun..sebab dah tahu grade setiap subjek..cuma pointer yang official je tak tahu..check2 tengok,Alhamdulillah pointer 3.++ je..ada peningkatan sedikit daripada pointer semester sebelumnya..yang penting..dapat balik status "DL"..syukur sangat2...TQ to my parent , TQ to all my beloved Lecturer and TQ to coursemate...


Esok..dah kena balik Johor...Next week..dah start kuliah...dan..akan bergelar student Final Year...lagi bertambah busy la semester baru ni..dengan Projek Sarjana Muda (PSM) lagi...huh..apa-apa pun..dah tak sabar2 nak grad...nak jadi Jurutera pulak.. :)

(Video) Lagu Yang Indah Di Hari Jumaat

Assalamualaikum

Salam Jumaat
Lagu Nasyid yang bertajuk "Suara Azan"
nyanyian Fitri Haris..
Nyanyian yang indah! 
Mengingatkan kewajipan kita sebagai umat islam..



Thursday, February 14, 2013

(VIDEO) Kenyataan Ustaz Azhar Idrus Pasal Gangnam Style




Kamus Bahasa Terengganu - Part 3


Next entri "Kamus Bahasa Terengganu"


PART 3

Huruf "C"

  • cair - boley = teramat cair / tidak pekat
  • cakak = larat / cakap
  • cakcerut = cencerot dlm pasir bawah rumah @ pasir kubur)
  • cakdus = lalai
  • cakkerek = cengkerik
  • cakna = ambil berat
  • cakol = cangkul
  • camba = selerak
  • camba wa = berselerak
  • camboh = taugeh
  • camek = sentuh
  • canggang = macam
  • carik = koyak
  • catduh = buat kerja lebih kurang, sebab nak cepat siap
  • cawak = cawat
  • cebu-ceba = *sound effect kalu mandi pakai gayong
  • ce'dung = bersawah
  • cekik = cubit
  • cekoh = kupas / kopek buah
  • cekor = ambil dengan banyak - biasanya dengan tapak tangan
  • celakak = celaka
  • celeng = tabung duit
  • celerek = ciciran
  • celor = rendam
  • cenneng / cendeng = tergendala disebabkan sesuatu diluar jangkaan
  • cerelong / cerlong = tengok dengan pandangan tajam
  • cero = tawar / pudar
  • ceroh nerang = sangat terang / terang benderang
  • ce'rok = jauh
  • ce'rong = di sudut / tempat yang jauh
  • cetong = gayong / tin susu
  • cettok = berbentuk
  • che = mak
  • che tera lu = cuba dulu
  • cherak molek = masuk sama padan / ngam ngam
  • chero berro = cair yang amat
  • chokeng = tegak / mencanak naik dengan tiba-tiba
  • cikgu = cencerot dlm pasir bawah rumah @ pasir kubur)
  • cokeh = cungkil / tuas
  • coket = geletek
  • cokko = chop / berhenti sekejap
  • cokoh - hanggoh = duk mengcangkung
  • colek = pencicah / sos
  • colok = mancis
  • comey lote = teramat lawa
  • cong = tipu / bohong
  • copeng = hilang sikit bahagian
  • culah = malas / degil
  • cuwit = cubit sikit
  • cuwoh = curah

p/s: nantikan entri Part 4 - Huruf "D"

Wednesday, February 13, 2013

Topup Giveaway By Syiera


jom join...klik banner!!

Hukum Menyambut Valentine Day


Fenomena sebahagian remaja menjadikan Valentine’s Day sebagai perayaan paling diminati dan sangat-sangat ditunggu untuk diraikan bersama kekasih amat merisaukan. Ia sebenarnya merupakan satu fenomena ajaib dan aneh kerana perayaan ini tidak pernah disisipkan secara rasmi di mana-mana kalendar. Akan tetapi ia terus diingati dan diraikan saban tahun.


Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat 

yang disebut 'Valentine Day' amat popular di seluruh dunia 

tidak terkecuali di Malaysia juga. 

Sejarah Disebalik Valentine
  • Pendapat pertama: Pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. 
  • Pendapat kedua: Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine kerana menyebarkan agama Kristian dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Dia telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, dia sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine. 
  • Pendapat ketiga: Dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat.
Hukum Merayakan Valentine Dalam Islam

Rasulullah S.A.W telah melarang untuk mengikuti tatacara agama lain selain Islam, ertinya, ” Barang siapa meniru suatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut ” (HR. At-Tirmidzi).

Syaikh Muhammad al-Utsaimin ketika ditanya tentang Valentine’s Day mengatakan, ” Merayakan Hari Valentine itu tidak boleh ”, kerana ia merupakan hari raya bid’ah yang tidak ada dasar hukumnya di dalam syari’at Islam.


Video Berkaitan Hukum Valentine




p/s: So.. berdasarkan kenyataan orang-orang berilmu yang ada ini....tidak elok bagi kita sebagai umat Islam menyambutnya dan berpesta bila tiba harinya..bermacam perkara maksiat dapat dilihat dan didengar dari media massa bila tiba pada tarikh itu...maka selepas 9 bulan dari tarikh tersebut...kedengaran la berita anak yg tidak berdosa dibuang..tepuk dada tanya iman masing-masing...saya hanya mampu mengingatkan..ingatan untuk diri saya dan rakan2 sekalian..k..salam...

(Video) Iron Man 3 - Official Trailer (HD)




Coming to Malaysia Cinema on April 2013

Big Giveaway by Cikgu Fizi, Fizgraphic, EmasPutih, Duniashida & AimanCool


Big GiveAway by 

Tag friend

Tuesday, February 12, 2013

Kejuruteraan Struktur & Bahan Binaan

Assalamualaikum

Next entry "Civil Engineering", Wan akan menerangkan salah satu lagi Sub-Kejuruteraan Awam..iaitu..Kejuruteraan Struktur & Bahan Binaan..ok..Wan pecahkan kepada 2 bahagian untuk senang nak faham iaitu Kejuruteraan Struktur dan Kejuruteraan Bahan Binaan...kedua-dua bahagian ini saling berkaitan dalam pembinaan..


Kejuruteraan Struktur

Menyentuh prinsip-prinsip pembinaan dan reka bentuk pelbagai struktur yang menanggung beban seperti pembinaan jambatan, landasan kereta api, lapangan terbang, jalan raya dan lebuh raya, empangan, saliran, sistem pembersihan, sistem bekalan air, bangunan, pelabuhan, terowong dan sebagainya.


Prinsip-prinsip yang dikaji ialah analisis dan reka bentuk struktur serta perkara yang perlu diberi perhatian agar struktur serta perkara yang perlu diberi perhatian agar struktur yang dibina kuat dan tahan lasak serta selamat.


Kejuruteraan Bahan Binaan

Mengkaji sifat bahan binaan seperti kayu, keluli, bata, konkrit dan lain-lain yang digunakan dalam projek pembinaan. Kajian ini penting supaya penggunaan bahan ini mengikut spesifikasi dan berkualiti.


ok..tu je yang aku boleh terangkan kat korunk mengenai Kejuruteraan Struktur & Bahan Binaan...apa-apa pun..tq kerana baca entry aku ni.. :)


p/s: tunggu entry "Civil Engineering" seterusnya...

Monday, February 11, 2013

Lagu Siapa Ingin Membawa - Fahrin Ahmad (OST Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi)

Judul lagu : Siapa Ingin Membawa
Penyanyi : Fahrin Ahmad
Ciptaan : Hafiz Hamidun dan Ahmad Fedtri Yahya
Lagu Tema Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi


Video Lagu Siapa Ingin Membawa - Fahrin Ahmad

(VIDEO) Persembahan PSY Di Penang



Agak2 berbaloikah persembahan ini? Tepuk dada, tanya PSY....
Super Malaysia Style

Sunday, February 10, 2013

Kamus Bahasa Terengganu - Part 2



Next entri "Kamus Bahasa Terengganu"..klik SINI untuk view Part 1 (A)

PART 2

Huruf "B"


  • babei = degil
  • badi dang = tentukan siapa yang paling cepat
  • bah = bas
  • bahang = ambil tanpa restu / pukul
  • bahang kattok = kena pukul
  • bahang rambang = buat kerja sambil lewa / ikut dang aje @ main redah
  • bahang tanoh = meninggal dunia
  • baik mbeng = lebih baik
  • bako = bakul
  • bakor = bakar
  • bakpe = kenapa
  • balang = botol
  • balok-arok = serabut kepala / seseorang yang tak terurus
  • bang = azan
  • bapok = besar
  • bapok gong = sangat besar / orang yang paling berkuasa@lupa diri
  • barok = lupa diri / meminta yang bukan-bukan
  • baruh = sawah
  • basah jerok = basah sangat-sangat
  • basar = wakaf / pondok kecil
  • base = memang hok tidak biasa
  • baser = bahasa
  • bata golek = boaster / bantal peluk
  • be do owh = melampau sangat
  • bedang = gatal-gatal anggota tubuh
  • beghak nanang = sangat berat
  • bek woh = kenduri
  • bekeng = garang
  • bekok cobong = bengkak yang teramat sangat
  • bekok notong = bengkak yang teramat sangat
  • bekwoh = kenduri / makan gulai
  • beladung = air yang melimpah
  • belake = semua
  • belambok-lambok = bertimbun-timbun
  • belana @ blana = wujud dalam keadaan yg banyak
  • belang-belang = tengah2 / sambil2
  • belebe = bebel
  • belede = agar-agar
  • belengah = melekit
  • beliung = pepatung
  • belok = bengkok / pusing
  • beng ikang = lori @ van bawa / jual ikan
  • bengong = bingung / sewel
  • bepang = sejenis kuih diperbuat dengan beras pulut
  • bera = merah padam / sedih nak menangis
  • berambak = kejar mengejar
  • berambei = bergantungan
  • berat nanang = teramat berat
  • beratah = keadaan yang banyak sangat
  • berayok mokk = bahasa kasar / menyumpah saranah
  • bere = malu
  • berehi = berahi
  • berembah = bermain-main dengan kasar
  • berender = tergantung-gantung
  • berong = berterbangan bunyi bising (lalat berong)
  • be'rong = lalat @ nyamuk yang banyak berterbangan
  • bese = selalu hendak buang air kecil
  • beso jalor = sudah besar panjang / muma'yih
  • besor bapok = terlalu besar
  • besor jereguk = terlalu besar
  • betak = lembab / melengah-lengahkan
  • bewok = biawak
  • bicuk = benjol (e.g: pala aku bicuk teratuk tadi)
  • bicut = bengkak / benjol
  • bidah = lastik
  • bira = tepi
  • biru berang = biru lebam-lebam
  • bising bangor = teramat bising
  • blana / belana = banyak
  • blebel = membebel
  • bluahh = comot
  • bobbob = air sampai ker hidung / lemas
  • bobok = gelembung udara dalam air
  • bodo do'oh lalu = bodoh sangat
  • boh = banjir
  • bojjeng = gunting rambut / menyikat rambut
  • bokeh = cokeh
  • bollah = cuai
  • bollo'k = penuh sesak
  • bolo = buta
  • bolong = tembus / bocor
  • boloq woq / bollok wok @ woq = sesak @ berserabut
  • botok licing = botak licin
  • bowok = bawa
  • boyak = beritahu
  • bradong @ beradung @ beradong = buat susah-susah je / bersungguh buat sesuatu
  • bralus = kedekut / berhati-hati
  • brigak @ berigak = kena tangkap / kantoi
  • bronok = sejenis kuih diperbuat dari sagu
  • buah pauh = buah mempelam
  • buah pe'lang @ pellang = buah pauh / mempelam
  • buah tai = buah kelapa laut
  • buak = buat
  • buh = letak
  • buh etek = letakkan juga
  • bui = beri
  • bui siya = beri seringgit
  • bulat gete = bulat sebulat-bulatnya
  • bulih = boleh
  • buruk leppok = buruk giler
  • busuk kohong = bau yang teramat busuk
  • buwak = buat
  • buwi = bagi



p/s: nantikan entri Part 3 - Huruf "C"

SEGMEN UPKAN FOLLOWER BY HANA


follower sekarang 89


Semakan Keputusan Permohonan BR1M 2.0 Online


Lebih 2.3 juta permohonan BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0) telah dihantar dan diterima setelah permohonan ditutup pada 31 Disember lepas. Berdasarkan sumber maklumat yang kami terima, semakan BR1M 2.0 boleh mula dibuat bermula 10 Februari 2013 dan dijangka semakan BR1M 2013 boleh juga dibuat secara online buat kali yang pertama dan keputusan BR1M 2.0 juga akan dihantar melalui pos. Info lanjut klik SINI. Kredit info kepada OneNewsHub


Google - Chinese New Year


Seperti biasa, setiap sekali event yang menarik google akan mengubah interface dia mengikut jenis event tersebut..so..kali ini event Chinese New Year

Kelainan untuk sempena Chinese New Year, jika klik icon "play" pada simbol tersebut akan keluar Chinese Song dan game ular..let try..enjoy it!!

Kejuruteraan Pembinaan

Assalamualaikum

Next entry "Civil Engineering"..kali ni..Wan akan terangkan salah satu Sub-Kejuruteraan Awam iaitu Kejuruteraan Pembinaan...maybe sub ini adalah sub yang paling penting dalam bidang kejuruteraan awam...kerana ia menentukan keselamatan dan kelancaran untuk sesuatu pembinaan..

Dalam Sub ini...ia menyediakan pengetahuan tentang pelaksanaan sesuatu projek kejuruteraan awam seperti pengetahuan tentang kaedah pembinaan, proses pembinaan, alatan dan bahan yang digunakan, pengurusan pembinaan serta kerja-kerja yang berkaitan.

Didalam sesuatu projek pembinaan...Terdapat beberapa peringkat dalam sesuatu projek pembinaan iaitu :-

  • Peringkat perancangan
  • Peringkat analisis dan reka bentuk
  • Peringkat pengurusan
  • Peringkat pembinaan
  • Peringkat penyerahan
Setiap peringkat-peringkat ini mempunyai fungsi masing-masing..kelancaran sesuatu projek pembinaan bergantung kepada keberkesanan pengurusan dalam setiap peringkat..jika salah satu daripada 5 peringkat tidak diambil kira...sesuatu projek itu mungkin akan mengalami masalah...

Pihak berkuasa tempatan dan kakitangan teknikal akan terlibat secara langsung dari mula hinggalah ke peringkat binaan itu diserahkan kepada pemilik. Tujuannya adalah untuk memastikan pembinaan yang dijalankan mengikut spesifikasi kerja dan juga mematuhi Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.


p/s: tunggu next entry "Civil Engineering"..Wan akan menerangkan Sub-Kejuruteraan Awam yang lain... :)

Misi pencarian bloglist Adam


bangun pagi...
join misi Blogger Adam...
Klik banner kalau nak join sekali...

Saturday, February 9, 2013

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

Tahukah anda ketika musim perayaan, sekiranya pihak pengusaha bas menaikkan harga tiket melebihi 10% daripada harga asal , itu merupakan satu kesalahan dibawah akta pengangkutan awam dan anda boleh melaporkan pada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat melalui emel mahupun telefon ke pejabat.


Klik SINI jika ingin membuat aduan

Contest teka barang apa

Hadiah..terbaeek..
jom join...

ASTEROID PALING HAMPIR DENGAN BUMI PADA 15 FEBRUARI



Terjumpa artikel mengenai info ini di Blog Ohgadisitu! sebentar tadi. Untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai info ini, anda boleh hit pada pautan INI. Kredit untuk info dari Ohgadisitu!

Kamus Bahasa Terengganu - Part 1

Assalamualaikum


Salam Terengganu Kite

Bahasa dalam entri aku kali ni merujuk kepada "Seleng" @ "Slang" @ "Dialek" @ "Loghat" Terengganu. Ianya bermaksud cara percakapan orang-orang di Negeri Terengganu..seperti yang korunk tahu, biasanya orang Terengganu sebut sesuatu perkataan akan berakhir dengan huruf "G" dihujungnya. Tak semua orang tahu maksud dan cara sebutan perkataan Bahasa Terengganu. Sebab tu la aku tulis entri pasal "Kamus Bahasa Terengganu" untuk memudahkan orang-orang luar lebih memahami loghat orang ganu...


Entri berkaitan "Kamus Bahasa Terengganu" akan ada banyak part, sebab kalau nak tulis semua perkataan dalam satu entri..memang cukup panjang..so..aku mula dengan Part 1 untuk huruf "A"



  • Abih = habis
  • Abih reng = sehabis upaya
  • Abih tea = sekuat tenaga
  • Acing perring = bau hancing kencing
  • Acu = cuba
  • Agah / beragah = orang kecik jenis berani
  • Agoh = orang yang sombong
  • Air chor = air basuhan bertakung dari dapur / air longkang
  • Air geh = air bikarbonat
  • Air geh tujuh yupi - cap katung joget2 = air 7 up
  • Air mati / air kosong = sky juice
  • Air tuak = air nira
  • Aitu = hari tu
  • Amah = 50 sen (ie: samah(50sen), dua amah(rm1.00),tiga amah(rm1.50)
  • Ambe = saya
  • Ambek = ambil
  • Amok reng = malas nak tolong
  • Angik netong = nasi hangit kehitaman
  • Anguh letong = sangat hangus
  • Angus letong = sangat hangus
  • Apah nyor = hampas kelapa
  • Aper ke jadah @ jadoh = apa ke hal
  • Arung = harung
  • Atak = atap / bumbung
  • Ator = hantar
  • Atu = hantu
  • Atur kecing = sssshhh ssshh!!! Supaya bayi kencing
  • Awang = awan
  • Ayang = ayam
  • Ayor dok ayor gok = ia tidak / sesungguhnya

p/s: Kalau ada yang tak faham..korunk boleh tanya...


Tunggu entri Part 2 untuk huruf "B"

Friday, February 8, 2013

Senarai Peserta Segmen

Segmen: Aswan Azmy Mencari Bloglist March 2013


Terima kasih kepada yang sudi join segmen ini. . . .
Tarikh Tutup Penyertaan : 28 Feb 2013
klik SINI kalau nak join

  1. http://yayaonly.blogspot.com/2013/02/segmen-aswan-azmy-mencari-bloglist.html
  2. http://kisahsidairy.blogspot.com/2013/02/segmen-aswan-azmy-mencari-bloglist.html
  3. http://indahsutera0605.blogspot.com/2013/02/segmen-aswan-azmy-mencari-bloglist.html
  4. http://cyanxkamo.blogspot.com/2013/02/segmen-aswan-azmy-mencari-bloglist.html
  5. http://asmarpunyablog.blogspot.com/2013/02/segmen-aswan-azmy-mencari-bloglist.html
  6. http://everybloghavetheirownstory.blogspot.com/2013/02/current-chapter-segmen-aswan-azmy.html
  7. http://beebeesiyelowme.blogspot.com/2013/02/segmen-aswan-azmy-mencari-bloglist.html
  8. http://kanvasdakwat.blogspot.com/2013/02/segmen-aswan-azmy-mencari-bloglist.html
  9. http://ayulahnie.blogspot.com/2013/02/aswan-azmy-mencari-bloglist-march-2013.html
  10. http://ainpunyeceritalah.blogspot.com/2013/02/segmen-aswan-azmy-mencari-bloglist.html
  11. http://nidajiwakosong.blogspot.com/2013/02/segmen-aswan-azmy-mencari-bloglist.html
  12. http://fiqansz.blogspot.com/2013/02/segmen-aswan-azmy-mencari-bloglist.html
  13. http://sweet7cupcakes.blogspot.com/2013/02/segmen-azwan-azmy-mencari-bloglist.html
  14. http://diaryismah.blogspot.com/2013/02/segmen-aswan-azmy-mencari-bloglist.html
  15. http://angellovesoldier.blogspot.com/2013/02/segmen-aswan-azmy-mencari-bloglist.html
  16. http://anisanisa33.blogspot.com/2013/02/segmen-aswan-azmy-mencari-bloglist.html
  17. http://justforcontest.blogspot.com/2013/02/segmen-aswan-azmy-mencari-bloglist.html
  18. http://hani-allaboutme.blogspot.com/2013/02/segmen-aswan-azmy-mencari-bloglist.html
  19. http://www.aimisyahirah.com/2013/02/segmen-aswan-azmy-mencari-bloglist.html
  20. http://missbubblee.blogspot.com/2013/02/segmen-aswan-azmy-mencari-bloglist.html
  21. http://www.ayuinsyirah.my/2013/02/segmen-aswan-azmy-mencari-bloglist.html
  22. http://nurfaezahabdullah1712.blogspot.com/2013/02/segmen-aswan-azmy-mencari-bloglist.html
  23. http://www.nurainsyahirah.my/2013/02/segmen-aswan-azmy-mencari-bloglist.html
  24. http://nurhafizahpija.blogspot.com/2013/02/segmen-aswan-azmy-mencari-bloglist.html
  25. http://anirahazuri.blogspot.com/2013/02/segmen-aswan-azmy-mencari-bloglist-March-2013.html
  26. http://andisakinah.blogspot.com/2013/02/segmen-aswan-azmy-mencari-bloglist.html

MALAYSIA VS CHELSEA - 21 JULY 2013


Juara Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara, Chelsea bakal mengadakan kunjungan pra-musim ke Asia Tenggara termasuk menguji pasukan Pilihan Malaysia Julai ini.

Kelab tersebut mengesahkan kedatangan mereka semalam dan bakal mengadakan perlawanan persahabatan dengan negara serantau lain seperti Thailand dan Indonesia.
Kali terakhir Chelsea mengadakan kunjungan ke Asia ialah musim lalu, disusuli kejayaan kelab London itu meraih kejuaraan Liga Juara-Juara dan Piala FA.

Mereka akan bertemu pasukan Pilihan Malaysia pada 21 Julai depan di Stadium Shah Alam, empat hari selepas mengadakan pertemuan dengan Pilihan Thailand bagi saingan Piala Singha di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok.

SUMBER : Utusan

Kelebihan Berselawat

Assalamualaikum

Salam Jumaat

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izarail A.S telah berkata kepadaKu"

Berkata Jibrail A.S. : " Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasMu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S: " Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil : " Mereka yang berselawat kepadaMu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : " Bagi mereka yang berselawat ke atasMu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para Malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.




p/s: dengan entri ini, wan harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para Malaikat

Segmen: Aswan Azmy Mencari Bloglist March 2013

Assalamualaikum

Selamat pagi..dan Salam Jumaat...selalunya wan yang duk join segmen orang lain .. Sekarang nie nak buat segmen sendiri pulak .. Tak tahu la ada orang nak join ke tak ..hehe..harap-harap ada lah ea... :)



Kalau korunk tengok blog wan..kosong je kan part blogslist..tak tahu nak listkan blog siapa..
so..mari la idea nak buat segmen ni...daripada penyertaan korunk dalam segmen ni..wan akan pilih 20 blog untuk di"list"kan dalam bloglist wan..so..nak join..follow step kat bawah ni..mudah je...



  • Buat 1 entri tajuk “Segmen: Aswan Azmy Mencari Bloglist March 2013”
  • Lekatkan banner di atas bersertakan link direct ke post ni balik !
  • Follow blog Wan
  • Like Fan Page
  • Datang balik ke blog ni, then comment di bawah link post anda besertakan nama blog supaya Wan boleh add dalam List Peserta nanti.
  • Tarikh tutup penyertaan 28 Feb 2013


Nota:
Jika jumlah penyertaan melebihi 30...Wan akan bagi:

  • Top Up RM10 untuk seorang perserta + Listkan Blog dalam bloglist Wan..
  • Top Up RM5 untuk seorang perserta + Listkan Blog dalam bloglist Wan..



Thursday, February 7, 2013

Fenomena Setia Hujung Nyawa

Assalamualaikum

Astaghfirullahaladzim.. 
apa nak jadi dunia sekarang...
terlalu terpengaruh dengan cerita yang dia orang tengok
kalau sekadar tengok saje tak apa la jugak.. 
ni...siap nak ikut-ikut lagi.. 
kalau nak ikut perkara-perkara yang berfaedah tak apa.. 
ni..perkara yang boleh merosakkan akhlak... 

baca ni 
apa komen korunk setelah baca statement si "iqa" ni?? 


p/s: Jangan mudah terpengaruh sangat yea.. itu kan cerita je.. lakonan semata2.. hidup di alam realiti tak sama dengan dalam drama, filem or novel..perempuan baik utk lelaki yg baik.. hidup berpandukan AL-Quran dan Sunnah.. taat kepada ALLAH.. InsyaALLAH.. akan mendapat apa yang diidamkan.. kerana itu semua ketentuan ALLAH..