TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Showing posts with label UTHM. Show all posts
Showing posts with label UTHM. Show all posts

Monday, April 7, 2014

Universiti aku pun dilanda sakura

Universiti aku..tak lain tak bukan..Universiti Tun Hussein Onn la atau dikenali UTHM. Dato Hisammuddin cakap Universiti TerHebat Malaysia. Dato Hisammuddin tu menteri mentor bagi universiti aku ni. Tapi, aku ni dah digelar Ex-UTHM..dah habis belajar kan... Kalau ada kat UTHM sekarang, pasti merasa macam belajar kat Jepun. Apa tak nya, sepanjang jalan pintu masuk ke dalam universiti dipenuhi dengan bunga-bunga sakura. Gambar kat bawah aku ambik dari facebook yang berkaitan UTHM. Fuhh..cantik..rindu pulak kat universiti aku ni.

bunga sakura di UTHM

bunga sakura di UTHM


Wednesday, February 12, 2014

Result exam dah keluar


Akhirnya, result paling ditunggu-tunggu..result exam final sem final year telah keluar semalam. Fuhh..berdebar nak tengok. Alhamdulilah, semuanya ok. Secara rasminya, telah tamat belajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sebagai student Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian. Yang menariknya, result semester akhir degree sama dengan result semester diploma. Kebetulan pulak dapat pointer sama macam tu. Walaupun grad bukan dengan pointer first class..tapi bersyukur grad dengan pointer 3.6+ (adess..kalau tambah 0.0+ lagi..mesti dah tak perlu bayar PTPTN..hehe).

Jutaan terima kasih kepada semua pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu sepanjang belajar di UTHM. Jasa kalian amat-amat dihargai. Sekarang, dah mula rindu-rindu kawan. Dah hampir sebulan tak jumpa mereka semua. InsyaAllah, suatu hari nanti..kita berkumpul balik.. :)

Wednesday, January 15, 2014

Hari terakhir exam


Akhirnya..tiba la saat yang ditunggu-tunggu.. 15 Januari 2014. Hari ini merupakan hari terakhir final exam..last payper..Satu sejarah juga dalam hidup aku. Mungkin hari ini..hari terkakhir aku menduduki final exam di UTHM..InsyaAllah..lepas ini perlu menempuhi alam kehidupan yang baru pulak..iaitu alam kerjaya. 

Tak tahu la perasaan aku hari ini macam mana..ada gembira..ada sedih.. Mungkin sebab selepas ini dah susah nak jumpa kawan-kawan seperjuangan kot. Pukul 5:30 petang nanti, berakhir la semuanya perjuangan selama 3 tahun. Apa-apa pun..doakan aku agar dipermudahkan untuk menjawab last payper ini... :)

Tuesday, January 14, 2014

Majlis perpisahan group B batch Disember 2010/2011 UTHM

Setiap pertemuan mesti ada perpisahan, dah lumrah kehidupan. Takdir telah menentukan segalanya. Kita hanya mampu merancang, yang menentukan Allah SWT. Walaupun berat hati nak berpisah, tetapi perpisahan itu akan tetap terjadi. Jangan sedih, jangan kesal dan jangan alpa. Sesungguhnya, persahabatan yang kita jalinkan selama 3 tahun ini adalah takdir dari Ilahi. 

Erti persahabatan!.. Adakah seperti bermain futsal..mula-mula kejar.. dah dapat..sepak.. ataupun seperti pelangi.. hanya muncul apabila gerimis hujan..dan apabila cerah hilang! Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun disaluti kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang, membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan. So, aku harap persahabatan kita semua seperti berlian itu jugak, sentiasa berkilauan walaupun apa pun keadaan. Susah senang kita tetap bersama. Walaupun  jauh dimata..hati kita akan tetap bersatu demi erti persahabatan yang kita jalin selama 3 tahun ini. 

Adakah kita dapat mengalami lagi saat-saat seperti gambar-gambar dibawah ini? Masihkah ada ruang atau waktu untuk kita sama-sama bertentang mata seperti ini lagi? InsyaAllah..















Ingat..Persahabatan kita tidak terhenti di sini
Teruskan ikatan silaturahim ini
semoga persahabatan kita ini diredhai Allah SWT..

TERUSKAN PERJUANGAN
SELAMAT MENEMPUHI ALAM KEHIDUPAN YANG BARU
GUD LUCK..!







Monday, January 13, 2014

Blogger femes..Malu wehh...!


Tengok gambar kat atas ni..malu wehh..Adess..Habis bocor rahsia lepas ini. Dah la dalam UTHM Troll. Mesti semua student2 UTHM tahu.. Aku ni kategori blogger femes k..Rasanya tak..Kalau femes tu..macam blogger bro Ben Ashaari. Tak layak lagi nak kategorikan aku sebagai blogger femes. Lagi pun, blog ni biasa-biasa je..tak la gempak.. Lepas terbongkar pasal ni, semua budak kelas panggil aku blogger femes..ceh..perli aku la tu..Urmm..biarkan je la..nasib dah nak habis belajar kat UTHM..

p/s: Tadi..dah ada student yang aku tak kenal tegur aku.."blogger Aswan Azmy ea?"

Sunday, January 12, 2014

Mood last payper


Alhamdulilah..selesai menjawab paper exam yang ke-4 iaitu Road Safety Engineering sekejap tadi. So, tinggal satu lagi paper..lasttt payper...last payper...Tapi, lambat lagi paper last tu..petang rabu nanti. Adess..dah tak ada mood nak study untuk paper last. Last paper ni adalah subjek pengurusan sisa pepajal dan sisa merbahaya. Nama subjek pun dah bahaya..So, harap-harap boleh jawab la nanti. 

Urmm..dah ada kawan-kawan yang habis paper hari ini. Mood jeles tu ada jugak..hehe..sebab dia orang asyik perli je orang masih tak habis paper lagi ni..haish..tak apa..sabar-sabar..tinggal beberapa hari je lagi..

p/s: Hari khamis nanti..terus balik kampung..yahooo...

Thursday, January 9, 2014

Penangan Final Year Project sudah berakhir


Setelah 2 semester pengorbanan menyiapkan Final Year Project (FYP) atau dikenali Projek Sarjana Muda (PSM), akhirnya selesai jugak urusan itu hari ini. Sekejap tadi, dah hantar 2 salinan tesis di fakulti. Dengan itu, selesai la menyempurnakan FYP untuk pengajian ini.

Alhamdulilah kehadrat Ilahi, kerana dapat jugak menyiapkannya mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang menyiapkan projek ini. Tapi, dengan pertolongan penyelia iaitu Encik Salman Bin Salim dan rakan-rakan seperjuangan dapat jugak menghadapi semua dugaan dan cabaran tersebut. Tak lupa juga, kepada keluarga yang selama ini banyak memberi dorongan. 

Jutaan terima kasih kepada mereka semua yang telah banyak membantu dan memberi kata semangat sepanjang menjalankan projek. Hanya ungkapan terima kasih mampu diberikan. Terima kasih semua...!

Sunday, January 5, 2014

Pra - Konvokesyen

InsyaAllah..dah tak lama nak habis pelajar. Tinggal lebih kurang 10 hari lagi. Sekejap je rasa masa 3 tahun berlalu. Macam baru semalam je rasa daftar di Universiti Tun Husseion Onn Malaysia (UTHM). Ok, fokus pada tajuk entri..pihak Alumni UTHM telah mengadakan satu sesi pemakaian jubah dan pengambaran bagi pelajar-pelajar semester akhir yang akan grad tak lama lagi..Sebenarnya, sesi khas untuk pelajar Kejuruteraan Awam  diadakan 2 minggu lepas. Tapi, oleh kerana sibuk..terpaksa pergi pada sesi umum iaitu hari ini. Pergi pun 5 orang je..budak group ramai yang dah pergi pada sesi khas tu..Walaupun 5 orang je..tapi, tetap meriah..








Menitis air mata buat video ini



Video khas untuk pelajar-pelajar Group B Batch Disember 2010/2011 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sempena detik perpisahan yang akan menjelma tak lama lagi. Secara ikhlas aku katakan, aku buat video ini dengan rasa sebak mengenangkan nasib persahabatan kami semua. Setelah 3 tahun kami bersama, akhirnya kami terpaksa berpisah. Takdir menentukan semuanya..kami bertemu dan kami berpisah. 

Aku tahu, setiap pertemuan ada perpisahan. Memang lumrah kehidupan begitu. Tapi, nak menerimanya memang berat. Jatuh bangun kami bersama. Walaupun ada ketika, ada yang bermasam muka, ada yang sesuatu yang tak kena dan ada yang rasa tidak puas hati. Tapi, itu semua asam garam dalam persahabatan. Ianya boleh mengeratkan lagi ikatan ukhwah antara kami.

Dunia persahabatan..walaupun diharungi dengan pahit dan manis..ianya akan meninggalkan kenangan yang paling mendalam dalam hidup. Kenangan yang belum pasti dapat mengulangi kembali atau tidak. Tapi yang pasti, kenangan yang telah dilalui ini pasti akan tersemat di dalam hati. Mungkin suatu hari nanti, ianya boleh buat seseorang itu ingin kembali pada saat dan ketika ini. Tapi, itu semua mustahil boleh berlaku. 

Sepanjang 3 tahun di UTHM, memang banyak cabaran yang perlu diharungi. Tapi, dengan adanya kawan-kawan aku ini. Telah memberi semangat untuk mengharungi cabaran tersebut. Aku dah anggap mereka semua dah macam adik beradik aku selama 3 tahun ini. Tapi, tidak bererti sampai di sini sahaja ikatan kami, tapi..untuk selama-lamanya.

Maafkan aku kawan-kawan, aku buat video ini bukan untuk buat korunk semua sedih..tapi sebagai kenangan untuk masa akan datang. Supaya korunk semua tak lupakan persahabatan yang kita jalinkan selama 3 tahun ini. 

MAAFKAN AKU SEPANJANG 3 TAHUN INI

"SEMOGA ALLAH MEREDHAI PERSAHABATAN KITA"

Friday, January 3, 2014

3 kecundang 2 menanti


Alhamdulilah..dah 3 paper final exam dah ditempuhi. Sekarang ini, tinggal 2 paper lagi. Tapi, paper seterusnya 10 hari lagi. Lambat lagi..so..nak study pun tak ada mood lagi. Enjoy je la dulu. Release tension selepas jawab 3 paper.

Paper semalam memang mencabar. Boleh dikatakan paper hardcore la. Pening dibuatnya. Tapi, jawab je sekadar yang mampu. Tawakal je la..2 paper lagi ialah paper keselamtan Lebuhraya dan satu lagi paper sisa pepejal.

Bila la nak study 2 paper lagi ni, serius dah tak ada mood nak study. Dalam kepala sekarang ini ingat nak balik kampung je. Sabar-sabar..tinggal beberapa hari lagi. 

p/s: Salam jumaat pertama 2014

Saturday, December 28, 2013

Final exam semester 6 sesi 1 2013/2014


Debaran final exam semakin terasa. Lagi beberapa hari lagi nak start final exam. Untuk semester ini, ada 5 paper. Ada orang cakap banyak 5 paper. Tapi bagi aku, dah biasa dah dengan exam 5 paper sebab 5 paper paling sikit sepanjang buat degree ni. Yang paling banyak, terpaksa jawab 7 paper untuk 1 semester.

Jadual exam untuk semester ini amat membebankan sebab ada 3 paper direct 31hb, 1hb dan 2hb. Fuhh..entah sempat k tak nak cover 3 paper ini dalam masa beberapa lagi ini. Dugaan di semester akhir. Semoga ianya dapat dilalui dengan hati yang tenang. InsyaAllah... :)

Monday, December 23, 2013

Selesai satu dugaan


Hari ini merupakan seminar bagi Final Year Project 2. Sampaikan tidur pun tak lena semalam kerana terlalu fikirkan nak present pagi tadi. Tapi, syukur Alhamdulilah..semua urusan presentation hari ini berjalan lancar. Walaupun terpaksa present 2 kali di hadapan 2 orang panel, tapi berbaloi. Akhirnya, dugaan yang paling besar untuk semester akhir ini selesai. Selagi tak selesai projek ini, selagi itu la mimpi seram mengenai projek ni...hahaha. Apa-apa pun, syukur ke hadrat Ilahi kerana dipermudahkan untuk presention tadi. Sekarang ni, tunggu masa nak print report je dan jilid hard cover. Lepas itu, kena fokus kepada final exam pulak. Mood sekarang, dah ok sikit lepas presentation. :)

Monday, December 16, 2013

Sebulan sahaja lagi


Sebulan sahaja lagi. Itu la masa yang kami ada untuk bersama. InsyaAllah, selepas 15 Januari 2014 nanti, semua akan bawa haluan masing-masing. Sempena perpisahan kami tidak lama lagi, kami satu batch intake Disember 2010/2011 telah sepakat mengadakan satu event terakhir iaitu perlawanan persahabatan bola sepak. Event ini diadakan di Stadium Kluang, Johor. Tujuan event ini diadakan untuk mengeratkan lagi ikatan silaturahim diantara kami semua. Student batch kami ni tak ramai pun, dalam 100 orang lebih je. So, ada 2 group je la iaitu Group A dan Group B. 

Event semalam memang sangat meriah. Semangat sorokan setiap group memeriahkan lagi suasana di padang stadium. Lebih-lebih lagi, setiap kali jaringan gol dilakukan. Lompatan, sorokan dan jeritan yang sangat-sangat happening. Perlawanan persahabatan tersebut diakhiri dengan keputusan seri 3 - 3. Apa-apa pun, event terakhir ini boleh dijadikan sebagai kenangan selama perkenalan kami semua 3 tahun ini. 

#p/s: lepas ni, dah susah nak jumpa dia orang semua

Friday, December 13, 2013

Peratusan pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki di IPTA


Peratusan pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki di IPTA. Gambar diatas menunjukkan peratusan bilangan pelajar mengikut jantina di 18 IPTA di Malaysia. Majoriti, bilangan pelajar perempuan lebih ramai dari pelajar lelaki di setiap universiti. Pelajar lelaki hanya ramai di universiti-universiti yang berkonsepkan teknikal seperti UTHM, UTeM dan UniMAP. 

Sunday, December 8, 2013

Berhujung minggu di Bilik 24jam Library UTHM

Bilik 24jam Library UTHM

Hujung minggu..macam tak hujung minggu. Dah 3 hari terpaksa berkampung di Bilik 24jam Library UTHM. Hujung minggu ini terpaksa berhempas pulas menyiapkan 2 projek untuk submit hari selasa nanti. Penat campur malas..Datang pagi..balik petang. Datang malam balik..3 pagi. Macam tu rutin harian 3 hari ini. Hujung semester, memang selalu macam ini. Sibuk dengan projek yang berbukit-bukit perlu dihantar. Last minute buat, macam ni la jadinya. Memang dah perangai student..suka buat kerja last minute. Group aku je kot macam tu..group lain-lain tak tahu la..

#p/s: nasib baik esok cuti lagi..boleh fokus kepada 2 projek ini lagi.

Saturday, December 7, 2013

Penyanyi OST Love You Mr. Arrogant di UTHM


Penyanyi OST drama kegilaan ramai Love You Mr. Arrogant iaitu Nomad telah membuat persembahan secara terbuka di Dewan Tunku Mahkota Ismail UTHM pada petang ini. Persembahan tersebut sempena Karnival Homecoming Alumni UTHM anjuran bersama Kumpulan Media Karangkraf. Lagu yang di nyanyikan oleh Nomad, mesti lah lagu tema Love You Mr. Arrogant. Turut membuat persembahan ialah IamNeeta dengan lagu popularnya Terima Kasih. Karnival ini akan berlangsung sehingga esok.

#p/s: rupa-rupanya ramai jugak peminat Nomad di UTHM..orang ganu boh!

Thursday, November 28, 2013

Selesai mengundi (PRK UTHM)


Selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi untuk Pilihan Raya Kampus (PRK) UTHM. Hari ini merupakan hari pemilihan bakal-bakal Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) untuk sesi 2013/2014. 

Undi siapa? urrm...undi calon-calon yang kenal je..selebihnya..klik je yang rasa berkenan..haha. Untuk calon umum iaitu calon MPP, 11 calon mesti dipilih, manakala untuk kerusi fakulti hanya 4 calon perlu dipilih.

#p/s: Pilihan Raya Kampus kali terakhir

Sunday, October 27, 2013

Kursus Pra Perkahwinan

Kursus Kahwin

Alhamdulilah..selesai Kursus Kahwin selama 2 hari di UTHM. Baru selesai kursus..kahwinnya..lambat lagi..hehe..Selama 2 hari kursus, banyak jugak ilmu pengetahuan tetang kehidupan berumah tangga.. Yang bestnya kursus ni, hampir separuh rakan-rakan kelas join sekali. Memang meriah la buat secara beramai-ramai.. Kursus ini anjuran Pusat Islam UTHM dan Pejabat Agama Daerah Batu Pahat. Semua peserta di kalangan pelajar-pelajar UTHM. Bayaran yang dikenakan RM100 dan bilangan peserta 250 orang.

Terdapat 12 slot ceramah yang terdiri daripada slot munakahat, Aqidah, Akhlak, Kehidupan berumah tangga, Komunikasi, sumber kewangan dan banyak lagi. Setiap slot, mempunyai cerita masing-masing. Ada slot yang terlalu buat kami semua gelak sakan. Tapi, ada jugak slot yang agak membosankan. Apa-apa pun, enjoy dengan kursus ni selama 2 hari.

Rakan-rakan satu kelas
#p/s: kerja dulu, baru kahwin

Thursday, October 24, 2013

Pertama kali untuk semester ini

Dah nak sampai pertengahan semester, tapi pertama kali lakukan. Ok, ni cerita 2 hari lepas..Oleh kerana sibuk untuk siapkan projek Perisian Kejuruteraan Awam yang Wan cerita hari tu (baca SINI), terpaksa ponteng kuliah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Bukan suka hati nak ponteng, tapi dah terpaksa! Sebab, untuk projek ini..Software yang perlu digunakan hanya ada Makmal Komputer Fakulti sahaja. Dalam laptop tak ada. Software memang mahal..beribu-ribu ringgit harganya.

So, dengan bilangan komputer yang terhad dan waktu penggunaan makmal yang kritikal, terpaksa la ponteng kuliah. Time tu je makmal free..time lain..full dengan kuliah makmal tu. Tak apa, kali pertama ponteng kuliah..InsyaAllah..lepas ni tak buat dah..Sorry ea puan.. :)


Ini gambaran 3D rekabentuk rumah untuk projek ini. Nak buatnya, tak la susah sangat. Tapi, nak tahu samada apa yang kita rekabentuk tu lulus atau gagal perlu mengambil masa yang lama. Kalau ada struktur yang gagal..kena ubah lagi..sampai la..semua rekabentuk itu complete.

#p/s: best guna software ni..boleh design rumah atau bangunan yang pelbagai bentuk

Monday, October 21, 2013

Belajar selepas subuh

Dihening subuh..dikesunyian pagi..adalah waktu yang paling baik untuk belajar. Pada Wan, belajar pada waktu pagi lebih baik kerana senang nak faham dan apa yang kita belajar tu mudah masuk ke dalam otak. Ianya kerana, waktu itu otak kita masih fresh.

Ok, selepas subuh tadi..ambik masa dalam 1 jam setengah untuk study pelan arkitek untuk projek Perisian Kejuruteraan Awam. Untuk projek ini, pensyarah telah memberi tugasan untuk merekabentuk bahagian struktur bagi satu rumah teres satu tingkat. Kerja merekabentuk ini menggunakan software yang sangat familiar bagi orang yang dalam bidang kejuruteraan awam iaitu "Esteem". Esteem ini satu software untuk merekabentuk bahagian struktur sesuatu bangunan. Guna software adalah salah satu kelebihan kerana kalau kira manual, ambik masa yang lama.

Tapi, sebelum merekabentuk menggunakan software tersebut..kefahaman mengenai bangunan yang ingin direkabentuk perlu ada. Sebab, pelan daripada arkitek kita perlu kaji dan fahami. Antara yang perlu diketahui contohnya kedudukan beam (rasuk), kedudukan tiang, struktur lantai dan sebagainya. Di alam pekerjaan, kerja-kerja merekabentuk ini dilakukan oleh Consultant Civil & structure (C&S).

Pelan arkitek, rumah teres, pandangan rumah
Pelan pandangan tepi rumah
Pelan arkitek, rumah teres, pelan lantai
Pelan lantai
Pelan arkitek, rumah teres, pandangan rumah
Pelan pandangan belakang dan depan rumah
#p/s: Dalam banyak-banyak bidang dalam Kejuruteraan Awam, bidang merekabentuk paling best..Tapi, bidang ini la yang paling susah..