TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Showing posts with label Tips/Info. Show all posts
Showing posts with label Tips/Info. Show all posts

Sunday, April 23, 2017

Tarikh penting UPU 2017/2018 bagi lepasan SPM dan STPM 2016

Tarikh penting bagi lepasan SPM dan STPM 2016
Tarikh-tarikh penting UPU 2017/2018


14 ~ 20 Mei 2017
Hebahan Keputusan Permohonan Lepasan SPM/ Setaraf ke UA/Politeknik Premier


14 ~ 20 Mei 2017
Hebahan Keputusan Permohonan Lepasan SPM ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA


14 ~ 20 Mei 2017
Permohonan UPUOnline Rayuan DIBUKA bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA


21 ~ 23 Mei 2017
Permohonan UPUOnline Rayuan DITUTUP bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA


21 ~ 27 Mei 2017
Semakan Panggilan Temuduga (Pendidikan) bagi Lepasan STPM/Setaraf


21 ~ 27 Mei 2017
Semakan Panggilan Temuduga (Bukan Pendidikan) Ujian MEdSI bagi Lepasan STPM/Setaraf


11 ~ 17 Jun 2017
Hebahan Keputusan Rayuan Permohonan bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA


12 Jun 2017
Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) bagi Lepasan STPM/Setaraf DIBUKA


30 Jun 2017
Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) bagi Lepasan STPM/Setaraf DITUTUP


01 ~ 05 Ogos 2017
Hebahan Keputusan Permohonan bagi Lepasan STPM/Setaraf


01 ~ 05 Ogos 2017
Permohonan UPUOnline Rayuan DIBUKA bagi Lepasan STPM/Setaraf


06 ~ 12 Ogos 2017
Permohonan UPUOnline Rayuan DITUTUP bagi Lepasan STPM/Setaraf

20 ~ 26 Ogos 2017
Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 1 bagi Lepasan STPM/Setaraf


10 ~ 16 September 2017
Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 2 bagi Lepasan STPM/Setaraf



Sumber: Portal Rasmi KPM


Artikel ini dikeluarkan pada 23 April 2017, info mungkin akan berubah. Untuk keterangan dan maklumat lebih tepat, sila layari website UPU di sini http://upu.moe.gov.my/web/

Saturday, May 14, 2016

Semakan Keputusan UPU 2016/2017 (Lepasan SPM/setaraf) Secara Online

UPU
Semakan Keputusan UPU 2016/2017 (Lepasan SPM/setaraf) Secara Online

Status keputusan permohonan kemasukan ke universiti awam atau politeknik premier bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh disemak pada 16 Mei (Isnin) mulai 12 tengah hari.



Cara Semak Keputusan UPU 2016/2017 (Lepasan SPM/Setaraf)

Pemohon boleh membuat semakan keputusan rayuan menerusi link yang disenaraikan dibawah:








Semakan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) (Short Messaging Service)

Untuk semua talian telefon bimbit 
Sila taip: 
UPU RESULT [No. KP] dan SMS ke: 15888

Tahniah kepada yang berjaya..!

Tuesday, March 1, 2016

Semak keputusan SPM 2015

Semak keputusan SPM 2013 secara SMS
Semak keputusan SPM 2015
Result SPM 2015

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 akan diumumkan pada 3 Mac 2016 (Khamis). Calon-calon SPM 2015 bolen mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, manakala calon persendirian  akan dimaklumkan melalui pos atau menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar.


Cara Semakan Melalui SMS
  • Semakan keputusan SPM 2015 secara SMS boleh anda semak bermula dari jam 10:00 pagi 3 Mac 2016 dan ditamatkan pada pukul 11.59 malam 9 Mac 2016.
  • Format semakan SPM 2015 secara SMS : SPM [nombor MyKad] [Angka Giliran SPM] dan sms ke 15888.

Wednesday, February 10, 2016

Fakta Tentang Virus Zika - Gelaja dan Pencegahan

Fakta tentang virus Zika
Fakta Tentang Virus Zika
Gelaja dan Pencegahan

Gambar diatas menerangkan fakta mengenai virus Zika yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Virus ini bermula di Brazil dan telah merebak ke 26 buah negara. Jangkitan virus ini dikaitkan dengan kecacatan otak bayi dalam kandungan dan sindrom saraf. Tanda-tanda jangkitan virus Zika dan cara pencegahan jangkitan virus Zika terdapat pada gambar diatas.

Wednesday, January 27, 2016

Tarikh penting UPU 2016/2017 bagi lepasan SPM dan STPM 2015

Tarikh penting bagi lepasan SPM dan STPM 2015


18 Jan 2016 - 04 Apr 2016
Nombor Unik ID BSN mula dijual - Nombor Unik ID BSN boleh didapati di kaunter Bank Simpanan Nasional atau perbankan internet myBSN.

18 Jan 2016 - 05 Apr 2016

Sistem UPUOnline dibuka - Sila mohon di URL https://online.mohe.gov.my/upu/onlineupu_1617/

11 Apr 2016 - 15 Apr 2016 

Semakan Panggilan Temu Duga - (Untuk calon lepasan SPM/Setaraf) 

09 May 2016 - 13 May 2016 
Hebahan Keputusan Kemasukan Ke UA/ Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA - (Untuk calon lepasan SPM/Setaraf) 

16 May 2016 - 21 May 2016 
Semakan Panggilan Temu Duga (Bukan Pendidikan) dan Ujian MEdSI - (Untuk calon lepasan Matrikulasi/Asasi, STPM/Setaraf dan STAM) 

16 May 2016 - 19 May 2016 
Semakan Panggilan Temu Duga (Pendidikan) - (Untuk calon lepasan Matrikulasi/Asasi, STPM/Setaraf dan STAM) 

23 May 2016 - 27 May 2016 
Permohonan Rayuan Kemasukan Ke UA/ Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA - (untuk calon lepasan SPM/Setaraf) 

06 Jun 2016 - 10 Jun 2016 
Hebahan Keputusan Rayuan Kemasukan Ke UA/ Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA - (Untuk calon lepasan SPM/Setaraf) 

08 Aug 2016 - 12 Aug 2016 
Hebahan Keputusan Kemasukan Ke UA/ Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA - (Untuk calon lepasan Matrikulasi/Asasi, STPM/Setaraf dan STAM) 

08 Aug 2016 - 12 Aug 2016 
Permohonan Rayuan Kemasukan Ke UA/ Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA - (Untuk calon lepasan Matrikulasi/Asasi, STPM/Setaraf dan STAM) 

29 Aug 2016 - 31 Aug 2016 
Hebahan Keputusan Rayuan Ke UA/ Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA - (Untuk calon lepasan Matrikulasi/Asasi, STPM/Setaraf dan STAM) 




Artikel ini dikeluarkan pada 26 januari 2016, info mungkin akan berubah. Untuk keterangan dan maklumat lebih tepat, sila layari website UPU di sini http://upu.moe.gov.my/web/

Tuesday, January 19, 2016

Cara Semak Status Permohonan BR1M 2016

Cara Semak Status Permohonan  BR1M 2016

Bagi pemohon baru dan penerima yang telah membuat pemohonan, anda membuat semakan status permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 secara online bagi mengetahui sama ada permohonan yang dibuat telah diluluskan atau berjaya. Langkah-langkah semakan adalah seperti di bawah: 


Semakan Status Permohonan  BR1M 2016

Semakan Status Permohonan  BR1M 2016

Semakan Status Permohonan  BR1M 2016

Monday, January 4, 2016

Jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) bulan Januari 2016

Jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) bulan Januari 2016
Jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) bulan Januari 2016

Sekadar pengkongsian Jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) bulan Januari 2016. Kalau kuliah tersebut diadakan berdekatan dengan anda tinggal, boleh la pergi.

Friday, January 1, 2016

Harga minyak RON95, RON97 dan Diesel bermula 1 Januari 2016

Harga minyak RON95, RON97 dan Diesel bermula 1 Januari 2016
Harga minyak RON95, RON97 dan Diesel bermula 1 Januari 2016

Bermula tengah malam ini 1 Januari 2016, harga runcit bahan api yang ditetapkan mengikut sistem apungan terkawal sejak Disember tahun 2014 adalah seperti berikut: 

HARGA BARU: 1 Januari 2016

RON95: RM1.85 sen/ liter
RON97: RM2.25 sen/ liter
Diesel: RM1.60 sen/ liter

HARGA TERDAHULU: Disember 2015

RON95: RM 1.95 sen seliter
RON97: RM 2.45 sen seliter termasuk GST
Diesel: RM1.90 sen Seliter

Sunday, December 13, 2015

Tarikh Pembayaran BR1M 2016

Tarikh Pembayaran BR1M 2016
Tarikh Pembayaran BR1M 2016

Pengagihan atau pembayaran pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2016) akan dilaksanakan bermula pada akhir Januari 2016 . Berikut adalah tarikh pembayaran mengikut kategori:

Pendapatan Isi Rumah di bawah RM3,000: RM1000

Ansuran pertama: RM250 pada 28 Januari 2016
Ansuran kedua: RM250 pada 28 April 2016
Ansuran Ketiga: RM 250 pada 28 Jun 2016
Ansuran Keempat: RM 250 pada 28 September 2016


Pendapatan Isi rumah bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000: RM800

Ansuran pertama: RM200 pada 28 Januari 2016
Ansuran kedua: RM200 pada 28 April 2016
Ansuran Ketiga: RM 200 pada 28 Jun 2016
Ansuran Keempat: RM 200 pada 28 September 2016


E-Kasih: RM1050

Ansuran pertama: RM250 pada 28 Januari 2016
Ansuran kedua: RM250 pada 28 April 2016
Ansuran Ketiga: RM 300 pada 28 Jun 2016
Ansuran Keempat: RM 250 pada 28 September 2016


Individu Bujang 21 tahun keatas: RM400

Pembayaran sekaligus: RM400 pada 28 Januari 2016

Friday, December 4, 2015

Permohonan dan kemaskini BR1M 2016 - bermula 5 Disember 2015

Pemohonan dan kemaskini BR1M 2016
Permohonan dan kemaskini BR1M 2016

Perhatian kepada penerima BRIM yang lepas dan yang bakal membuat pendaftaran, harap maklum bahawa pemohonan dan kemaskin BRIM 2016 online akan dibuka pada 5 Disember 2015. Tempoh pemohonan dan kemaskini boleh dibuat sehingga 31 Disember 2015. Jumlah bayaran BR1M pada tahun 2016 adalah seperti dibawah:

Pemohonan dan kemaskini BR1M 2016


Terdapat 2 kaedah pemohonan dan kemaskini yang boleh dilakukan iaitu:

i) Online ( https://ebr1m.hasil.gov.my/login_3.aspx )

ii) Berkunjung ke cawangan LDHN atau kaunter khas.

Tuesday, December 1, 2015

Jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) bulan Disember 2015

Jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) bulan Disember 2015
Jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) bulan Disember 2015

Sekadar pengkongsian Jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) bulan Disember 2015. Kalau kuliah tersebut diadakan berdekatan dengan anda tinggal, boleh la pergi.

Saturday, November 14, 2015

Keputusan Peperiksaan UPSR 2015 diumumkan pada 17 November 2015

Keputusan UPSR 2015
Keputusan Peperiksaan UPSR 2015 diumumkan pada 17 November 2015

Keputusan Peperiksaan UPSR 2015 akan diumumkan pada hari Selasa, 17 November 2015 menurut Kementerian Pendidikan Malaysia. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan UPSR mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari tersebut. Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2015 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi, 17 November 2015 dan akan ditamatkan pada jam 11.59 malam, 23 November 2015.

Monday, November 2, 2015

Harga Tambang Baru KTM Komuter Bermula 2 Disember 2015

Harga Tambang baru KTM Komuter Bermula 2 Disember 2015

Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) mengumumkan struktur tambang baharu perkhidmatan KTM Komuter berkuat kuasa 2 Disember ini membabitkan kenaikan dari RM0.00 hingga RM7.10 bagi sektor Lembah Klang iaitu dari Tanjung Malim ke Sungai Gadut serta Batu Cave ke Pelabuhan Klang. Bagi perkhidmatan KTM Komuter sektor selatan iaitu antara Sungai Gadut ke Tampin dan sektor utara antara Kamunting ke Gurun harganya tidak berubah. - Berita Harian

Harga Tambang baru KTM Komuter Bermula 2 Disember 2015


Harga Tambang baru KTM Komuter Bermula 2 Disember 2015

Sumber Gambar: MalaysiaKini

Monday, October 26, 2015

Info Penting Buat Pengguna Kenderaan I Info Tayar

Info Tayar
Info Penting Buat Pengguna Kenderaan
Info Tayar

Maklumat ini penting untuk kita fahami berkenaan dengan tayar kenderaan yang sedang kita gunakan.

1. Kod Tayar Kenderaan.
Contoh 205/65/R1594H.

205 = Lebar

65 = Tinggi

R = Radial

15 = saiz / rim

94 = Had maksimum bebanan

H = Had maksimum kelajuan 210 km / jam

Jika ianya abjad yang terakhir, ianya seperti di bawah;

S = Maksimum had laju 180 km / jam

T = Maksimum had laju 190 km / jam

U = Maksimum had laju 200 km / jam

V = Maksimum had laju 240 km / jam

Z = Maksimum had laju 240 km / jam

W = Maksimum had laju 270 km / jam

Y = Maksimum had laju 300 km / jam

2. Setiap tayar ada 4 angka tercatit di sisi tayar.

Contoh 0514.

Ianya menunjukkan tayar baru keluaran kilang pada minggu ke 5 tahun 2014.

Tempoh penggunaan tayar adalah selama 5 tahun dari tarikh ianya dikeluarkan.

Tayar baru yang berusia lebih dari 5 tahun masih boleh digunakan tetapi ianya telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh (expired). Jika tukar tayar yang baharu pastikan tahun pengeluarannya adalah tahun yang terkini.

Jika beli tayar keluaran tahun 2013 minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.

Berikut adalah diskaun harga tayar mengikut kepada tahun tayar yang dikelurkan dari tahun semasa (2014);

2012 = 40%

2011 = 60%

2010 = 80%

2009 = Percuma

Wednesday, October 21, 2015

Permohonan Secara Online Tingkatan Satu (1) Di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2016

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2016
Permohonan Secara Online Tingkatan Satu (1) Di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2016

Permohonan Secara Online Tingkatan Satu (1) Di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2016 (Untuk calon UPSR 2015) mulai dibuka sehingga 15 November 2015. Pemohonan tersebut boleh dibuat di laman web ini https://sst1.moe.gov.my/. Bagi yang ingin melihat senarai sekolah berasrama penuh di setiap negeri boleh klik pada pautan tersebut. Panduan pemohonan atas talian boleh dirujuk di pautan INI.

Monday, October 19, 2015

Cara mandi yang diajarkan oleh Rasulullah SAW

Cara mandi
Cara mandi yang diajarkan oleh Rasulullah SAW
Cara mandi yang betul

1. Bermula dari segayung siramkan di telapak kaki.
2. Segayung di betis.
3. Segayung di paha.
4. Segayung di perut.
5. Segayung di bahu.
6. Berhentilah sejenak 5-10 saat.


Kita akan merasakan seperti wap/angin yang keluar dari ubun-ubun bahkan meremang, setelah itu lanjutkan dengan mandi seperti biasa.

Hikmahnya: Seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita isi dengan air sejuk. Apa yang terjadi? Gelas akan retak !!! Jika tubuh kita .... apa yang retak? Suhu tubuh kita cenderung panas dan air itu sejuk, maka yang terjadi jika kita mandi langsung menyiram pada badan atau kepala, angin yang harusnya keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut kerana pecahnya pembuluh darah.

Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di bilik mandi tiba-tiba kena 'stroke'. Boleh jadi kita sering masuk angin kerana cara mandi kita yang salah. Boleh jadi kita sering migrain kerana cara mandi yang salah.

Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah.

Inn shaa Allah..

Sumber: pengkongsian dari whatsapp

Tuesday, October 13, 2015

Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah

DOA AKHIR TAHUN
    • Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat/waktu asar tetapi sebelum masuk waktu maghrib. 
    • Boleh dibaca secara berjemaah atau sendirian di mana jua kita berada.
    Doa Akhir tahun Hijrah


    DOA AWAL TAHUN
    • Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat fardhu ‪maghrib‬
    • Boleh dibaca secara berjemaah atau sendirian di mana jua kita berada.
    Doa Akhir tahun Hijrah


    "SALAM MA'AL HIJRAH"


    Monday, October 12, 2015

    Kadar baru tol bermula 15 Oktober 2015

    Kadar baru tol bermula 15 Oktober 2015
    Kadar baru tol bermula 15 Oktober 2015

    Berikut adalah senarai lebuhraya yang terlibat serta kadar terbaru;

    Lebuhraya SMART - Tol terowong SMART meningkat 50% kepada RM1, dengan kadar baru RM3.00.

    Lebuhraya MAJU Expressway (MEX) - Kadar tol naik 20-33% antara 20 sen hingga RM3

    Lebuhraya Kajang SILK- Kadar tol Lebuhraya Kajang SILK naik 80% antara 40 sen dan RM2.40.

    Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) - Kadar tol naik 25% antara 50 sen hingga RM 1

    Plaza Tol Gombak dan Bentong, Lebuhraya KLK (Kuala Lumpur-Karak Highway) - Kadar tol naik 17-20% antara 30 sen dan RM3.

    Lebuhraya Baru Pantai (NPE) - Kadar tol naik 44%.

    Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) - Kadar tol naik 54%.


    Sumber: Astro Awani

    Thursday, October 8, 2015

    Senarai lokasi kedai makan menarik di Terengganu

    Senarai lokasi kedai makan menarik di Terengganu
    Senarai lokasi kedai makan menarik di Terengganu

    Nasi Dagang: Kedai Kak Poh batu buruk, nasi dagang Kampung Atas Tol, nasik dagang dalam Pasar Kedai Buluh, nasi dagang kak joh Bukit Besar, nasi dagang Mok Ngoh Chendering, nasi dagang warisan kat tepi shell Batu Buruk tepi kedai jual roti canai

    Burger: Awang burger depan Hospital Kuala Terengganu

    Nasi Minyak: nasi minyak john belakang AEON Kampung Sri Kolam, nasi minyak zaki depan Giant Bukit Besor, nasik minyak jenab kat depan KEMAS Kuala Bekoh, nasi minyak kat tanjung depan Hock Kee Seng (Dulu Astaka), Nasi minyak aziz Hiliran depan perodua

    Nasi Lemak: nasi lemak bawah rumah pasir panjang, nasi lemak court kg ladang (sebelah Seng Heng), nasi lemak kak dah kat gerai food court beteng tanjung belakang Hock Kee Seng astaka.

    Rojak Keling: Restoren selamat jalan tok lam, rojok sultan kat area simpang 3 sekoloh tengku ampuan mariam menuju ke kampung ladang, rojak sultan kat depan petronas chendering tepi car wash, rojok keling di kedai awang A kat Kampung Gong Tok Nasek

    Rojak Kateh: Kedai ben10 tepi stadium bola bandar, Kedai Air Nyior kat bulatan sekoloh SKSS1

    Nasik Ayam: Nasik ayam Nurul Iman kat depan sekoloh arab batu buruk, nasi ayam meto kat jalan nok gi muzium, nasik ayam hainan kat bazar batu buruk

    Roti Payang: nurul islamiah kat selekoh jalan kamaruddin

    Nasik Belacang: kedai sri wani bromoh kat depan surau besor tanjung

    Sup: Sup Atas Pasor Payang (sebeloh nasik minyok rozak)

    Mee Talang: Kedai goreng pisang kat tepi sekoloh rendoh sri budiman, se lagi pulau kambing.

    Ikang Celup Tepong: Warung Pok Nong kat Kampung Telipot, warung kat pantai pandak.

    Murtabak: Kedai buruk kaler kuning depan Hock Kee Seng (Astaka lama)

    Nasik Kapit Gula Ikang Aya : Kedai depang Shell Chabang 3, Warung Norazila kat depan masjid terapung

    Satey: Satey Lina kat area Waterfront Pula Kambing, satey pata timur kat batu buruk sebeloh batu buruk beach resort, satey jam besor di seberang takir dekat kem askor

    Ikan bakar: Ikan bakar bukit tunggal (ada cawangan di pasir panjang), ikan bakar di Cairo Tomyam kat tepi skoloh pusat chabang 3, ikan bakar hamid kedai bawah jambatan Kuala Ibai.

    Kuih Muih Tradisi: Kedai kat trafik light nok gi ke panji alam dan gong kapas, kedai kat trafik light simpang 3 sekoloh tengku ampuan 

    Mee Goreng Basah: Kedai mat nawi & mat sarip kat area Hospital haiwan pulau kambing, kedai mek comel kat rumah orang tepi dia wat kedai betul2 depan skoloh rendoh Tok Dir

    Nasi Padang: Restoren safinaz kat istana badariah dan masjid putih, Rex nasik padang kat Showroom toyota bandar Kuala Terengganu. 

    Nasi Campur: Warung kedai binjai kat depan hotel sri malaysia Kuala Terengganu, restoren mat binjai kat depan wisma sri tenang

    Nasi ulang cicoh budu: Warong lempeng kat kampung rusila depan masjid rusila.

    Makang Pagi Murah Teh O 30 Sen: Warung Che Nah jalan losong dekat Muzium

    Pulut Lepe (pulut panggang) : Pulut lepe bonda kat tepi sekoloh rendoh ladang, pulut lepe kat tepi wisma persekutuan tepi stesen minyok caltex

    Meggi Dapur Kayu: kat kampung Padang Machang (lokasi payah sikit sebab dalang kapung.. kena tanya penduduk setempat)

    Mee Udang Galoh: Warung Pok Jak kat tepi masjid kampung tanjung sabtu manir.

    Nasi Kerabu : Nasi kerabu ala thai kat jalan pasir panjang, nasi kerabu ayam/daging bakar norra rich kerabu gong datuk (dekat pintu belakang uniza)

    Nasi ayam / daging bakar dan sup herba : Kedai alhijrah Oasis kat jalan bukit bayas

    Sup belut: Kampung belukar jambu kat selekoh lepas 100 meter signboard kampung belukar jambu dari kapung laut

    Nasi lemok kangkung, nasi kuning: Warung tepi hotel permai inn blakang warung mat jeng

    Chicken chop: yee stall kat bazar batu buruk tepi nasi ayang hainan, chicken chop rege RM3.90 kat teluk ketapang

    Mee jawa, soto: Warung kat gong kapas sebeloh bangunan umno.

    Nasi goreng cina, watangho: kat keda cina kapung depang masjid batu rakit kedai naik bukit sikit.

    Wednesday, September 30, 2015

    Jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) bulan Oktober 2015

    Jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) bulan Oktober 2015
    Jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) bulan Oktober 2015

    Sekadar pengkongsian Jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) bulan Oktober 2015. Kalau kuliah tersebut diadakan berdekatan dengan anda tinggal, boleh la pergi.