TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Saturday, February 9, 2013

Kamus Bahasa Terengganu - Part 1

Assalamualaikum


Salam Terengganu Kite

Bahasa dalam entri aku kali ni merujuk kepada "Seleng" @ "Slang" @ "Dialek" @ "Loghat" Terengganu. Ianya bermaksud cara percakapan orang-orang di Negeri Terengganu..seperti yang korunk tahu, biasanya orang Terengganu sebut sesuatu perkataan akan berakhir dengan huruf "G" dihujungnya. Tak semua orang tahu maksud dan cara sebutan perkataan Bahasa Terengganu. Sebab tu la aku tulis entri pasal "Kamus Bahasa Terengganu" untuk memudahkan orang-orang luar lebih memahami loghat orang ganu...


Entri berkaitan "Kamus Bahasa Terengganu" akan ada banyak part, sebab kalau nak tulis semua perkataan dalam satu entri..memang cukup panjang..so..aku mula dengan Part 1 untuk huruf "A"



  • Abih = habis
  • Abih reng = sehabis upaya
  • Abih tea = sekuat tenaga
  • Acing perring = bau hancing kencing
  • Acu = cuba
  • Agah / beragah = orang kecik jenis berani
  • Agoh = orang yang sombong
  • Air chor = air basuhan bertakung dari dapur / air longkang
  • Air geh = air bikarbonat
  • Air geh tujuh yupi - cap katung joget2 = air 7 up
  • Air mati / air kosong = sky juice
  • Air tuak = air nira
  • Aitu = hari tu
  • Amah = 50 sen (ie: samah(50sen), dua amah(rm1.00),tiga amah(rm1.50)
  • Ambe = saya
  • Ambek = ambil
  • Amok reng = malas nak tolong
  • Angik netong = nasi hangit kehitaman
  • Anguh letong = sangat hangus
  • Angus letong = sangat hangus
  • Apah nyor = hampas kelapa
  • Aper ke jadah @ jadoh = apa ke hal
  • Arung = harung
  • Atak = atap / bumbung
  • Ator = hantar
  • Atu = hantu
  • Atur kecing = sssshhh ssshh!!! Supaya bayi kencing
  • Awang = awan
  • Ayang = ayam
  • Ayor dok ayor gok = ia tidak / sesungguhnya

p/s: Kalau ada yang tak faham..korunk boleh tanya...


Tunggu entri Part 2 untuk huruf "B"

2 comments:

  1. Wah, kamus terengganu. Sng la nak blajar. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..ada kawan orang Terengganu jugak k?

      Delete