TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Friday, February 8, 2013

Kelebihan Berselawat

Assalamualaikum

Salam Jumaat

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izarail A.S telah berkata kepadaKu"

Berkata Jibrail A.S. : " Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasMu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S: " Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil : " Mereka yang berselawat kepadaMu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : " Bagi mereka yang berselawat ke atasMu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para Malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.




p/s: dengan entri ini, wan harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para Malaikat

2 comments:

  1. itulah kelebihan selawat nabi kita..semoga kita semua dpt memperbanyakkan lg selawat nabi..:-)

    ReplyDelete