TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Monday, January 27, 2014

Kejuruteraan awam l Dah lama ditinggalkan


Bidang kejuruteraan awam

Oleh kerana dah seminggu tinggalkan universiti, teringat pulak kepada buku-buku yang berkaitan kos kejuruteraan awam..bajet rindu time belajar la ni..tu la, time berada kat universiti..nak tengok buku pun malas. Tapi, bila dah habis belajar ni..rindu pulak nak tengok buku-buku tu semua.

Ok, berbalik kepada tajuk entri "dah lama ditinggalkan". Sebenarnya, dulu banyak jugak aku tulis entri berkaitan dengan kejuruteraan awam. Cuma maklumat-maklumat asas kejuruteraan awam je. Tak la begitu mendalam sangat. Tapi sejak dua menjak ni, dah tak tulis dah entri pasal bidang yang aku belajar tu. Bukan tak nak tulis, tapi..bila berada dalam mood belajar ni..nak tulis pasal tu semua pun malas..Sebab, bila time bersama blog..aku dah tak nak fikir pasal belajar..nak tenangkan fikiran dengan blog ni.

Bila dah habis belajar ni, mungkin aku akan tulis balik entri berkaitan kejuruteraan awam. Berkongsi maklumat berkaitan bidang yang aku pelajari. Nak cakap aku pro, aku pun biasa-biasa je.. kalau sekadar berkongsi ilmu asas berkaitan kejuruteraan awam boleh la. Lagi pun, ramai jugak pengunjung-pengunjung blog ini inbox kat Fanpage blog bertanyakan maklumat-maklumat berkaitan kejuruteraan awam. Kalau soalan yang aku tahu, aku jawab terus kat dia orang. Kalau tak tahu, aku terpaksa rujuk buku rujukan aku jugak. Mereka semua pun ada request supaya perbanyakkan entri mengenai bidang kejuruteraan awam. InsyaAllah, aku akan cuba tulis balik entri mengenai bidang ini nanti.

Kat bawah ni, adalah senarai entri berkaitan kejuruteraan awam yang telah aku tulis dulu. 

3 comments:

  1. hahaha. teringat dulu main buat kerja amali untu projek civil. ukur tanah la. main simen la. memang best . tp pecah kepala bila nak jwb exam. =) good luck to u

    ReplyDelete
  2. ada pensyarah k.dila dulu cakap " kalau student architecture selalu mimpi indah, korang student civil akan selalu dapat mimpi ngeri" haha.. dah kerja baru tau, indah ke ngeri..
    good luck!!

    ReplyDelete
  3. tak apa lepas ni boleh menulis kembali tentang kejuruteraan awam tu sekiranya ada masa...

    ReplyDelete