TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Thursday, August 22, 2013

Cube test (ujian kiub konkrit) - Kejuruteraan Awam


Cube Test atau dikenali ujian kiub konkrit ialah salah satu ujian yang dijalankan ke atas bancuhan konkrit apabila tiba di tapak bina. Tujuannya ialah untuk menentukan kekuatan konkrit mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan sama seperti Slump Test.

Prosedur cube test
  1. Kiub konkrit dibuat dengan menggunakan acuan besi yang berukuran 150mm x 150mm.
  2. Bancuhan konkrit dimasukkan sebanyak 3 lapisan dan dipadatkan sebanyak 35 kali.
  3. Permukaan atas konkrit dirataan dan dilabelkan mengikut tarikh ianya dibuat.
  4. Acuan tersebut disimpan ditempat terlindung dari kelembapan selama 24jam.
  5. Selepas acuan tersebut dibuka, kiub konkrit akan diawet dengan menrendamkannya ke dalam tangki berisi air sebelum diuji.
  6. Ujian dibuat keatas kiub konkrit pada hari ke-7 dan ke-28 dari tarikh kiub tersebut dibuat.

3 comments:

  1. suka baca entry tentang engineering ni, at least menambah ilmu pengetahuan bagi ex-student yang bukan core engineering ni...he he he...thanks for sharing...

    ReplyDelete
  2. bole bagi cara2 perlaksanaan cube conc.x

    ReplyDelete