TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Monday, February 4, 2013

"Kejuruteraan Awam"..Apa???

Assalamualaikum...

Seperti yang dijanjikan....1st entry pasal "Engineering"..aku kan introduce kat korunk apa maksud disebalik perkataan "Kejuruteraan Awam"...time aku nak apply pemohonan sambung diploma dulu..aku pun tahu maksud bidang ni..aku mohon je...nasib baik..sesuai dan minat dengan bidang ni...


Kejuruteraan awam merupakan bidang kejuruteraan yang merangkumi aspek-aspek pembinaan dan pembangunan, sama ada dalam pembuatan jalan, bangunan, sistem perparitan, pengawalan banjir serta trafik dan lain-lain. Kejuruteraan Awam mempunyai ruang lingkup yang luas, merangkumi aplikasi matematik, fizik, kimia, biologi, geologi, hingga ke penggunaan ICT. Kejuruteraan Awam berkembang sejajar dengan permintaan manusia, sehingga boleh dikatakan bidang ini mampu merubah sebuah hutan menjelma kepada kota metropolitan. Berikut antara bidang-bidang dalam Kejuruteraan Awam :-

  • Kejuruteraan Umum
  • Kejuruteraan Struktur
  • Kejuruteraan Kebakaran
  • Kejuruteraan Geoteknik
  • Kejuruteraan Pengangkutan
  • Kejuruteraan Alam Sekitar
  • Kejuruteraan Hidraulik
  • Kejuruteraan Sumber Air
  • Kejuruteraan Pembinaan
  • Kejuruteraan Sains Bahan
  • Kejuruteraan Ukur tanah


p/s: banyak kan pecahan bidang kejuruteraan awam...sebab ni la aku makin meningkat sem..semakin pening belajar...


4 comments:

  1. Assalamualaikum. nal tanya. kalau ambik kos kejuruteraan awam, peluang pekerjaan untuk perempuan agak2 luas tak ?

    ReplyDelete
  2. insha Allah..rezeki ada dimana2..

    ReplyDelete
  3. Sy dapat twaran diploma sal kejuruteraam awam....x thu nak ambk atau x....

    ReplyDelete