TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

Saturday, January 6, 2018

Senarai penuh pemain bola sepak pasukan Terengganu FC 2018

Senarai penuh pemain bola sepak pasukan Terengganu FC 2018


Berikut adalah senarai pemain bagi pasukan Terengganu FC bagi musim 2018 mengikut posisi :


Sumber: Terengganu 11

Info akan dikemaskini jika ada update





Thursday, February 11, 2016

Gambar & Video Jersi Pasukan Terengganu FA 2016

Gambar & Video Jersi Pasukan Terengganu FA 2016

Semalam (10 Februari 2016) telah diadakan Majlis pelancaran jersi Terengganu dan T-Team dirasmikan menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman bertempat Dataran Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Musim 2016, jersi pasukan Terengganu FA oleh syarikat anak tempatan Terengganu sendiri iaitu Kobert. 

Jersi Home Pasukan Terengganu FA 2016


Jersi Away Pasuka Terengganu FA 2016


Video Perlancaran Jersi Terengganu FA 2016


Thursday, October 8, 2015

Senarai lokasi kedai makan menarik di Terengganu

Senarai lokasi kedai makan menarik di Terengganu
Senarai lokasi kedai makan menarik di Terengganu

Nasi Dagang: Kedai Kak Poh batu buruk, nasi dagang Kampung Atas Tol, nasik dagang dalam Pasar Kedai Buluh, nasi dagang kak joh Bukit Besar, nasi dagang Mok Ngoh Chendering, nasi dagang warisan kat tepi shell Batu Buruk tepi kedai jual roti canai

Burger: Awang burger depan Hospital Kuala Terengganu

Nasi Minyak: nasi minyak john belakang AEON Kampung Sri Kolam, nasi minyak zaki depan Giant Bukit Besor, nasik minyak jenab kat depan KEMAS Kuala Bekoh, nasi minyak kat tanjung depan Hock Kee Seng (Dulu Astaka), Nasi minyak aziz Hiliran depan perodua

Nasi Lemak: nasi lemak bawah rumah pasir panjang, nasi lemak court kg ladang (sebelah Seng Heng), nasi lemak kak dah kat gerai food court beteng tanjung belakang Hock Kee Seng astaka.

Rojak Keling: Restoren selamat jalan tok lam, rojok sultan kat area simpang 3 sekoloh tengku ampuan mariam menuju ke kampung ladang, rojak sultan kat depan petronas chendering tepi car wash, rojok keling di kedai awang A kat Kampung Gong Tok Nasek

Rojak Kateh: Kedai ben10 tepi stadium bola bandar, Kedai Air Nyior kat bulatan sekoloh SKSS1

Nasik Ayam: Nasik ayam Nurul Iman kat depan sekoloh arab batu buruk, nasi ayam meto kat jalan nok gi muzium, nasik ayam hainan kat bazar batu buruk

Roti Payang: nurul islamiah kat selekoh jalan kamaruddin

Nasik Belacang: kedai sri wani bromoh kat depan surau besor tanjung

Sup: Sup Atas Pasor Payang (sebeloh nasik minyok rozak)

Mee Talang: Kedai goreng pisang kat tepi sekoloh rendoh sri budiman, se lagi pulau kambing.

Ikang Celup Tepong: Warung Pok Nong kat Kampung Telipot, warung kat pantai pandak.

Murtabak: Kedai buruk kaler kuning depan Hock Kee Seng (Astaka lama)

Nasik Kapit Gula Ikang Aya : Kedai depang Shell Chabang 3, Warung Norazila kat depan masjid terapung

Satey: Satey Lina kat area Waterfront Pula Kambing, satey pata timur kat batu buruk sebeloh batu buruk beach resort, satey jam besor di seberang takir dekat kem askor

Ikan bakar: Ikan bakar bukit tunggal (ada cawangan di pasir panjang), ikan bakar di Cairo Tomyam kat tepi skoloh pusat chabang 3, ikan bakar hamid kedai bawah jambatan Kuala Ibai.

Kuih Muih Tradisi: Kedai kat trafik light nok gi ke panji alam dan gong kapas, kedai kat trafik light simpang 3 sekoloh tengku ampuan 

Mee Goreng Basah: Kedai mat nawi & mat sarip kat area Hospital haiwan pulau kambing, kedai mek comel kat rumah orang tepi dia wat kedai betul2 depan skoloh rendoh Tok Dir

Nasi Padang: Restoren safinaz kat istana badariah dan masjid putih, Rex nasik padang kat Showroom toyota bandar Kuala Terengganu. 

Nasi Campur: Warung kedai binjai kat depan hotel sri malaysia Kuala Terengganu, restoren mat binjai kat depan wisma sri tenang

Nasi ulang cicoh budu: Warong lempeng kat kampung rusila depan masjid rusila.

Makang Pagi Murah Teh O 30 Sen: Warung Che Nah jalan losong dekat Muzium

Pulut Lepe (pulut panggang) : Pulut lepe bonda kat tepi sekoloh rendoh ladang, pulut lepe kat tepi wisma persekutuan tepi stesen minyok caltex

Meggi Dapur Kayu: kat kampung Padang Machang (lokasi payah sikit sebab dalang kapung.. kena tanya penduduk setempat)

Mee Udang Galoh: Warung Pok Jak kat tepi masjid kampung tanjung sabtu manir.

Nasi Kerabu : Nasi kerabu ala thai kat jalan pasir panjang, nasi kerabu ayam/daging bakar norra rich kerabu gong datuk (dekat pintu belakang uniza)

Nasi ayam / daging bakar dan sup herba : Kedai alhijrah Oasis kat jalan bukit bayas

Sup belut: Kampung belukar jambu kat selekoh lepas 100 meter signboard kampung belukar jambu dari kapung laut

Nasi lemok kangkung, nasi kuning: Warung tepi hotel permai inn blakang warung mat jeng

Chicken chop: yee stall kat bazar batu buruk tepi nasi ayang hainan, chicken chop rege RM3.90 kat teluk ketapang

Mee jawa, soto: Warung kat gong kapas sebeloh bangunan umno.

Nasi goreng cina, watangho: kat keda cina kapung depang masjid batu rakit kedai naik bukit sikit.

Wednesday, June 3, 2015

Peringatan untuk pengguna Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2)

Lebuhraya Pantai Timur
Peringatan untuk pengguna Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2)

Peringatan untuk pengguna Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) dari Jabor, Kemaman hingga ke Kuala Terengganu mohon berhati-hati dan ambil perhatian perkara-perkara berikut memandangkan sekarang banyak berlaku kemalangan.

1. Keadaan jalan di sesetengah tempat yang beralun dan tidak rata. Pegang stereng dengan kuat terutama bila melalui jambatan dan jalan tidak rata bagi mengelakkan kenderaan terbabas.

2. Tidak digalakkan memandu melebihi 120 km/j kerana banyak binatang yang mungkin melintas secara tiba-tiba seperti kerbau, lembu, babi hutan, anjing dsb.

3. Sepanjang LPT 2 masih belum ada stesen minyak. Sila pastikan anda mengisi penuh minyak sebelum memasuki lebuhraya ini.

4. Jika kenderaan rosak, tunggu di bahagian belakang besi penghadang lebuhraya. Jangan berada di dalam kereta. Pihak peronda LPT 2 akan sentiasa membuat rondaan dan memberi bantuan.

Monday, May 11, 2015

Senarai kedai makan sedap dan menarik di Kuala Terengganu

Senarai kedai makan sedap dan menarik di Kuala Terengganu
Senarai kedai makan sedap dan menarik di Kuala Terengganu


Musim cuti sekolah akan tiba tidak lama lagi, Biasanya, bila cuti sekolah ramai pelancong-pelancong kat Terengganu. Kebiasaanya, orang yang datang Terengganu untuk melihat tempat-tempat menarik dan mencari makanan yang sedap-sedap di Terengganu.

Kebiasaanya, jika ada kenalan yang datang ke Terengganu mesti akan call aku untuk tanya kedai-kedai makan yang best yang ada kat sini. Kadang-kadang susah jugak nak bagi tahu dia orang senarai kedai yang menarik yang ada di Kuala Terengganu. 

Semalam, ada nampak senarai kedai-kedai yang best kt Facebook Terengganu. Antara kedai-kedai top 25 yang tersenarai dalam kedai-kedai yang mempunyai makanan yang best di Kuala Terengganu adalah:


Nasi Kukus Jalan Kamaruddin

Nasi Ayam Hannan (Pantai Batu Buruk)

Nasi Ayam Batu 6

Laksa Penang (Pasar Batu 6)

Rojak Keling Restoren Selamat (Depan Sekolah Khairiah)

Ikan Bakar Kampung Bukit Tunggal

Ikan Bakar (Bawah Jambatan Kuala Ibai)

Keropok Lekor Kak Yah Losong

Keropok Lekor Bukit Tok Beng (BTB)

Nasi Dagang Ladang ( Dekat Surau UAI)

Nasi Dagang Chendering

Nasi Lemak Pasir Panjang (Dekat Sekolah Tengku Bahriah)

Nasi Lemak Ladang (Bulatan Batu Bersurat)

Nasi Lauk Kerang (Nasi Padang - Hotel Bintang)

Satay Chendering

Murtabak Tanjung (Area Shah Bandar)

Roti Payang (Jalan Kamaruddin)

Nasi Dagang Bakar Al-Hijrah (Pasir Panjang)

Nasi Minyak Bukit Depu

Mee Goreng Separuh (Kampung Ladang)

Mee Hum Sup Lerang (Hiliran)

Keropok 007 Kuala Ibai

Sunday, January 25, 2015

Kerajaan Terengganu Isytihar Berkabung 40 Hari

Kerajaan Terengganu Isytihar Berkabung 40 Hari

Semua pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam negeri serta persekutuan dan badan-badan berkanun di Terengganu diminta mengikuti peraturan perkabungan sebagai tanda berdukacita atas kemangkatan Tengku Ampuan Intan Zaharah Almarhum Tengku Setia Raja.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Osman Muda berkata, dalam tempoh perkabungan 40 hari bermula hari ini hingga 4 Mac itu, pegawai dan kakitangan lelaki Melayu diminta memakai songkok berlilit kain putih berukuran satu inci bagi menghormati perkabungan itu.

"Manakala peraturan pemakaian bagi kakitangan wanita Melayu pula berselindang atau berkain tudung berwarna putih," katanya pada sidang media di Wisma Darul Iman hari ini.

Osman berkata, bagi pegawai dan kakitangan bangsa lain, mereka dikehendaki bertali leher hitam atau lilitan lengan hitam di sebelah kanan (bagi lelaki) dan lilitan lengan hitam bagi wanita.

Katanya, polis dan tentera pula dikehendaki menurut cara pemakaian yang telah ditetapkan oleh peraturan pakaian jabatan masing-masing.

"Kita juga harap orang ramai di Terengganu turut sama berkabung dengan memakai songkok berlilit kain putih bagi lelaki Melayu dan lilitan lengan hitam bagi bukan Melayu," katanya.

Osman berkata, segala perhimpunan ramai dan majlis-majlis atau acara-acara anjuran kerajaan dan bukan kerajaan yang berunsurkan hiburan adalah dilarang diadakan di seluruh negeri Terengganu dalam tempoh itu.

Bagaimanapun, katanya majlis atau acara yang berunsurkan keagamaan, pendidikan, riadah dan ilmiah adalah dibenarkan.

"Bendera juga hendaklah dikibarkan separuh tiang di semua bangunan kerajaan atau separuh kerajaan, bangunan perniagaan dan kediaman di Terengganu," ujarnya.

Sementara itu, Osman berkata, jenazah almarhum akan tiba kira-kira pukul 10 pagi esok di Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan dibawa ke Istana Maziah.

"Bagi rakyat jelata, waktu melawat adalah bermula pukul 11 pagi sehingga 12 tengah hari manakala bagi orang kenamaan,ia bermula 12 tengah hari sehingga 1 petang.

"Solat jenazah akan dilakukan selepas Solat Zuhur dan almarhum akan dikebumikan di Makam DiRaja Masjid Abidin," jelas beliau.

Bagi yang ingin menziarahi katanya, pakaian untuk lelaki muslim hendaklah berbaju melayu hitam, sampin hitam kosong dan songkok hitam dililitkan dengan riben putih (1 inci) manakala bagi yang bukan muslim bersuit hitam dan riben putih dililitkan di sebelah kanan lengan baju.

"Bagi wanita pula hendaklah berpakaian baju kurung dan tudung berwarna hitam," katanya.

Sumber : teganukita.my

Sunday, January 18, 2015

Gambar jersi pasukan Terengganu dan T-Team bagi musim 2015

Gambar jersi pasukan Terengganu dan T-Team bagi musim 2015

Semalam, telah diadakan majlis perlancaran jersi bagi pasukan bola sepak Terengganu dan T-Team. Majlis tersebut berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Ianya disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato Haji Ahmad Razif. Selepas selesai majlis perlancaran, perlawanan persahabatan diantara pasukan Terengganu dan T-Team dan keputusan berakhir dengan Terengganu 2-0 T-Team. Berikut adalah gambar jersi bagi setiap pasukan.

Pasukan Terengganu FA

Jersi Terengganu FA 2015

Jersi Terengganu FA 2015

Jersi Terengganu FA 2015

Pasukan T-Team FC

Jersi T-Team FC 2015

Tuesday, December 23, 2014

8 gambar air pasang besar di Kuala Terengganu 22 Disember 2014

banjir
8 gambar air pasang besar di Kuala Terengganu 22 Disember 2014

Semalam, hampir kesemua kawasan yang berhampiran dengan sungai dan pantai di Kuala Terengganu, Terengganu dinaiki air. Ianya berikutan kejadian air pasang besar yang berlaku bermula awal maghrib semalam. Antara kawasan yang terjejas ialah Masjid Kristal, Pantai Baru Buruk, Pasar Payang, Bazar Warisan, Dataran Shahbandar, Seberang Takir dan banyak lagi. Berikut adalah gambar-gambar kenaikan air di bebrapa kawasan.

banjir 1

banjir 2

banjir 3

banjir 4

banjir 7

banjir 5

banjir 6

Tuesday, December 9, 2014

Senarai penuh pemain pasukan T-Team 2015

Senarai penuh pemain pasukan T-Team 2015
Senarai penuh pemain pasukan T-Team 2015

Penjaga gol
Wan Muhammad Azraie Wan Teh
Mohd Shahril Sa'ari
Mohamad Asyraf Azmi.

Pertahanan
Faramola David Oniya
Mohammad Syuhiran Zainal
Nik Zul Aziz Nawawi @ Omar
Md Hassan Basri Ahmad Ridzuan
Mohd Kamal Azizi Mohamad Zabri
Muhamad Hazwan Rahman
Mohd Marzuki Yusof
Mohd Nuraliff Zainal Abidin
Mohd Faizal Muhamad

Tengah
Sadriddin Abdullaev
Mohamad Hasbullah Awang
Mohd Badrul Hisyam Morris
Mohd Asrol Ibrahim
Mohd Rosdi Zakaria
Muhamad Azmi Hamzah
Azrul Hazran Amiludin Baki
Ahmad Takhiyuddin Roslan

Penyerang
Farhod Tadjiev
Mohd Nor Hakim Hassan
Syamshahril Ghulam
Muhammad Ramzul Zahini Adenan
Mohd Faizuddin Manjur Ahmad

Tuesday, November 18, 2014

Makan ubi di musim tengkujuh

Hujung tahun, bermula bulan november musim tengkujuh akan melanda di Pantai Timur. Di Terengganu, dah hampir seminggu hujan turun. Rasanya, hari ni hujan yang paling lebat, sampaikan aku rasa tak ada hari siang, rasa macam malam sepanjang hari. Hari ni jugak, dah ada pusat pemindahan banjir di buka di Kuala Terengganu. 


Musim tengkujuh ni memang sinonim dengan pesta ubi. Tahun lepas pun aku ada buat entri pasal ni (Klik Sini). Semalam, oleh kerana ramai sangat orang jual kat sepanjang jalan ke rumah aku..berhenti kereta sekejap beli ubi. Pelbagai jenis ubi ada. Jenis ubi yang tak pernah aku tengok pun ada. Tapi, aku beli ubi kayu je. Tak mahal pun, sekilo hanya RM4. Sampai rumah, terus rebus ubi. Siap je, makan terus time panas-panas. Fuhh..terbaik kalau makan ubi time musim hujan macam ni. :)

Wednesday, October 1, 2014

Google street view semakin popular di Malaysia

Google street view Kuala Terengganu
Google street view semakin popular di Malaysia

Sejak semalam, ramai orang yang update pasal  Google Street view kat facebook. Banyak la kawan-kawan aku post yang naik kat wall facebook aku gambar rumah dia orang. Semua orang bangga rumah dia orang dah boleh nampak dengan menggunakan google street view.

Aku ada buat tutorial cara menggunakan google street view 2 hari lepas. Aku ingat, 2 hari lepas..aplikasi ni dah lama boleh digunakan di Malaysia. Time tu, aku rasa aku ni dah tertinggal zaman tak tahu tu semua. Rupanya-rupanya, pada 2 hari lepas la aplikasi tu boleh digunakan di Malaysia. So, aku ni antara orang terawal jugak la yang menggunakan aplikasi google street view.haha.. Boleh baca entri yang aku update mengenai google street di SINI.

Bagi pendapat aku, fungsi google street view ni ada kebaikan dan keburukannya. Kalau tengok balik dari segi fungsinya, sekarang di dah macam tak ada privacy sebab senang je orang nak trace rumah kita dengan menggunakan alamat kita je. So, di situ ia juga boleh mendatangkan bahaya jugak. Kalau dari sudut positif, dengan aplikasi tu, kita dapat melihat tempat yang ingin kita lihat dengan mudah. Sebagai contoh, jika anda melancong ke Kuala Terengganu..dengan menggunakan google street view anda boleh melihat tempat menarik yang ada di Kuala Terengganu. Memang gambaran yang diberikan oleh google street view adalah gambaran yang sebenar yang berkualiti tinggi lagi. Itu pendapat aku bagi aplikasi ini, semua orang mempunyai pendapat yang berbeza. Bergantung pada diri masing-masing.

p/s: pendapat anda mengenai google street view?

Monday, September 29, 2014

Melihat kawasan yang real dengan Google Maps - Google Street View

Google Maps
Melihat kawasan yang real dengan Google Maps
Google Street View

Hari ini, aku ingin kongsi sesuatu yang aku baru tahu pada hari ini, mungkin di kalangan korunk dah tahu kot pasal ini. Yang belum tahu, mungkin boeh menambahkan pengetahuan korunk. Kalau yang ingin melancong ke sesuatu tempat, memang berguna ilmu ini. Ini kerana, anda boleh melihat gambaran sesuatu tempat atau kawasan dengan gambaran yang sebenar. Tetapi, ianya juga terhad kerana gambaran yang dberikan boleh dilihat jika tempat tersebut berada di kawasan jalan yang boleh dilalui.

Caranya memang mudah, dengan menggunakan google maps anda boleh melihat gambaran kawasan yang sebenar. Pertama sekali, buka Google Maps di SINI.

Google maps 1
Pada kotak search, taipkan nama tempat yang anda ingin lihat. Contoh di sini untuk melihat kawasan Kuala Terengganu

Google maps 2
Apabila anda klik search, satu kekotak akan muncul di bawah ruang search tersebut. Di kekotak tersebut anda, anda perlu klik pada "Street view"

Google maps 3
Selepas itu, satu gambaran sebenar kawasan akan dipaparkan. Anda boleh menjelajah kawasan tersebut dengan klik gambar anak panah yang muncul di atas jalan tersebut. Selamat mencuba. :)

Saturday, September 27, 2014

Keputusan penuh Terengganu vs Kelantan - Perlawanan Persahabatan 27 September 2014

Terengganu vs Kelantan
Keputusan penuh Terengganu vs Kelantan 
Perlawanan Persahabatan 
27 September 2014

Terengganu FA 3 - 1 Kelantan FA
M16' Norfarhan
M34' Ahmad Syakir
M38' Khairul Ramadhan
M50' Ashari Samsuddin

Thursday, September 25, 2014

Highlights Terengganu vs Malaysia - Perlawanan Amal 24 September 2014

Keputusan Penuh Terengganu vs Malaysia
Highlights Terengganu vs Malaysia
Video Gol
Perlawanan Amal 
24 September 2014

Terengganu FA 3 - 4 Malaysia
M32' Shafiq Rahim
M35' Azmi Muslim
M38' Ismail Faruqi (P)
M43' Ashari Samsuddin
M46' Faiz Subri
M54' Badri Razi
M59' Abdul Manaf




Wednesday, September 24, 2014

Keputusan Penuh Terengganu vs Malaysia - Perlawanan Amal 24 September 2014

Keputusan Penuh Terengganu vs Malaysia
Keputusan Penuh Terengganu vs Malaysia
Perlawanan Amal 
24 September 2014

Terengganu FA 3 - 4 Malaysia
M32' Shafiq Rahim
M35' Azmi Muslim
M38' Ismail Faruqi (P)
M43' Ashari Samsuddin
M46' Faiz Subri
M54' Badri Razi

Sejarah Kuala Terengganu

Sejarah Kuala Terengganu

Kuala Terengganu merupakan bandaraya perdagangan maritim yang penting pada zaman purba. Kampung Cina yang terletak di pesisir Kuala Terengganu merupakan perkampungan pedagang Cina yang berdagang antara China dan Semenanjung Tanah Melayu sejak awal abad ke 15. Kewujudan Kampung Cina adalah bukti wujudnya hubungan perdagangan erat antara Kerajaan China dan Kerajaan Terengganu.

Sumber: google

Perkataan ’Teng Ya Nu’ ada disebut dalam buku sejarah China seperti ’Ling Wai Tai Ta’ karangan Cao Cu Fei tahun 1178 dan buku ’Cu fan Cih’ karangan Cao-Ju-Kua tahun 1225. Chao Ju Kua dalam catatan yang ditulisnya pada tahun 1225, ada menyebut ’Teng Ya Nong‘ atau Kuala Terengganu sebagai sebuah pelabuhan perdagangan yang penting di persisiran pantai timur Tanah Melayu.

Perkataan tersebut merujuk kepada nama Tengganu yang dikatakan jajahan takluk Kerajaan Seri Wijaya (San-fo-Cih) pada kurun ke 2. Ptolemy, seorang ahli kaji bintang Greek telah mencatatkan dua buah Pelabuhan di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu iaitu Primula dan Kole. Primula dipercayai di Kuala Terengganu dan Kole di Kemaman.

Catatan penulis China pada masa Dinasti Sui ada juga menyebut tentang sebuah negeri yang dinamakan ’Tan Tan’ yang menghantar ufti ke China dan Paul Wheatley merumuskan negeri yang dimaksudkan di dalam catatan China itu mungkin berkerajaan di Kuala Besut atau Kuala Terengganu. Catatan tersebut juga menyebut bahawa Kuala Terengganu dan Kuala Berang merupakan pusat perniagaan utama di Asia Tenggara pada abad ke 12.

Sungai Terengganu merupakan laluan utama dan penting bagi pedagang-pedagang asing pada zaman itu. Pedagang barangan seperti Kayu Gaharu, Kayu Laka, Gading bermutu tinggi di jadikan pertukaran dengan Emas dan Perak.

Rekod menyatakan Kuala Terengganu adalah antara kota persinggahan utusan kerajaan Ming China, Laksamana Zheng He diantara tahun 1405 dan 1433. Pada abad ke 19, pelayar terkenal, Abdullah Munsyi yang singgah di Kuala Terengganu mencatatkan kaum Cina pada zaman tersebut berkomunikasi sepenuhnya dalam bahasa Melayu Terengganu.

Kuala Terengganu berkembang menjadi bandar perdagangan yang penting antara Kerajaan China dan Kerajaan Terengganu. Bagaimanapun, pengaruhnya sebagai pelabuhan terutama di kawasan Asia Tenggara merosot selepas ditakluk Empayar Melaka.

Ini disebabkan kebanyakan pedagang lebih gemar berhenti di Melaka, yang merupakan pusat perdagangan antara China, India dan Asia Tenggara.

Bukti lain kewujudan sebuah kerajaan purba di Terengganu ialah penemuan Batu Bersurat. Batu Bersurat tersebut bertulisan Jawi dan menggunakan Bahasa Melayu Kuno. Penemuan itu juga telah menjadi bahan sejarah yang tidak ternilai dan merupakan satu-satunya bukti yang menunjukkan kemasukan agama Islam ke Tanah Melayu sejak abad ke 14 lagi.

Sejarah Terengganu moden bermula apabila Tun Zainal Abidin dari keturunan DiRaja Johor ditabalkan memerintah Terengganu pada 1708. Baginda memakai gelaran Sultan Zainal Abidin 1.

Sumber: Facebook

Thursday, September 18, 2014

Kuala Nerus - Daerah baru kelapan Terengganu

Terengganu
Kuala Nerus - Daerah baru kelapan Terengganu

Hari ini, sempena Majlis Pecah Tanah bagi pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Kuala Nerus menjadi daerah terbaharu di Terengganu. Kuala Nerus menjadi daerah kelapan selepas Kuala Terengganu, Marang, Kemaman, Dungun, Setiu, Besut dan Hulu Terengganu. - Berita Harian

Sebelum ini Kuala Nerus adalah sebahagian kawasan daerah Kuala Terengganu. Kini, Kuala Nerus telah diiktiraf sebagai daerah yang baru di Terengganu. Pusat pentadbiran bagi Kuala Nerus mungkin di Gong Badak. Oleh itu, infrastruktur besar seperti Lapangan Terbang Sultan Mahmud,  Stadium Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berada dalam daerah Kuala Nerus.

peta Terengganu

Tuesday, September 16, 2014

Perarakan Bot Terbesar Dunia di Kemaman - 13 September 2014

Perarakan Bot Terbesar Dunia di Kemaman
Perarakan Bot Terbesar Dunia di Kemaman
13 September 2014


Perarakan 1180 bot di Kuala Kemaman pada 13 Septermber 2014, memecahkan rekod dunia sebelum ini di London pada tahun 2012. Perarakan tersebut bermula di Kuala Dungun dan berakhir di Kuala Kemaman. Perarakan dengan membawa bendera Malaysia amat meriah. Kemeriahan perarakan ini boleh dilihat dalam video di bawah ini. Tahniah nelayan-nelayan Terengganu, pihak penganjur, penaja, semua yang terlibat dan yang turut hadir memeriahkan suasana.


Saturday, September 13, 2014

Kuih tradisi

Kuih tradisi
Kuih tradisi

Selamat berhujung minggu. Hari ni, buka je facebook nampak orang post gambar kuih macam gambar kat atas tu. Kalau tak silap, kuih ni adalah salah satu kuih tradisi Terengganu. Aku tak pasti kuih ni nama apa. Ada yang komen nama kuih ni nama "Beka Ubi". Betul atau tidak, aku tak pasti. Yang pasti, dah lama aku tak makan kuih ni. Kalau tak silap, zaman-zaman sekolah dulu kot kali terakhir makan. Dah susah nak cari kuih-muih tradisi macam ni. Kalau cari kat pasar pun, memang susah giler nak jumpa. Dah tak banyak orang buat.

Tapi, bila dah nampak gambar kuih ni, terasa nak makan pulak. Nasib baik hari ni ada pasar minggu yang tak jauh dari rumah. Boleh la pergi sekejap nanti, harap-harap jumpa kuih ni. Bila generasi semakin meningkat, semakin susah nak jumpa kuih-muih tradisi. Macam kian dilupakan. Orang-orang lama je la pandai buat kuih macam ni. Keaslian resepi-resepi mereka tak setanding dengan orang macam generasi kita ni buat. Orang lama ada dengan gaya mereka sendiri untuk membuat kuih sebagai contoh menggunakan peralatan-peralatan tradisional untuk membuat kuih. Baru la boleh rasa keaslian kuih-muih tersebut. Harap-harap generasi akan datang boleh tahu dan dapat merasa  kuih-muih tradisi ni.

Saturday, September 6, 2014

Lagu kuih loghat Terengganu - Kesoh Kuey Do Deng Do Deng

Lagu kuih loghat Terengganu
Lagu kuih loghat Terengganu
Kesoh Kuey Do Deng Do Deng

Klip video lagu berjudul `Kesoh Kuey Do Deng Do Deng' nyanyian seorang lelaki bermain ukelele sambil menyanyikan nama kuih muih tradisional Terengganu menarik perhatian dan menjadi viral di kalangan pengguna Facebook. Ianya dinyanyikan dalam loghat Terengganu dan menampilkan keunikan kerana ia memaparkan pelbagai nama juadah yang sebilangan besarnya tidak dikenali masyarakat di luar pantai timur Semenanjung.