TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Wednesday, June 3, 2015

Peringatan untuk pengguna Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2)

Lebuhraya Pantai Timur
Peringatan untuk pengguna Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2)

Peringatan untuk pengguna Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) dari Jabor, Kemaman hingga ke Kuala Terengganu mohon berhati-hati dan ambil perhatian perkara-perkara berikut memandangkan sekarang banyak berlaku kemalangan.

1. Keadaan jalan di sesetengah tempat yang beralun dan tidak rata. Pegang stereng dengan kuat terutama bila melalui jambatan dan jalan tidak rata bagi mengelakkan kenderaan terbabas.

2. Tidak digalakkan memandu melebihi 120 km/j kerana banyak binatang yang mungkin melintas secara tiba-tiba seperti kerbau, lembu, babi hutan, anjing dsb.

3. Sepanjang LPT 2 masih belum ada stesen minyak. Sila pastikan anda mengisi penuh minyak sebelum memasuki lebuhraya ini.

4. Jika kenderaan rosak, tunggu di bahagian belakang besi penghadang lebuhraya. Jangan berada di dalam kereta. Pihak peronda LPT 2 akan sentiasa membuat rondaan dan memberi bantuan.

No comments:

Post a Comment