TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Showing posts with label Aswan Azmy Life. Show all posts
Showing posts with label Aswan Azmy Life. Show all posts

Wednesday, February 18, 2015

Ranking Alexa 16 Februari 2015

Ranking Alexa 16 Februari 2015
Ranking Alexa 16 Februari 2015

Fuhh..dah lama tak buat entri mengenai ranking alexa. Entri ini adalah entri pertama pasal ranking alexa untuk tahun ini. Dah masuk pertengahan bulan Februari dah, tapi yang ni yang pertama. Nampak sangat dah lama aku tak update pasal ranking alexa. Sebenarnya, dah lama aku tak ambil berat sangat mengenai ranking ni. Kalau dulu, dalam sebulan ada 2 atau 3 entri pasal ranking alexa. Tak ambil berat sebab makin lama semkin membesar nombor-nombor tu. Kalau dulu tergolong dalam golongan 3 nombor untuk rank di Malaysia. Tapi kini, urmmm...malas nak taip..tengok sendiri la gambar kat atas tu. Malu pulak nak letak gambar tu..hehe.

Dan tak lupa juga, dulu blog ini pernah masuk rank 2 negara luar iaitu Indonesia dan Singapura. Tapi, sekarang jangan harap la nak dapat tu semua. Rank kat Malaysia pun dah tah apa-apa..hehe. Tak apa la, nak buat macam mana. Mungkin suatu hari nanti akan kembali balik rank macam dulu-dulu. :)

Tuesday, January 27, 2015

Facebook dan Instagram mengalami gangguan

Facebook dan Instagram mengalami gangguan

Sekejap tadi, laman sosial Facebook dan Instagram mengalami gangguan. Aku ingat, line internet aku yang problem. Tapi, pelik jugak, website lain boleh je aku buka. Rupa-rupanya, laman sosial tersebut yang problem. Serius, dah lama aku tak buka twitter. Aku ni, memang tak main tweet-tweet. Kalau buka twitter pun, just baca tweet orang je. Ok, pasal gangguan facebook dan instagram tu, aku ada baca tweet dari Astro Awani yang mengatakan "Gangguan meluas laman sosial Facebook, Instagram sedang dialami pengguna di rantau Asia, Australia, Amerika Syarikat". Macam teruk jugak tu, banyak negara jugak terlibat. Tapi, sekarang ni dah boleh balik dah Facebook..huhu

Tuesday, November 18, 2014

Makan ubi di musim tengkujuh

Hujung tahun, bermula bulan november musim tengkujuh akan melanda di Pantai Timur. Di Terengganu, dah hampir seminggu hujan turun. Rasanya, hari ni hujan yang paling lebat, sampaikan aku rasa tak ada hari siang, rasa macam malam sepanjang hari. Hari ni jugak, dah ada pusat pemindahan banjir di buka di Kuala Terengganu. 


Musim tengkujuh ni memang sinonim dengan pesta ubi. Tahun lepas pun aku ada buat entri pasal ni (Klik Sini). Semalam, oleh kerana ramai sangat orang jual kat sepanjang jalan ke rumah aku..berhenti kereta sekejap beli ubi. Pelbagai jenis ubi ada. Jenis ubi yang tak pernah aku tengok pun ada. Tapi, aku beli ubi kayu je. Tak mahal pun, sekilo hanya RM4. Sampai rumah, terus rebus ubi. Siap je, makan terus time panas-panas. Fuhh..terbaik kalau makan ubi time musim hujan macam ni. :)

Wednesday, October 1, 2014

Google street view semakin popular di Malaysia

Google street view Kuala Terengganu
Google street view semakin popular di Malaysia

Sejak semalam, ramai orang yang update pasal  Google Street view kat facebook. Banyak la kawan-kawan aku post yang naik kat wall facebook aku gambar rumah dia orang. Semua orang bangga rumah dia orang dah boleh nampak dengan menggunakan google street view.

Aku ada buat tutorial cara menggunakan google street view 2 hari lepas. Aku ingat, 2 hari lepas..aplikasi ni dah lama boleh digunakan di Malaysia. Time tu, aku rasa aku ni dah tertinggal zaman tak tahu tu semua. Rupanya-rupanya, pada 2 hari lepas la aplikasi tu boleh digunakan di Malaysia. So, aku ni antara orang terawal jugak la yang menggunakan aplikasi google street view.haha.. Boleh baca entri yang aku update mengenai google street di SINI.

Bagi pendapat aku, fungsi google street view ni ada kebaikan dan keburukannya. Kalau tengok balik dari segi fungsinya, sekarang di dah macam tak ada privacy sebab senang je orang nak trace rumah kita dengan menggunakan alamat kita je. So, di situ ia juga boleh mendatangkan bahaya jugak. Kalau dari sudut positif, dengan aplikasi tu, kita dapat melihat tempat yang ingin kita lihat dengan mudah. Sebagai contoh, jika anda melancong ke Kuala Terengganu..dengan menggunakan google street view anda boleh melihat tempat menarik yang ada di Kuala Terengganu. Memang gambaran yang diberikan oleh google street view adalah gambaran yang sebenar yang berkualiti tinggi lagi. Itu pendapat aku bagi aplikasi ini, semua orang mempunyai pendapat yang berbeza. Bergantung pada diri masing-masing.

p/s: pendapat anda mengenai google street view?

Saturday, September 27, 2014

Ranking Alexa 27 September 2014

Ranking Alexa 27 September 2014
Ranking Alexa 27 September 2014

Assalamualaikum, selamat pagi dan selamat berhujung minggu. Pagi-pagi lagi dah rasa nak update entri sebab aku rasa dah lama tak update pasal ranking alexa blog aku ni. Aku update pasal ranking alexa ni time mood aku rajin je..hehe. Ok, ranking alexa blog ini pada 27 September 2014, aku rasa tak banyak berubah mana kalau nak bandingkan dengan kali terakhir aku update entri mengenainya. Kadang-kadang tiap-tiap hari jugak aku tengok nombor-nombor yang bermain-main di website alexa ni. Ada naik, ada turun. Tapi, perubahan pada setiap hari tu tak la ketara sangat. Beza sikit-sikit je.

Untuk ranking hari ini, pada ranking global berada di kedudukan 165 334, manakala pada ranking Malaysia 1261. Bagi aku dah ok tu, aku tak kisah sangat pasal ranking alexa ni. Bagi kategori pengunjung pula, terdapat 2 negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Data indonesia ni, tak selalu keluar..kadang-kadang je. Apa-apa pun, terima kasih kepada pengunjung-pengunjung blog ini... :)

Saturday, September 13, 2014

Kuih tradisi

Kuih tradisi
Kuih tradisi

Selamat berhujung minggu. Hari ni, buka je facebook nampak orang post gambar kuih macam gambar kat atas tu. Kalau tak silap, kuih ni adalah salah satu kuih tradisi Terengganu. Aku tak pasti kuih ni nama apa. Ada yang komen nama kuih ni nama "Beka Ubi". Betul atau tidak, aku tak pasti. Yang pasti, dah lama aku tak makan kuih ni. Kalau tak silap, zaman-zaman sekolah dulu kot kali terakhir makan. Dah susah nak cari kuih-muih tradisi macam ni. Kalau cari kat pasar pun, memang susah giler nak jumpa. Dah tak banyak orang buat.

Tapi, bila dah nampak gambar kuih ni, terasa nak makan pulak. Nasib baik hari ni ada pasar minggu yang tak jauh dari rumah. Boleh la pergi sekejap nanti, harap-harap jumpa kuih ni. Bila generasi semakin meningkat, semakin susah nak jumpa kuih-muih tradisi. Macam kian dilupakan. Orang-orang lama je la pandai buat kuih macam ni. Keaslian resepi-resepi mereka tak setanding dengan orang macam generasi kita ni buat. Orang lama ada dengan gaya mereka sendiri untuk membuat kuih sebagai contoh menggunakan peralatan-peralatan tradisional untuk membuat kuih. Baru la boleh rasa keaslian kuih-muih tersebut. Harap-harap generasi akan datang boleh tahu dan dapat merasa  kuih-muih tradisi ni.

Thursday, September 11, 2014

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku , Seorang Blogger !

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku , Seorang Blogger !
Segmen Ben Ashaari : Impian Ku , Seorang Blogger !

Blog aku ni, pada mula memang la 200% entri yang aku update berkaitan dengan personal je. Selepas aku habis belajar bulan Januari tahun ini, baru aku ada masa memperkembangkan lagi jenis-jenis entri di blog aku ini. Kalau ikutkan, blog aku sekarang dah bukan dikelaskan blog personal. Dah macam blog rojak dah. Tapi, tak kisah la..asalkan boleh menyampaikan info-info kepada pengunjung blog ini. Buat masa ini, jenis entri di blog ini banyak berkaitan dengan isu-isu semasa, sukan dan tonton drama. Daripada entri-entri tersebut la, Alhamdulilah..traffik di blog ini amat memberansangkan. Dah la pasal intro blog aku ni, Bro Ben Ashaari suruh cerita ringkas je..hehe

Part kelebihan blog aku ni, aku rasa aku dah ceritakan serba sedikit di perenggan diatas. Dah cukup nak menceritakan kelebihan blog aku ni. Tak ada kelebihan sangat pun, blog biasa je kan.. :)

Apa impian aku bila jadi blogger?. Impian tu tak ada la besar sangat. Ianya sekadar hanya untuk mengisi masa lapang aku yang berstatus penanam anggur berjaya ni. Siapa-siapa yang ada kerja-kerja kosong dalam bidang kejuruteraan awam..roger-roger aku ea..hehe. Apa-apa pun, dari blog ini jugak aku boleh menjana serba sedikit side income sementara dapat kerja ni. So, impian aku sebagai blogger ni bukan la nak popular pun. Tapi, sejak 2 mejak ni..ada la jugak..kalau aku keluar jalan-jalan..orang tegur aku.." Blogger ea??". Time tu, tersipu malu la..iyakan aje la..cukup la..kan keluar ayat-ayat poyo pulak nanti. Apa-apa pun, terima kasih Bro Ben Ashaari adakan segmen ini. Nice segmen bro.. :)

Sunday, August 31, 2014

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 - Terengganu

Hari ini 31 Ogos 2014, negara kita menyambut Hari Kemerdekaan ke-57. Alhamdulilah, negara kita masih mengecapi keamanan, keselesaan dan kebebasan dalam kehidupan. Penjuang-penjuang pada masa dulu yang sanggup berkorban untuk memerdekakan negara kita tercinta ini. Pergorbanan mereka amat-amat besar sehingga kita semua dapat hidup seperti kita jalani pada hari ini.

Dengan tema "Di sini lahirnya sebuah cinta" pada tahun ini, ianya disambut di segenap penjuru oleh rakyat Malaysia. Bila berkibarnya jalur gemilang, perasaan bangga menjadi rakyat Malaysia terasa. Saban tahun, 31 Ogos menjadi hari sambutan kemerdekaan.

Sambutan Kemerdekaan di Terengganu diadakan di Dataran Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Sejak pukul 7 pagi lagi, ramai orang berkumpul untuk menyaksikan perbarisan sempena kemerdekaan. Dengan dianggotai dari berbilang bangsa dan masyarakat menunjukkan Malaysia adalah negara yang aman dengan rakayat yang berbilang kaum. Di bawah antara gambar yang diambil pada pagi di tadi.








Sunday, August 17, 2014

Santai petang - Benteng Pemecah Ombak Kuala Terengganu

Santai petang di Benteng Pemecah Ombak Kuala Terengganu, memang best dengan pemandangan matahari terbenam. Tak rancang pun nak pergi lepak kat sini, lepas beli tiket bas petang tadi..pergi ke Pantai Batu Buruk sekejap beli makanan dan terus pergi sana.

Petang tadi, suasana tak semeriah macam hujung minggu sebelum ini. Kebiasaannya, ramai je orang memancing kat sini. Adakalanya, macam pesta memancing pulak. Tapi, tadi cuma ada beberapa orang je memancing. Aku lepak hari ni, benteng pemecah ombak sebelah bandar. Kali pertama lepak sebelah bandar, kebiasaanya aku lepak benteng pemecah ombak sebelah seberang takir. 

Bestnya lepak kat sini, boleh melihat bandar Kuala Terengganu secara menyeluruh. Dengan kedudukan benteng jauh dari darat, boleh dikatakan berada di dalam laut jugak la. Memang best kalau lepak kat sini kalau petang, tapi kalau tengahari tak sanggup aku nak lepak kat sini. Boleh hangus kulit kalau lepak time tengahari..hehe. Antara gambar yang aku snap petang tadi...






p/s: gambar dari phone je..kalau plan nak datang sini, boleh bawak DSLR aku..hehe

Tuesday, August 5, 2014

Keluarkan peluh - Trek Jogging Bukit Besar Kuala Terengganu

Trek Jogging Bukit Besar Kuala Terengganu

Hampir 2 bulan tak jogging, pagi tadi selepas sembahyang subuh terus ke Trek Jogging Bukit Besar Kuala Terengganu. Fuhh..dah lama tak keluarkan peluh. Tu pun kawan yang ajak, kalau aku sorang-sorang memang tak pergi la. Kalau dengan kawan-kawan ada semangat sikit nak jogging. Tadi pun, naik sekali je hingga puncak. Dah tak larat untuk second round. Nampak sangat stamina sekarang ni dah semakin kurang. Trek Jogging Bukit Besar boleh dikatakan best la jugak sebab boleh tengok pemandangan bandar Kuala Terengganu dari puncak bukit. Lebih-lebih lagi time pagi, boleh tengok kesesakan lalulintas di dalam bandar dari jauh. Memang menarik.

Allah Peliharakanlah Terengganu


Lepas jogging, pergi makan nasi dagang pulak kat Mayang Village..huh..macam tak function je jogging aku tadi tu..hehe..lepas jogging, makan pulak. Nasi pulak tu. Ok, aku nak kongsi sikit info yang aku snap kat trek jogging kat sebelah bukit besar tu. Info ini mungkin penting bagi orang yang jaga berat badan. Dengan berjalan juga, kita bakar kalori. Tahukah anda?


p/s: jogging hari biasa macam tak best je..kalau hujung minggu best..meriah trek jogging.. :)

Pageviews merosot di minggu raya

Pageviews merosot di minggu raya

Dah seminggu Hari Raya Aidilfitri, kalau tengok analisis traffik di blog aku ni boleh dikatakan pageviews sejak seminggu raya ni merosot. Nak kata jatuh teruk sangat tak la jugak. Mungkin menurun sebanyak 20-30 peratus dari jumlah pageviews pada hari biasa.

Hari Raya, siapa la nak tengok blog-blog ni semua. Semua orang sibuk beraya, makan biskut raya dan kumpul duit raya..hehe. Aku sendiri pun tak buka blog aku di Hari Raya. Tak sempat woo.. Seminggu ni full masa dengan open house..sampaikan tak open blog..haha.

Tapi, kini pageviews dah kembali seperti biasa. Orang dah bermula kerja dan kembali semula ke kota. Sekarang ni pun, aku tengah mencari idea untuk meningkatkan balik jumlah traffik di blog ini. Kalau dulu, pageviews adalah 2 kali ganda pageviews sekarang. Tapi, sejak sebulan dua ni..mood malas asyik datang je. Sebab tu la pageviews sekarang tak macam dulu. Aku tengok, ranking alexa pun dah makin merosot. Mungkin esok aku update pasal ranking alexa. Kalau dulu boleh berada bawah 500, tapi sekarang jauh sekali nak berada pada kedudukan tersebut. Tak apa la, naik turun, bawah atas dah menjadi lumrah kehidupan. Yang penting..hidup mesti ceria.. :)

p/s: aku tengok, ramai jugak rakan blogger tak update blog di sejak raya ni..korunk tak habis raya lagi k?..hehehe

Sunday, August 3, 2014

Soalan paling popular bila Hari Raya


Perkara biasa kalau setiap kali Hari Raya, soalan paling popular untuk orang bujang tak lain tak bukan "Bila nak Kahwin?". Kalau aku, orang tanya macam ni..aku buat-buat tukar topik la..haha. Tak ada jawapan nak jawab soalan tu..huhu. 

Kita bukan tak nak kahwin lagi, tapi sampai jodoh lagi la. Bila tiba masa nanti, kahwin la. Kalau asyik tanya soalan macam tu sangat, kan tak pasal-pasal soalan macam gambar kat tu pulak ditanya balik. Baru terkedu nak menjawabnya pulak..haha. Tapi, setakat ni tak ada lagi aku jumpa orang tanya soalan macam gambar kat atas tu. Kalau ada, confirm kena penyepak atau penampar pada yang tanya tu..hehe..


Thursday, July 31, 2014

Blog di Hari Raya

Hari ni, hari ketiga Hari Raya Aidilfitri. Rasanya, Aku tak ada lagi buat entri khas ucap selamat hari raya..hehe.. Nampak sangat blog terabai sejak beberapa hari ini. Nak buat macam mana kan, raya sakan..sampai blog pun tak ada masa nak tengok. Kalau aku buka pun, just tengok traffik je sekejap..lepas tu..terus close..hehe. Lagi pun, aku tengok traffik di hari raya ni boleh dikatakan teruk juga. Menjunam jatuh traffik. Hehe...Mesti semua orang sibuk beraya semua.

Kalau ikutkan, bukan malas nak update blog..tapi, line internet ni lembab macam siput. Lembab semacam je.. Nak buka blog pun asyik loading je..bak kata orang ganu "pas cerah tunggu loading"..hehe. So, dengan campur mood malas sikit-sikit pulak..memang tak ada la sangat entri di hari raya ni. Sory ea.. :)

Ok, hari ni baru aku nak ucap selamat hari raya kepada rakan-rakan blogger dan kepada semua pengunjung-pengunjung blog ini, "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin"..Salam kemaafan aku pohon sepanjang perkenalan dan kalau ada salah silap harap dimaafkan. :)

Tuesday, July 22, 2014

Kad raya pertama tahun 2014

Terima dah 3 hari lepas, tapi hari ni baru nak update. Alhamdulilah, dapat jugak aku kad raya walaupun satu. Bukan senang nak dapat kad raya sekarang. Dapat satu pun dah rasa cukup hebat. Aku post gambar, aku dapat kad raya kat Instagram dan moment wechat aku, ramai kawan-kawan aku macam tak percaya ada lagi orang hantar kad raya. Ada yang jeles lagi aku dapat kad raya. Nampak sangat kan, kad raya dah susah nak dapat sekarang.

Kad raya

Ni la kad raya pertama tahun 2014. Dengan perasaan terujanya aku buka sampul surat kad raya ni..haha. Terima kasih banyak-banyak kepada Blogger Irrayyan kerana sudi hantar kad raya ni. Cantik!!..hehe. Haa..siapa lagi nak hantar kad raya kat aku..hehe..bajet retis pulak orang nak hantar kad raya banyak-banyak. Apa-apa pun, rekod tak dapat kad raya pada setiap tahun tak pecah lagi. Tahun lepas dapat 2 kad raya. Tahun ni, kalau dapat satu ni pun kira ok dah. Jangan tak dapat sudah..huhu..

p/s: Tradisi.. kita jangan lupakan.. :)

Sunday, July 13, 2014

Ranking Alexa #6

Ranking Alexa! Rasanya, dah lama aku tak update mengenai ranking ni. Last aku update bulan April lepas. So, 3 bulan jugak la aku tak ambil berat sangat mengenainya. Hari ni, aku check Rangking Alexa blog ni..terkejut jugak aku tengok. Rupa-rupanya, ranking blog ni dah melebihi 1000. Kalau sebelum-sebelum ini, aku pernah berada pada kedudukan bawah 500. Tapi, sekarang jauh sekali nak berada dalam ranking tersebut balik. Biasa la, macam hidup kita jugak, ada naik ada turun.

Ranking Alexa

Kalau tengok ranking pada hari ini, cantik pulak nombornya 1111. Dah macam nombor phone operator celcom pulak..haha. InsyaAllah, lepas ni kena perbaiki balik ranking alexa blog ni. Berada dalam kedudukan 1000 ke bawah dah rasa awesome. Tapi, aku tak kejar mana pun ranking ni. Asalkan traffik banyak masuk sudah kat blog ni. Apa-apa pun, terima kasih kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Tanpa korunk, apa la blog ini..cewaahh...haha..dah cukup mengarut! K..salam 15 Ramadhan 1435H.

Saturday, June 28, 2014

Header Ramadhan


Wah..mood Ramadhan dah kembali. So, blog aku pun dalam mood Ramadhan. Header Ramadhan aku kali ni simple je. Nak edit cantik-cantik tak pandai. Buat setakat sekadar yang mampu je la. Crop..crop..paste-paste..typing..typing..jeng-jeng..dah siap.. Dalam 20-30 minit la jugak aku buat. Siap ada gambar upin or ipin..salah seorang je aku letak..yang mana satu tak tahu..aku bukan kenal sangat dia orang tu..haha.. Apa-apa pun..selamat berpuasa kepada seluruh umat islam esok. Jangan buat salah-salah termakan pulak di hari pertama esok..hehe.. Yang dah lupa niat puasa, boleh tengok di entri INI. Satu lagi, malam nanti dah start sembahyang Terawih..Jom ramai-ramai sembahyang Terawih kat masjid malam ini.. :)

Wednesday, June 18, 2014

Gambar aku di laman ping Blogr.my I Wordless Wednesday

Gambar aku di laman ping Blogr.my
Gambar aku di laman ping Blogr.my
Wordless Wednesday

Monday, June 9, 2014

Aku masih muda lagi?


Hari ini, 9 Jun genap umur aku dua puluh tut..tut..tahun..haha. Ala..baru second series. So, dia kira muda lagi la..hehe.. Bangun pagi ni, dah banyak kawan-kawan wish besday kat wall Facebook. Yang menariknya, aku berkongsi dengan 5 orang dengan rakan rapat Facebook aku yang menyambut besday hari ini jugak.. Urmm..ramai jugak yang sama hari lahir dengan aku. Apa-apa pun, terima kasih kawan-kawan yang wish besday aku.. :)

Saturday, June 7, 2014

1000 followers - Aswan Azmy Blog

1000 followers, Aswan Azmy Blog
Dah hampir 4 tahun aku buat blog ni, tapi hari ini 7 Jun 2014 cukup bilangan followers sebanyak 1000..hehe.. Ambik masa lama kan aku nak kumpul followers sebanyak tu. Blog biasa je, siapa la nak follow kan..huhu. Apa-apa pun, terima kasih kepada semua yang sudi follow blog ni dan tak lupa juga yang selalu menyumbangkan traffik ke blog. Tanpa korunk, apa la blog ini..pergghh...ayat!..haha

p/s: Terima Kasih Semua :)




Monday, May 12, 2014

Pesta Wau 2014


Pesta Wau boleh dikatakan menjadi acara tahunan di kampung aku. Memang setiap tahun diadakan. Untuk tahunan ini, hujung minggu lepas diadakan iaitu pada hari jumaat dan sabtu. Tempat, macam biasa di padang kat kampung aku je la.

Pesta ini anjuran pemuda-pemuda kat kampung aku je. Penyertaan untuk pesta ini tertutup..hanya khas untuk orang kampung aku je. Walaupun hanya orang kampung aku je..tapi..memang meriah. Kampung aku ni besar, so ramai penduduk. Satu kampung terbahagi kepada 4 bahagian kampung pulak..memang besar la kawasan kampung aku.

Tahun ini, antara pertandingan yang diadakan ada 4 iaitu Wau Naik, Wau Rekaan, Panjat tiang (batang pokok pinang) Licin dan Pertandingan Dam Aji. Pertandingan yang paling meriah ialah pertandingan wau naik dengan bilangan penyertaan 100++ biji wau. Pertandingan panjat tiang licin pun meriah, tak kira usia..semua boleh cuba panjat. Penat woo..nak panjat tiang licin tu untuk dapatkan bendera..memang ramai yang mencuba..yang dapatnya hanya dua orang je..hehe..



Bagi pertandingan wau rekaan, ianya agak menarik. Kreatif-kretaif jugak orang kampung aku ni. Ada 3 wau rekaan yang menarik antaranya wau tebuan, wau pepatung dan wau MH370. Kalau ikutkan, wau tersebut hanya untuk pameran sahaja. Tapi, pihak penganjur memberi peluang kepada pereka-pereka menerbangkannya..Naik woo..aku ingat tak naik..terbaik la..






Aku just penonton je. Tak ambil bahagian pun...huhu.. Yang pasti, pesta tahunan ini memang meriah setiap tahun. Orang kampung memang akan berkumpul di padang untuk menyaksikan pesta tersebut. Harap-harap tahun depan ada lagi..