TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Friday, January 1, 2016

Harga minyak RON95, RON97 dan Diesel bermula 1 Januari 2016

Harga minyak RON95, RON97 dan Diesel bermula 1 Januari 2016
Harga minyak RON95, RON97 dan Diesel bermula 1 Januari 2016

Bermula tengah malam ini 1 Januari 2016, harga runcit bahan api yang ditetapkan mengikut sistem apungan terkawal sejak Disember tahun 2014 adalah seperti berikut: 

HARGA BARU: 1 Januari 2016

RON95: RM1.85 sen/ liter
RON97: RM2.25 sen/ liter
Diesel: RM1.60 sen/ liter

HARGA TERDAHULU: Disember 2015

RON95: RM 1.95 sen seliter
RON97: RM 2.45 sen seliter termasuk GST
Diesel: RM1.90 sen Seliter

Monday, November 2, 2015

Harga Tambang Baru KTM Komuter Bermula 2 Disember 2015

Harga Tambang baru KTM Komuter Bermula 2 Disember 2015

Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) mengumumkan struktur tambang baharu perkhidmatan KTM Komuter berkuat kuasa 2 Disember ini membabitkan kenaikan dari RM0.00 hingga RM7.10 bagi sektor Lembah Klang iaitu dari Tanjung Malim ke Sungai Gadut serta Batu Cave ke Pelabuhan Klang. Bagi perkhidmatan KTM Komuter sektor selatan iaitu antara Sungai Gadut ke Tampin dan sektor utara antara Kamunting ke Gurun harganya tidak berubah. - Berita Harian

Harga Tambang baru KTM Komuter Bermula 2 Disember 2015


Harga Tambang baru KTM Komuter Bermula 2 Disember 2015

Sumber Gambar: MalaysiaKini

Monday, October 12, 2015

Kadar baru tol bermula 15 Oktober 2015

Kadar baru tol bermula 15 Oktober 2015
Kadar baru tol bermula 15 Oktober 2015

Berikut adalah senarai lebuhraya yang terlibat serta kadar terbaru;

Lebuhraya SMART - Tol terowong SMART meningkat 50% kepada RM1, dengan kadar baru RM3.00.

Lebuhraya MAJU Expressway (MEX) - Kadar tol naik 20-33% antara 20 sen hingga RM3

Lebuhraya Kajang SILK- Kadar tol Lebuhraya Kajang SILK naik 80% antara 40 sen dan RM2.40.

Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) - Kadar tol naik 25% antara 50 sen hingga RM 1

Plaza Tol Gombak dan Bentong, Lebuhraya KLK (Kuala Lumpur-Karak Highway) - Kadar tol naik 17-20% antara 30 sen dan RM3.

Lebuhraya Baru Pantai (NPE) - Kadar tol naik 44%.

Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) - Kadar tol naik 54%.


Sumber: Astro Awani

Thursday, August 6, 2015

Serpihan di Pulau Reunion sah milik MH370

Serpihan di Pulau Reunion sah milik MH370
Serpihan di Pulau Reunion sah milik MH370

Selepas 515 hari mesteri kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014, penantian keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, malah seluruh rakyat negara ini berakhir awal pagi tadi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion, timur Madagascar, 29 Julai lalu disahkan daripada pesawat itu.


“Hari ini, 515 hari sejak hilangnya pesawat, dengan berat hati saya harus maklumkan bahawa pasukan pakar antarabangsa dengan muktamad mengesahkan bahawa serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion daripada MH370.

“Kita sekarang mempunyai bukti fizikal, seperti saya umumkan tahun lalu bahawa pesawat MH370 dengan tragisnya berakhir di selatan Lautan Hindi,” katanya.

Saturday, August 1, 2015

Harga minyak bermula 1 Ogos 2015

Harga minyak bermula 1 Ogos 2015

Harga minyak bermula 1 Ogos 2015

Bermula tengah malam ini 1 Ogos 2015, harga runcit bahan api yang ditetapkan mengikut sistem apungan terkawal sejak Disember tahun lalu adalah seperti berikut: harga runcit baharu bagi RON95 adalah RM2.05 seliter, RON97 RM2.45 seliter (termasuk GST 6%), dan diesel RM1.95 seliter.


RON95 RM2.05 seliter

RON97 RM2.45 seliter termasuk GST 6%

Diesel RM1.95 seliter

Tuesday, June 30, 2015

Harga minyak bermula 1 Julai 2015

Harga minyak bermula 1 Julai 2015
Harga minyak bermula 1 Julai 2015

Bermula tengah malam ini 1 Julai 2015, harga runcit bahan api yang ditetapkan mengikut sistem apungan terkawal sejak Disember tahun lalu adalah seperti berikut: harga runcit baharu bagi RON95 adalah RM2.15 seliter, RON97 RM2.55 seliter (termasuk GST 6%), dan diesel RM2.05 seliter.


RON95 RM2.15 seliter

RON97 RM2.55 seliter termasuk GST 6%

Diesel RM2.05 seliter

Friday, June 5, 2015

Gempa bumi di sabah 5 Jun 2015

Gempa bumi di sabah 5 Jun 2015
Gempa bumi di sabah 5 Jun 2015


Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi. Gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud. - Sumber: Berita Harian

Gempa bumi di sabah 5 Jun 2015

Monday, June 1, 2015

Harga minyak bermula 1 Jun 2015

Harga minyak bermula 1 Jun 2015
Harga minyak bermula 1 Jun 2015

Bermula tengah malam ini 1 Jun 2015, harga runcit bahan api yang ditetapkan mengikut sistem apungan terkawal sejak Disember tahun lalu adalah seperti berikut: harga runcit baharu bagi RON95 adalah RM2.05 seliter, RON97 RM2.35 seliter (termasuk GST 6%), dan diesel RM2.05 seliter.

RON95 RM2.05 seliter


RON97 RM2.35 seliter termasuk GST 6%


Diesel RM2.05 seliter

Saturday, April 4, 2015

4 gambar helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Semenyih

helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Semenyih
4 gambar helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Semenyih

Sebuah helikopter milik swasta dilaporkan telah terhempas di sekitar Sungai Lalang, Semenyih semasa dalam perjalanan dari Kuantan ke Subang. Seorang saksi yang juga penduduk kampung mendakwa melihat sebuah helikopter meletup di udara sebelum terhempas di Kampung Pasir Baru, Sungai Pening,  petang tadi. - Sumber: Berita Harian

helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Semenyih

helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Semenyih

helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Semenyih

Sumber gambar: Facebook Berita Harian dan Utusan Malaysia


Wednesday, March 11, 2015

Cas GST 6% bagi MEPS - RM1.06

Cas GST 6% bagi MEPS
Cas GST 6% bagi MEPS

Sumber daipada Facebook CIMB Malaysia, Bermula 1 April 2015, yuran MEPS yang dikenakan keatas pengeluaran tunai menggunakan kad ATM CIMB dari mesin ATM bank lain akan dinaikkan berjumlah 6 sen kepada RM1.06 (termasuk cukai GST). Cukai GST yang dikutip akan diremit oleh MEPS kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Pengeluaran tunai menggunakan kad ATM CIMB di mesin ATM CIMB masih percuma.

Monday, March 9, 2015

Harun Salim Bachik meninggal dunia

Harun Salim Bachik meninggal dunia
Harun Salim Bachik meninggal dunia

Pelawak tanah air, Harun Salim Bachik atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim meninggal dunia selepas rebah di hentian Rehat dan Rawat di Bukit Merah, Perak petang tadi. Mengesahkan berita tersebut, rakannya, Afdlin Shauki berkata, kejadian berlaku sewaktu Allahyarham sedang dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur. - Sinar Harian

Thursday, February 12, 2015

Al-Fatihah buat Tuan Guru Nik Aziz


Al-Fatihah buat Tuan Guru Nik Aziz. Tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi pada jam 9.45 malam. Perginya di malam jumaat yang penuh dengan keberkatan. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan hambaNya yang soleh.

Saturday, January 31, 2015

Harga minyak bermula 1 Februari 2015

harga minyak
Harga minyak bermula 1 Februari 2015

Bermula tengah malam ini 1 Februari 2015, harga runcit bahan api yang ditetapkan mengikut sistem apungan terkawal sejak Disember tahun lalu adalah seperti berikut: petrol RON95 diturunkan 21 sen seliter kepada RM 1.70 seliter manakala harga RON97 diturunkan sebanyak 11 sen seliter kepada RM 2.00 seliter berkuat kuasa 1 Februari 2015. Bagi harga diesel pula adalah RM 1.70.


RON95 RM1.70 seliter

RON97 RM2.00 seliter

Diesel RM1.70 seliter

Sumber: MalaysiaKini

Thursday, January 15, 2015

Kemalangan bas di Tapah

Kemalangan bas di Tapah
Kemalangan bas di Tapah

Kejadian kira-kira jam 1.15 pagi tadi, nahas bas persiaran di KM 326.3 Lebuhraya PLUS arah selatan dekat susur keluar Tapah telah meragut lapan nyawa. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila bas berkenaan terbabas selepas dipercayai melanggar sebuah tayar lori yang berada di tengah-tengah laluan.


Mangsa yang maut dikenali sebagai:

1. Lim Soo Lan, 59 (P)
2.Tan Ah Ba, 65 (L)
3. Tan Chan Hing, 49 (L)
4. Aw Ah Poh, 56 (P)
5. Tan Ah Baa, 64 (L)
6. Ong Ah Yook, 58 (P)
7. Sin Ah Guat, 54 (P)
8. M Jayaganasagran, 40 (L)

Kemalangan bas di Tapah

Kemalangan bas di Tapah

Thursday, January 8, 2015

Hujan Monsun 7 Januari hingga 9 Januari 2015

Hujan Monsun 7 Januari hingga 9 Januari 2015
Hujan Monsun 7 Januari hingga 9 Januari 2015

Pihak Malaysian Meteorological Department telah mengeluarkan satu kenyataan berkaitan dengan hujan monsun yang akan berlaku pada 7 Januari 2015 hingga 9  Januari 2015. Antara negeri yang akan menerima hujan monsun ini ialah negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah (Bahagian pantai Barat, Kudat, Sandakan dan Tawau). Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan rendah dan laut bergelora.

Monday, January 5, 2015

Bonus kakitangan awam 15 Januari 2015

Bonus kakitangan awam 15 Januari 2015
Bonus kakitangan awam 15 Januari 2015

Sumber dari Berita Harian, kerajaan setuju pembayaran imbuhan tahunan 2014 atau bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas RM250 kepada pesara kerajaan diawalkan pembayaran pada 15 Januari ini. Berita penuh boleh di baca di link INI.

Tuesday, December 30, 2014

Sesi persekolahan 2015 ditangguh seminggu akibat banjir

Kementerian Pendidikan Malaysia
Sesi persekolahan 2015 ditangguh seminggu akibat banjir

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA 
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

Monday, December 29, 2014

Pesawat QZ 8501 AirAsia Hilang Daripada Radar

Pesawat QZ 8501 AirAsia Hilang Dari Radar
Pesawat QZ 8501 AirAsia Hilang Dari Radar

INFO PESAWAT QZ 8501


Jenis pesawat: Airbus A320

Pendaftaran: PK - AXC

Laluan: Surabaya-Singapura

No Penerbangan: QZ 8501

Jadual Penerbangan: 5.20 pagi - Berlepas (waktu tempatan), 8.30 pagi - Ketibaan (waktu tempatan)

Komposisi Kru:

Kapten: Iriyanto

Pegawai Penerbangan: Remi Emmanuel Plesel

4 Atendan:

Wanti Setiawati

Khairunisa Haidar Fauzi

Oscar Desano

Wismoyo Ari Prambudi

Jurutera: Saiful Rakhmad

Komposisi penumpang : 138 dewasa, 16 kanak-kanak dan 1 bayi

Monday, December 1, 2014

Harga minyak RON95, RON97 dan Diesel bermula 1 Disember 2014

Harga minyak RON95, RON97 dan Diesel bermula 1 Disember 2014

Bermula 1 Disember 2014 Isnin, RON95 turun 4 sen menjadi 2.26 sen seliter dan harga RON97 pula turun 9 sen kepada RM2.46 seliter. Manakala, harga diesel mengalami kenaikan sebanyak 3 sen kepada 2.23  sen seliter. Harga tersebut akan berkuatkuasa sepanjang bulan Disember.

Tuesday, November 18, 2014

Harga petrol RON97 turun 20 sen seliter bermula 19 November 2014

Harga petrol RON97 turun 20 sen seliter bermula 19 November 2014


Harga petrol RON97 turun 20 sen seliter daripada RM2.75 kepada RM2.55 bermula 19 November 2014. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan. memaklumkan perkara berkenaan menerusi laman twitternya awal malam ini dan bersertakan surat pekeliling seperti diatas.