Tips persediaan sebelum banjir
- Elakkan membina bangunan di kawasan yang berisiko banjir
- Selenggara parit/ longkang/ saliran air supaya tidak tersumbat
- Simpan nombor-nombor perhubungan penting seperti nombor ahli keluarga, jiran, balai polis terdekat, bomba untuk kegunaan semasa kecemasan
- Peka kepada keadaan sekeliling, bunyi/ isyarat-isyarat amaran serta kenalpasti laluan tinggi dan selamat untuk ke pusat pemindahan
- Bersiap sedia untuk berpindah sekiranya diarahkan pihak berkuasa
- Dapatkan maklumat terkini cuaca dan situasi banjir melalui saluran radio, televisyen dan internet
- Simpan semua dokumen penting di dalam bekas/ beg/ fail di tempat yang tinggi dan mudah diambil sekiranya perlu berpindah ke pusat pemindahan
- Sediakan barang keperluan asas yang paling penting seperti susu anak, ubat-ubatan, lampu suluh, beg pakaian dan peralatan lain sebelum diarah berpindah
- Simpan barang berharga di tempat tinggi yang tidak ditenggelami air sekiranya berlaku banjir
- Simpan air bersih di dalam botol untuk kegunaan memasak dan sebagai air minuman
- Simpan/ ikat dengan ketat barang-barang yang diletakkan di luar rumah seperti perabut taman, basikal, tong sampah dan sebagainya untuk mengelak dihanyutkan banjir
- Pastikan kenderaan dan peralatan membaiki kenderaan anda berkeadaan baik sebagai persediaan berpindah
- Letakkan haiwan peliharaan di tempat selamat kerana haiwan tidak dbenarkan untuk dibawa ke pusat pemindahan atas sebab kebersihan dan kesihatan
- Dapatkan insuran banjir jika berkemampuan.
No comments:
Post a Comment