Hujung tahun, bermula bulan november musim tengkujuh akan melanda di Pantai Timur. Di Terengganu, dah hampir seminggu hujan turun. Rasanya, hari ni hujan yang paling lebat, sampaikan aku rasa tak ada hari siang, rasa macam malam sepanjang hari. Hari ni jugak, dah ada pusat pemindahan banjir di buka di Kuala Terengganu.
Musim tengkujuh ni memang sinonim dengan pesta ubi. Tahun lepas pun aku ada buat entri pasal ni (Klik Sini). Semalam, oleh kerana ramai sangat orang jual kat sepanjang jalan ke rumah aku..berhenti kereta sekejap beli ubi. Pelbagai jenis ubi ada. Jenis ubi yang tak pernah aku tengok pun ada. Tapi, aku beli ubi kayu je. Tak mahal pun, sekilo hanya RM4. Sampai rumah, terus rebus ubi. Siap je, makan terus time panas-panas. Fuhh..terbaik kalau makan ubi time musim hujan macam ni. :)
Sedap nie...ubi kayu rebus cincah dengan gula + kopi o kosong gelas besar=terbaeekkk
ReplyDeleteAssalammualaikum... aswan,
ReplyDeletesedap gak pekena ubi nie.. + kopi o .. musim hujan.. layan..
mselim3