Siapa sangka, entri yang ringkas mampu menarik pageviews sehingga 4000 dalam masa satu hari. Entri yang dimaksudkan ialah entri ini "BR1M 2014 dah masuk ke dalam akaun bank". Entri yang aku buat ini memang ringkas. Kalau tak percaya, sila tengok entri tersebut. Aku pun tak jangka entri tersebut mampu meraih pageviews sebanyak itu dalam masa satu hari.
Faktor utama entri itu mendapat perhatian pengunjung ialah entri itu berkaitan isu semasa yang tengah hangat semalam. Memang orang tidak jangka duit BR1M akan masuk lebih awal daripada tarikh yang telah ditetapkan. Oleh itu, ramai yang ingin mencari kepastian mengenai kemasukan duit BR1M ini.
Daripada isu tersebut, entri sebegini lah menjadi perhatian di kalangan penerima duit tersebut. Oleh itu, penggunaan keyword itu penting. Ianya kerana, keyword yang betul-betul tepat boleh mempengaruhi kedudukan entri di enjin pencarian seperti google. Gambar kat bawah ni adalah kedudukan entri disebutkan tadi dengan pencarian keyword "BR1M dah masuk". Walaupun entri ringkas, tapi penggunaan keyword yang tepat, boleh menarik pengujung di blog anda.
keyword tu memang penting..selalunya orang akan cari perkataan yang mudah dan selalu kita gunakan..
ReplyDeleteakak setuju keyword tu memang penting...
ReplyDeleteWah, hebat! Tahniah.
ReplyDeleteHaah...saya pon terperasan any post about BR1M gets a lot of views... cuma saya tak pandai dan tak ada knowledge tentang BR1M, so tak pandai buat entri tentang BR1M ni.. So, boleh saya nak tanya Wan, macamana kita nak tahu keyword apa yang popular? Adakah oleh kerana banyak pageview saja atau kita boleh predict keyword apa yang akan popular?.. Kalau sudi share... :D
ReplyDeletekena ambil tahu mengenai isu semasa dan perlu tahu apa info yang ingin ketahui..daripada itu, kita perlu ambil peluang daripada isu2 tersebut. Penggunaan keyword yang baik sebenarnya ada pada diri kita sendiri.. Anggap diri kita ini sebagai orang yang ingin mengetahui isu tersebut. Daripada itu, kita boleh generate satu keyword yang mudah orang nak taip di google search..
DeleteOohh... macam tu... :)
DeleteHmmm... and what do you actually mean as generate 'satu' keyword yang mudah orang taip... for example like BR1M... is it considered as 'satu' keyword tu and ia adalah tentang isu semasa sesuatu masa itu? hahahaha... banyak pulak soalan... (actually tak faham tentang GENERATE keyword)
maksud generate keyword di sini ialah keyword yang betul2 power yang orang akan cari. Selain penggunaan keyword, terapkan ciri-ciri SEO dalam entri. Kalau bab SEO ni..saya suggest tengok blog Bro Hasrul Hassan. Kat sana banyak Bro HH ceritakan mengenai SEO.
DeleteOk... thanks Wan... thanks a lot for some pencerahan :D
Delete