TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Showing posts with label Isu semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu semasa. Show all posts

Monday, May 2, 2016

Cara Mengenali Ular berbisa Dan Tidak berbisa

Cara Mengenali Ular berbisa Dan Tidak berbisa
Langkah perlu anda buat jika kena gigitan/patukan ular

Kini, isu-isu terkena patukan atau gigitan ular banyak berlaku terutama dikalangan pelajar sekolah. Mungkin disebabkan cuaca yang panas, ular keluar dari kawasan semak samun untuk mencari tempat yang sejuk. Ular adalah sejenis binatang berbisa yang boleh membawa maut apabila terkena patukannya. Berikut adalah cara untuk mengenali ular berbisa dan tidak berbisa

Kenali Ular berbisa Dan Tidak berbisa

Kenali Ular berbisa Dan Tidak berbisa


Apabila anda terkena patukan ular, berikut adalah langkah perlu anda buat dan tidak perlu buat jika kena gigitan/patukan ular.


langkah perlu anda buat dan tidak perlu buat jika kena gigitan/patukan ular

Monday, October 12, 2015

Kadar baru tol bermula 15 Oktober 2015

Kadar baru tol bermula 15 Oktober 2015
Kadar baru tol bermula 15 Oktober 2015

Berikut adalah senarai lebuhraya yang terlibat serta kadar terbaru;

Lebuhraya SMART - Tol terowong SMART meningkat 50% kepada RM1, dengan kadar baru RM3.00.

Lebuhraya MAJU Expressway (MEX) - Kadar tol naik 20-33% antara 20 sen hingga RM3

Lebuhraya Kajang SILK- Kadar tol Lebuhraya Kajang SILK naik 80% antara 40 sen dan RM2.40.

Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) - Kadar tol naik 25% antara 50 sen hingga RM 1

Plaza Tol Gombak dan Bentong, Lebuhraya KLK (Kuala Lumpur-Karak Highway) - Kadar tol naik 17-20% antara 30 sen dan RM3.

Lebuhraya Baru Pantai (NPE) - Kadar tol naik 44%.

Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) - Kadar tol naik 54%.


Sumber: Astro Awani

Wednesday, September 16, 2015

Tindakan semasa Jerebu

Tindakan semasa Jerebu
Tindakan semasa Jerebu

Perkara yang perlu dilakukan jika berlaku jerebu dan kesan kesihatan akibat jerebu

Saturday, April 4, 2015

4 gambar helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Semenyih

helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Semenyih
4 gambar helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Semenyih

Sebuah helikopter milik swasta dilaporkan telah terhempas di sekitar Sungai Lalang, Semenyih semasa dalam perjalanan dari Kuantan ke Subang. Seorang saksi yang juga penduduk kampung mendakwa melihat sebuah helikopter meletup di udara sebelum terhempas di Kampung Pasir Baru, Sungai Pening,  petang tadi. - Sumber: Berita Harian

helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Semenyih

helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Semenyih

helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Semenyih

Sumber gambar: Facebook Berita Harian dan Utusan Malaysia


Thursday, March 19, 2015

Harga barang selepas GST - eBook Panduan Harga Pengguna

eBook Panduan Harga Pengguna
Harga barang selepas GST
eBook Panduan Harga Pengguna

Telah sedia maklum, pada 1 April 2015 cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan. Apabila ianya dilaksanakan nanti, akan berlaku peningkatan, setara dan penurunan pada harga barangan. Oleh itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengeluarkan eBook Panduan Harga Pengguna mengikut zon seperti Zon Timur, Zon Utara, Zon Selatan, Zon Tengah, Zon Sabah dan Zon Sarawak. Semua Ebook tersebut di akses di pautan link ini http://ebook.kpdnkk.gov.my/. Sila klik link eBook mengikut zon yang disediakan di bawah:








Isi Kandungan eBook Panduan Harga Pengguna

Isi Kandungan eBook Panduan Harga Pengguna

Saturday, January 10, 2015

Malaysia dijangka dilanda fenomena cuaca sejuk pada Januari 2015

Malaysia dijangka dilanda fenomen cuaca sejuk pada Januari 2015

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan mengenai fenomena cuaca sejuk yang dijangka melanda Malaysia pada bulan ini, Januari 2015. Keadaan ini memang pernah berlaku di Malaysia pada tahun lepas, di mana suhu yang dicatatkan di Kuala Krai Kelantan adalah 17.2 darjah celcius. Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai cuaca, boleh melayari website rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my.


Wednesday, December 31, 2014

Senarai pusat pengumpulan barang bagi mangsa banjir

Senarai pusat pengumpulan barang bagi mangsa banjir
Senarai pusat pengumpulan barang bagi mangsa banjir

Bagi sesiapa yang ingin memberi sumbangan bagi meringankan beban mangsa banjir yang kini melanda beberapa negeri semenanjung Malaysia, anda boleh memberi sumbangan anda di pusat-pusat pemgumpulan sumbangan yang ada di gambar diatas. Anda juga boleh hubungi nombor telefon yang ada pada gambar tersebut bagi mengetahui secara lanjut mengenai cara menyumbangkan sumbangan kepada magsa-mangsa banjir. Sama-sama kita meringankan beban mangsa-mangsa banjir.

Tuesday, December 30, 2014

Sesi persekolahan 2015 ditangguh seminggu akibat banjir

Kementerian Pendidikan Malaysia
Sesi persekolahan 2015 ditangguh seminggu akibat banjir

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA 
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

Monday, December 29, 2014

Pesawat QZ 8501 AirAsia Hilang Daripada Radar

Pesawat QZ 8501 AirAsia Hilang Dari Radar
Pesawat QZ 8501 AirAsia Hilang Dari Radar

INFO PESAWAT QZ 8501


Jenis pesawat: Airbus A320

Pendaftaran: PK - AXC

Laluan: Surabaya-Singapura

No Penerbangan: QZ 8501

Jadual Penerbangan: 5.20 pagi - Berlepas (waktu tempatan), 8.30 pagi - Ketibaan (waktu tempatan)

Komposisi Kru:

Kapten: Iriyanto

Pegawai Penerbangan: Remi Emmanuel Plesel

4 Atendan:

Wanti Setiawati

Khairunisa Haidar Fauzi

Oscar Desano

Wismoyo Ari Prambudi

Jurutera: Saiful Rakhmad

Komposisi penumpang : 138 dewasa, 16 kanak-kanak dan 1 bayi

Saturday, December 27, 2014

7 Gambar Keadaan di Manek Urai setelah banjir surut

Keadaan di Manek Urai setelah banjir surut
7 Gambar Keadaan di Manek Urai setelah banjir surut

Keadaan banjir di Manek Urai, Kelantan telah surut pada hari ini. Telah sedia maklum, keadaan banjir di sini amat kritikal sehinggakan sukar pasukan penyelamat masuk di kawasan tersebut. Berikut adalah gambar keadaan setelah banjir surut. Sumber: Facebook Informasi Bencana

Keadaan di Manek Urai setelah banjir surut

Keadaan di Manek Urai setelah banjir surut

Keadaan di Manek Urai setelah banjir surut

Keadaan di Manek Urai setelah banjir surut

Keadaan di Manek Urai setelah banjir surut

Keadaan di Manek Urai setelah banjir surut

Monday, December 1, 2014

Harga minyak RON95, RON97 dan Diesel bermula 1 Disember 2014

Harga minyak RON95, RON97 dan Diesel bermula 1 Disember 2014

Bermula 1 Disember 2014 Isnin, RON95 turun 4 sen menjadi 2.26 sen seliter dan harga RON97 pula turun 9 sen kepada RM2.46 seliter. Manakala, harga diesel mengalami kenaikan sebanyak 3 sen kepada 2.23  sen seliter. Harga tersebut akan berkuatkuasa sepanjang bulan Disember.

Monday, November 10, 2014

Cara elak facebook kena virus - penyebaran video lucah

Cara elak facebook kena virus - penyebaran video lucah

Sekarang ini, semakin ramai pengguna facebook yang terkena dengan virus yang menyebarkan link video lucah di wall group dan rakan-rakan menggunakan profile facebook kita sendiri. Apabila hal tersebut berlaku, anda yang menganggap kita yang menyebarkan video-video tersebut. Padahal, kita tidak tahu menahu tentang penyebaran video-video tersebut. Ianya adalah satu virus. Bagi mengelakkan facebook anda daripada menyebarkan video-video tersebut, elakkan daripada klik link yang ada di post tersebut atau setting facebook anda seperti gambar diatas.

Friday, November 7, 2014

WhatsApp update status mesej yang dihantar - Tanda biru

whatsapp
WhatsApp update status mesej yang dihantar

Semalam agak kecoh di laman sosial apabila aplikasi chat yang paling ramai orang gunakan iaitu WhatsApp telah memperkenalkan tanda semak (✓) berwarna biru. Tanda biru tersebut bermaksud mesej yang dihantar telah dibaca oleh penerima. Ada pengguna yang mengatakan tidak senang dengan kemaskini terbaru aplikasi tersebut kerana ia dikatakan mengganggu privasi pengguna.


Tanda semak pertama pada Whatsapp menandakan mesej telah dihantar, manakala tanda semak kedua menandakan mesej sudah diterima. Apabila kedua-dua tanda semak tersebut bertukar warna kepada biru, ia menandakan mesej telah dibaca.

Wednesday, November 5, 2014

Harga rokok yang baru bermula 5 November 2014

Harga rokok yang baru bermula 5 November 2014
Harga rokok yang baru bermula 5 November 2014

Berkuatkuasa 5 November 2014 (rabu), Comercial Marketers and Distributors Sdn. Bhd. (CMD) akan meningkatkan harga semua jenama rokok. Senarai harga rokok yang baru adalah seperti dalam gambar diatas.

Tuesday, October 21, 2014

Video ribut di Pandamaran, Klang - 21 Oktober 2014

ribut di Pandamaran, Klang
Video ribut di Pandamaran, Klang 
21 Oktober 2014

Kejadian ribut atau seakan-akan puting beliung melanda Pandamaran, Klang menyebabkan kira-kira 30 atap rumah diterbangkan angin dan ribut pada petang tadi. Kejadian yang berlaku selama kira-kira setengah jam pada pukul 2 petang itu membabitkan dua buah blok pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pandamaran Jaya. Video di bawah ini antara yang dikongsikan di laman Facebook.



Sunday, October 19, 2014

Gambar kemalangaan yang melibatkan 3 buah motosikal berkuasa tinggi di KM25 lebuhraya Karak

Gambar kemalangaan yang melibatkan 3 buah motosikal berkuasa tinggi di KM25 lebuhraya Karak

Info dari Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengenai kemalangaan yang melibatkan 3 buah motosikal berkuasa tinggi di KM25 lebuhraya Karak pada pukul 11.22 pagi tadi. Mangsa 3 orang penunggang salah seorangnya rentung.


Gambar kemalangaan yang melibatkan 3 buah motosikal berkuasa tinggi di KM25 lebuhraya Karak

Gambar kemalangaan yang melibatkan 3 buah motosikal berkuasa tinggi di KM25 lebuhraya Karak



Tuesday, October 14, 2014

Puting beliung di Kuala Kedah 14 Oktober 2014

Puting beliung di Kuala Kedah
Puting beliung di Kuala Kedah
14 Oktober 2014

Satu fenomena yang jarang berlaku di Malaysia iaitu puting beliung telah berlaku di Kuala Kedah petang tadi 14 Oktober 2014. Menurut info yang diperolehi dari Berita Harian, sekurang-kurangnya 15 rumah kediaman di dua lokasi iaitu di Pendang dan Kuala Kedah dilapor rosak selepas dilanda angin puting beliung tersebut.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 4 petang turut menyebabkan sebuah sekolah di Kampung Alor Besar di Pendang, dekat sini terjejas apabila bumbung bangunan dan makmal komputer dikatakan mengalami kerosakan. Berdasarkan maklumat, angin berpusar setinggi bangunan empat tingkat itu dilihat terbentuk sejurus hujan lebat melanda, sebelum menerbangkan bumbung dan dinding beberapa rumah di Kampung Alor Besar. - Berita Harian

Wednesday, October 8, 2014

Gerhana bulan penuh 8 Oktober 2014

Gerhana bulan penuh 8 Oktober 2014
Gerhana bulan penuh 8 Oktober 2014

Sumber yang diperolehi daripada rakan whatsapp, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang telah mengeluarkan hebahan mengenai peristiwa Gerhana Bulan Penuh pada hari ini Rabu, 8 Oktober 2014. Gerhana bulan penuh akan bermula pada jam 6:25 petang dan akan tamat pada jam 8:34 malam.

Selain itu juga, Astro Awani turut menerbitkan berita mengenai gerhana bulan ini. Menurut Astro Awani, pada malam ini bukan sahaja bakal menyaksikan kejadian gerhana bulan penuh berwarna merah, malah terdapat dua lagi fenomena lain yang diramal berlaku, iaitu penampakan Uranus dan juga selenelion. Fenomena gerhana bulan merah yang turut dikenali sebagai 'Gerhana Bulan Berdarah' terjadi apabila kedudukan Bumi terletak pada kedudukan sejajar di antara Matahari dan Bulan. Bayang Bumi yang menutupi permukaan Bulan itulah yang menghasilkan bias berwarna merah seakan warna darah. Kali terakhir fenomena ini berlaku adalah pada 15 April tahun ini.

Monday, October 6, 2014

Bot TLDM hilang di perairan Sabah

Bot TLDM hilang di perairan Sabah
Bot TLDM hilang di perairan Sabah

Pagi ini dikejutkan dengan berita kehilangan sebuah bot TLDM di perairan sabah. Menurut berita yang dikeluar oleh Harian Metro, tujuh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkalan di Sepanggar yang dalam perjalanan ke Stesen Uniform berdekatan Pulau Layang-Layang, Labuan dengan menaiki bot tempur jenis CB90 bernombor panji CB204 terputus hubungan, jam 11.00 pagi tadi (5 Oktober 2014). Bot CB204 dipercayai berlepas dari pangkalan TLDM Sepanggar ke Stesen Uniform pada jam 5 pagi bersama KD Paus. Ketika tiba di lokasi kejadian kira-kira 23 batu nautika di Pulau Mengalom, keadaan laut bergelora dan KD Paus membuat panggilan pada jam 10.35 pagi ke pusat operasi di pangkalan TLDM untuk berpatah balik berikutan cuaca tidak mengizinkan. Berita penuh boleh baca di pautan INI dan INI.

Saturday, October 4, 2014

8 gambar kemalangan di KM256 Lebuhraya PLUS Arah Utara 4 Oktober 2014


8 gambar kemalangan di KM256 Lebuhraya PLUS Arah Utara 4 Oktober 2014

Kemalangan yang melibatkan 5 buah kenderaan di KM256 Lebuhraya PLUS Arah Utara pada pukul 11.50 pagi tadi. Mangsa 15 orang cedera. - Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)