TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Showing posts with label Ranking Alexa. Show all posts
Showing posts with label Ranking Alexa. Show all posts

Wednesday, February 18, 2015

Ranking Alexa 16 Februari 2015

Ranking Alexa 16 Februari 2015
Ranking Alexa 16 Februari 2015

Fuhh..dah lama tak buat entri mengenai ranking alexa. Entri ini adalah entri pertama pasal ranking alexa untuk tahun ini. Dah masuk pertengahan bulan Februari dah, tapi yang ni yang pertama. Nampak sangat dah lama aku tak update pasal ranking alexa. Sebenarnya, dah lama aku tak ambil berat sangat mengenai ranking ni. Kalau dulu, dalam sebulan ada 2 atau 3 entri pasal ranking alexa. Tak ambil berat sebab makin lama semkin membesar nombor-nombor tu. Kalau dulu tergolong dalam golongan 3 nombor untuk rank di Malaysia. Tapi kini, urmmm...malas nak taip..tengok sendiri la gambar kat atas tu. Malu pulak nak letak gambar tu..hehe.

Dan tak lupa juga, dulu blog ini pernah masuk rank 2 negara luar iaitu Indonesia dan Singapura. Tapi, sekarang jangan harap la nak dapat tu semua. Rank kat Malaysia pun dah tah apa-apa..hehe. Tak apa la, nak buat macam mana. Mungkin suatu hari nanti akan kembali balik rank macam dulu-dulu. :)

Saturday, September 27, 2014

Ranking Alexa 27 September 2014

Ranking Alexa 27 September 2014
Ranking Alexa 27 September 2014

Assalamualaikum, selamat pagi dan selamat berhujung minggu. Pagi-pagi lagi dah rasa nak update entri sebab aku rasa dah lama tak update pasal ranking alexa blog aku ni. Aku update pasal ranking alexa ni time mood aku rajin je..hehe. Ok, ranking alexa blog ini pada 27 September 2014, aku rasa tak banyak berubah mana kalau nak bandingkan dengan kali terakhir aku update entri mengenainya. Kadang-kadang tiap-tiap hari jugak aku tengok nombor-nombor yang bermain-main di website alexa ni. Ada naik, ada turun. Tapi, perubahan pada setiap hari tu tak la ketara sangat. Beza sikit-sikit je.

Untuk ranking hari ini, pada ranking global berada di kedudukan 165 334, manakala pada ranking Malaysia 1261. Bagi aku dah ok tu, aku tak kisah sangat pasal ranking alexa ni. Bagi kategori pengunjung pula, terdapat 2 negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Data indonesia ni, tak selalu keluar..kadang-kadang je. Apa-apa pun, terima kasih kepada pengunjung-pengunjung blog ini... :)

Sunday, July 13, 2014

Ranking Alexa #6

Ranking Alexa! Rasanya, dah lama aku tak update mengenai ranking ni. Last aku update bulan April lepas. So, 3 bulan jugak la aku tak ambil berat sangat mengenainya. Hari ni, aku check Rangking Alexa blog ni..terkejut jugak aku tengok. Rupa-rupanya, ranking blog ni dah melebihi 1000. Kalau sebelum-sebelum ini, aku pernah berada pada kedudukan bawah 500. Tapi, sekarang jauh sekali nak berada dalam ranking tersebut balik. Biasa la, macam hidup kita jugak, ada naik ada turun.

Ranking Alexa

Kalau tengok ranking pada hari ini, cantik pulak nombornya 1111. Dah macam nombor phone operator celcom pulak..haha. InsyaAllah, lepas ni kena perbaiki balik ranking alexa blog ni. Berada dalam kedudukan 1000 ke bawah dah rasa awesome. Tapi, aku tak kejar mana pun ranking ni. Asalkan traffik banyak masuk sudah kat blog ni. Apa-apa pun, terima kasih kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Tanpa korunk, apa la blog ini..cewaahh...haha..dah cukup mengarut! K..salam 15 Ramadhan 1435H.

Sunday, April 27, 2014

Ranking Alexa 27 April 2014

Ranking Alexa

Aku rasa, dah lama aku tak update pasal Ranking Alexa blog ini. Last update boleh tengok kat entri INI. Time tu ranking alexa blog ini bawah 500. Fuhh..bangga jugak time tu..bukan senang nak berada pada ranking macam tu. Kalau tak silap, hampir sebulan jugak bertahan dalam ranking bawah 500. Tapi sekarang, tengok la ranking untuk 27 April 2014..huh..naik mendadak..haha.. Nampak sangat blog aku sekarang dah tak macam dulu.. Dulu, semakin turun..semakin turun. Sekarang, semakin naik..semakin naik nombor tu. Nak buat macam mana kan, memang ranking alexa macam tu..ada naik turunnya. Nanti la aku perbaiki balik ranking alexa blog aku ni. Sekarang sibuk sikit, nak tengok blog pun dah tak ada masa.. :)

Sunday, March 30, 2014

Traffik dari Indonesia semakin meningkat

Traffik dari Indonesia, Ranking Alexa

Semakin hari, traffik dari Indonesia semakin meningkat di blog ini. Kalau dulu, senarai pengunjung yang tersenarai di Ranking Alexa hanya datang dari Malaysia, tapi sekarang ranking alexa telah menyenaraikan peratusan pengunjung indonesia di blog ini. Kalau tak silap, senarai peratusan pengunjung dari indonesia mula melekat di ranking alexa pada awal bulan ini. Mula-mula ianya tersenarai, hanya 1%++ je peratusan pengunjung dari Indonesia. Tapi, hari ini ianya telah meningkat kepada 2.6%. Selain itu juga, dari blog stat dapat jugak dilihat pengunjung yang datang dari Brunei dan Singapura. Mungkin ianya tidak seramai pengunjung dari Indonesia. Sebab itu la, ranking alexa tidak menyenaraikan peratusan pengunjung dari negara Brunei dan Singapura. Yang pasti, majoriti pengunjung di blog ini masih lagi dari tanah air tercintaku Malaysia.. :)

Sunday, March 9, 2014

Aswan Azmy Blog tersenarai dalam Ranking Alexa Indonesia

Ranking Alexa Indonesia

Seperti dijanjikan dua hari lepas, satu entri khas Ranking Alexa akan diupdate. Tajuk entri : Aswan Azmy Blog tersenarai dalam Ranking Alexa Indonesia. Alhamdulilah, selain tersenarai dalam ranking Malaysia, blog ini juga tersenarai dalam ranking Indonesia. Dah ada 2 bendera sekarang, Malaysia dan Indonesia. Walaupun percentage pengunjung dari Indonesia agak kecil, tapi bersyukur kerana blog ini menjadi kunjungan dari negara luar. Kalau nak tengok ranking alexa yang gempak, tengok blog Kak Mia yang menjadi kunjungan pengunjung dari 3 negara iaitu Malaysia, Singapore dan Indonesia.

p/s: Ini ranking semalam..ranking hari ini dah berubah dah..

#PrayForMH370

Friday, March 7, 2014

Ranking Alexa dah capai target

Ranking Alexa dah capai target. Baru semalam update entri mengenai Ranking Alexa..tengok di SINI..hari ini update lagi..mengenai rank yang diperolehi pada hari ini 7 Mac 2014. Alhamdulilah, akhirnya, ranking yang paling ditunggu-tunggu iaitu untuk berada pada tahap bawah 500 di Malaysia tercapai jugak.


Ranking Alexa di Malaysia hari ini menunjuk nombor bawah 500 iaitu 489. Sekian lama menunggu untuk mendapatkan nombor ini, akhirnya dapat jugak. Esok, ada satu lagi entri khas Ranking Alexa...sama macam blogger Kak Mia update semalam. Tunggu entri esok.. :)

Thursday, March 6, 2014

Ranking Alexa #5

Ranking Alexa

Tengok rakan blogger update entri pasal Ranking Alexa dia orang, terasa pulak nak check yang sendiri punya. Wah, ada peningkatan jugak ranking alexa blog ini. Last update entri ranking alexa 2 minggu lepas. Kalau nak bandingkan dengan 2 minggu lepas, boleh tengok kat SINI. Sebenarnya, ranking alexa ada naik turunnya..ada hari nampak peningkatan..ada hari nampak penurunan. Tapi, check ranking alexa untuk hari ini..Alhamdulilah..nombor yang dapat semakin cantik. Hampir untuk mencapai target iaitu untuk mendapat ranking kurang dari 500 di Malaysia. Ranking Alexa blog ini untuk 6 Mac 2014, ia berada pada tahap 106402 untuk ranking global dan 519 untuk ranking di Malaysia. Semoga semakin baik untuk hari-hari yang akan datang.