TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Wednesday, October 8, 2014

Gerhana bulan penuh 8 Oktober 2014

Gerhana bulan penuh 8 Oktober 2014
Gerhana bulan penuh 8 Oktober 2014

Sumber yang diperolehi daripada rakan whatsapp, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang telah mengeluarkan hebahan mengenai peristiwa Gerhana Bulan Penuh pada hari ini Rabu, 8 Oktober 2014. Gerhana bulan penuh akan bermula pada jam 6:25 petang dan akan tamat pada jam 8:34 malam.

Selain itu juga, Astro Awani turut menerbitkan berita mengenai gerhana bulan ini. Menurut Astro Awani, pada malam ini bukan sahaja bakal menyaksikan kejadian gerhana bulan penuh berwarna merah, malah terdapat dua lagi fenomena lain yang diramal berlaku, iaitu penampakan Uranus dan juga selenelion. Fenomena gerhana bulan merah yang turut dikenali sebagai 'Gerhana Bulan Berdarah' terjadi apabila kedudukan Bumi terletak pada kedudukan sejajar di antara Matahari dan Bulan. Bayang Bumi yang menutupi permukaan Bulan itulah yang menghasilkan bias berwarna merah seakan warna darah. Kali terakhir fenomena ini berlaku adalah pada 15 April tahun ini.

No comments:

Post a Comment