TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Showing posts with label MH370. Show all posts
Showing posts with label MH370. Show all posts

Thursday, August 6, 2015

Serpihan di Pulau Reunion sah milik MH370

Serpihan di Pulau Reunion sah milik MH370
Serpihan di Pulau Reunion sah milik MH370

Selepas 515 hari mesteri kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014, penantian keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, malah seluruh rakyat negara ini berakhir awal pagi tadi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion, timur Madagascar, 29 Julai lalu disahkan daripada pesawat itu.


“Hari ini, 515 hari sejak hilangnya pesawat, dengan berat hati saya harus maklumkan bahawa pasukan pakar antarabangsa dengan muktamad mengesahkan bahawa serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion daripada MH370.

“Kita sekarang mempunyai bukti fizikal, seperti saya umumkan tahun lalu bahawa pesawat MH370 dengan tragisnya berakhir di selatan Lautan Hindi,” katanya.

Tuesday, August 5, 2014

Selamat Malam MH370 Dokumentari Khas TV3 - Tonton Online

 Selamat Malam MH370


 Selamat Malam MH370 
Dokumentari Khas TV3 
Tonton Online

Tuesday, April 1, 2014

Juruterbang MAS adalah antara yang terbaik di dunia

Juruterbang MAS adalah antara yang terbaik di dunia


Kalau dilihat daripada video di atas, memang diakui juruterbang MAS adalah antara yang terbaik di dunia. Video diatas menunjukkan pendaratan Pesawat MAS di Kai Tak Airport Hong Kong. Ianya adalah salah satu lapangan yang paling mencabar di dunia bagi juruterbang di mana, jika ingin membuat pendaratan di lapangan terbang tersebut ianya perlu mengelak bukit dahulu dan selepas itu perlu swing balik pada kedudukan landasan. Juruterbang Pesawat MAS ini memang buat perfect landing dalam video ini.

Video komen Ustaz Azhar Idrus (UAI) mengenai Kehilangan MH370

Video komen Ustaz Azhar Idrus mengenai Kehilangan MH370
Video komen Ustaz Azhar Idrus (UAI) mengenai Kehilangan MH370


Monday, March 24, 2014

Pesawat MH370 disahkan berakhir di kawasan selatan Lautan Hindi

Pesawat MH370 disahkan terhempas di kawasan selatan Lautan Hindi
Pesawat MH370 disahkan berakhir di kawasan selatan Lautan Hindi  

Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekejap tadi. - Astro Awani

"Innalillah wa Inna ilayihi warajioon. Al fatihah. Takziah untuk keluarga penumpang MH370 yang beragama islam"

Kenyataan Rasmi YAB Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Abdul Razak‪#‎MH370‬ - 24/03/14


Malam ini saya telah diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Kemalangan UK Air Siasatan Cawangan (AAIB). Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan, telah melaksanakan pengiraan yang lebih lanjut mengenai data.

Menggunakan sejenis analisis tidak pernah sebelum ini digunakan dalam satu penyiasatan seperti ini, mereka telah dapat menumpahkan lebih banyak cahaya pada laluan penerbangan MH370 itu. Berdasarkan analisis baru mereka, Inmarsat dan AAIB telah menyimpulkan bahawa MH370 terbang di koridor selatan, dan bahawa kedudukan terakhir adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth. Ini adalah lokasi yang jauh, jauh dari mana-mana tapak pendaratan mungkin.

Oleh itu, adalah dengan kesedihan yang mendalam dan menyesal bahawa saya mesti memberitahu anda bahawa, menurut ini data baru, penerbangan MH370 berakhir di Lautan selatan India. Kami akan mengadakan satu sidang akhbar esok dengan maklumat lanjut.

Dalam pada itu, kita mahukan untuk memberitahu anda mengenai perkembangan baru ini pada peluang terawal. Kami berkongsi maklumat ini daripada komitmen untuk keterbukaan dan menghormati keluarga, dua prinsip yang dipandu penyiasatan ini. Malaysia Airlines sudah bercakap kepada keluarga penumpang dan anak kapal untuk memberitahu mereka tentang perkembangan ini.

Bagi mereka, beberapa minggu lalu telah menyayat hati, saya tahu berita ini mesti lebih sukar masih. Saya menggesa media untuk menghormati privasi mereka, dan untuk membolehkan mereka ruang yang mereka perlukan pada masa yang sukar ini.

Saturday, March 22, 2014

MH370: Dasar Lautan Hindi sedalam 10 kali tinggi KLCC

MH370: Dasar Lautan Hindi sedalam 10 kali tinggi KLCC   

Kalau dilihat gambar diatas, jelas boleh digambarkan kedalam Lautan Hindi yang menjadi tumpuan dunia sekarang untuk mencari Pesawat Mas MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Menurut Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Industri dan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Rizal Arshad, kedalaman lautan Hindi yang mencecah 4000 meter membuatkan misi mencari menjadi semakin sukar.

Beliau membuat perbandingan dimana kedalaman Lautan Hindi adalah sembilan hingga sepuluh kali ganda daripada ketinggian Menara Berkembar Petronas iaitu 420 meter. “Di sesetengah kawasan kedalamannya mencecah hingga 7000 meter. Kotak hitam itu kini mempunyai masa lebih kurang dua minggu untuk mengeluarkan isyarat sonar.

Sumber: Astro Awani

Saturday, March 15, 2014

Laporan hari ke-8 kehilangan pesawat ‪‎MH370

Laporan hari ke-8 kehilangan pesawat ‪‎MH370

Sidang akhbar mengenai kehilangan pesawat ‪#‎MH370‬, 15 Mac 2014, 2 petang, dari KLIA oleh Datuk Seri Najib Tun Razak

  1. 7 hari lalu MH370 telah hilang. Tiada perkataan dapat diungkapkan untuk menggambarkan betapa peritnya perkara ini buat semua kaum keluarga yang terlibat. Doa kami bersama mereka.
  2. Terdapat banyak spekulasi. Kami memahami semua terdesak untuk mendapatkan maklumat.
  3. Kami mempunyai tanggungjawab untuk melakukan penyiasatan
  4. Kami telah berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa yang mempunyai pengalaman untuk mentafsir data 
  5. Pagi ini, saya telah diberi taklimat oleh FAA, NTSB, DAAIB dan pihak berkuasa Malaysia tentang maklumat lanjut mengenai apa yang berlaku
  6. Kemungkinan sistem komunikasi pesawat telah ditutup sebelum pesawat mencapai Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
  7. Kami boleh mengesahkan bahawa pesawat yang ditunjukkan pada radar utama tentera adalah MH370
  8. Pasukan penyiasatan membuat pengiraan lagi untuk menunjukkan sejauh mana pesawat itu mungkin telah diterbangkan selepas titik terakhir
  9. Kami tidak dapat mengesahkan lokasi tepat kapal terbang apabila ia membuat hubungan dengan satelit. Berdasarkan data baru, pihak berkuasa Penerbangan Malaysia dan rakan-rakan bahawa komunikasi terakhir adalah pada salah satu daripada dua koridor: utara: sempadan Kazakhstan, Turkmenistan dan Thailand, atau koridor selatan dari Indonesia ke Lautan Hindi
  10. Maklumat terbaru dari satelit mempunyai kesan penting ke atas skop SAR - operasi pencarian di Laut China Selatan akan ditamatkan. Kedutaan-kedutaan yang berkaitan telah dijemput untuk taklimat mengenai maklumat oleh pakar-pakar teknologi.
  11. Walaupun laporan media mengatakan bahawa pesawat dirampas, saya ingin menjelaskan di sini, kami masih menyiasat semua kemungkinan.
Sumber: Facebook TerengganuToday

Thursday, March 13, 2014

Hari ke-6 kehilangan pesawat ‪‎MH370

Hari ke-6 kehilangan pesawat ‪‎MH370
Hari ke-6 kehilangan pesawat ‪‎MH370

Terkini dari KLIA - Insiden kehilangan pesawat ‪#‎MH370‬, 13 Mac 2014, 5:30 petang diketuai oleh Datuk Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, DCA dan MAS

Berita Hari Ke-6 Kehilangan Pesawat MAS MH370


  1. 6 hari selepas kehilangan pesawat, fokus diteruskan untuk kesan MH370
  2. Data enjin - Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari berkata Rolls Royce dan Boeing tidak menerima sebarang hubungan lagi dengan kapal terbang selepas 01:07 pada pagi Sabtu, ia adalah transmisi terakhir MH370 dan mengenai pesawat terbang 4 jam selepas itu adalah tidak benar.
  3. Pasukan Rolls Royce dan Boeing sudah berada di KL dan telah bekerjasama dengan MAS dan pasukan siasatan sejak Ahad lalu.
  4. Imej dari satelit China menunjukkan tiada sebarang cebisan dari pesawat ditemui untuk disiasat.
  5. Hishammuddin menjelaskan, semua maklumat/data yang tidak disahkan akan menjejaskan operasi carian. Semua maklumat harus disahkan oleh kami. Malaysia telah berkongsi data radar tentera dengan rakan-rakan antarabangsa
  6. Kita tidak mahu tuduh menuduh, usaha kita hari ini adalah kerjasama dari pelbagai negara. Mungkin ada pihak tertentu yang berniat untuk melaga-lagakan, tetapi sehingga ke hari ini ada lagi negara yang mahu menghantar aset mereka untuk membantu
  7. Hishammuddin berkata keadaan ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Ia adalah sesuatu keadaan yang kompleks. Malaysia tidak mempunyai apa yang hendak disembunyikan.
  8. Hishammuddin turut menolak laporan bahawa pihak berkuasa telah menyerbu rumah-rumah anak-anak kapal pesawat tersebut
  9. Kami telah melihat kembali rakaman sebelum pesawat hilang dari radar dan tiada langsung isyarat kecemasan
  10. Hishammuddin mengesahkan pasukan carian tidak menemui apa-apa dari sebarang kemungkinan

Sidang media berikutnya akan diadakan pada 5:30 petang esok.

Tuesday, March 11, 2014

Gambar penumpang menggunakan passport curi dalam pesawat MH370

Gambar penumpang menggunakan pasport curi dalam pesawat MH370
Gambar penumpang menggunakan passport curi dalam pesawat MH370

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mendedahkan salah seorang dari dua penumpang yang menaiki pesawat MH370 dengan menggunakan pasport palsu merupakan lelaki warga Iran berusia 19 tahun. Katanya, pihak berkuasa masih berusaha mengenal pasti identiti seorang lagi individu yang memegang pasport palsu berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

Monday, March 10, 2014

Video pandangan Kapten Norudin Abd Majid mengenai Pesawat MH370

Kapten Norudin Abd Majid
Video Pandangan Kapten Norudin Abd Majid mengenai Pesawat MH370


Bila ditanya tentang kehilangan pesawat MH370 beliau menjawab Allah Maha Berkuasa. Dia yang boleh buat segala-galanya sebab Dia yang menciptakan. Maka Allah jugalah yang boleh bantu kita menemui semula MH370.

caranya :-
1. Doa orang soleh.
2. Doa waris mangsa (Ibu / bapa / anak yang soleh )

p/s: Marilah kita sama-sama doakan agar pesawat itu di temui.