TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Sunday, April 23, 2017

Tarikh penting UPU 2017/2018 bagi lepasan SPM dan STPM 2016

Tarikh penting bagi lepasan SPM dan STPM 2016
Tarikh-tarikh penting UPU 2017/2018


14 ~ 20 Mei 2017
Hebahan Keputusan Permohonan Lepasan SPM/ Setaraf ke UA/Politeknik Premier


14 ~ 20 Mei 2017
Hebahan Keputusan Permohonan Lepasan SPM ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA


14 ~ 20 Mei 2017
Permohonan UPUOnline Rayuan DIBUKA bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA


21 ~ 23 Mei 2017
Permohonan UPUOnline Rayuan DITUTUP bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA


21 ~ 27 Mei 2017
Semakan Panggilan Temuduga (Pendidikan) bagi Lepasan STPM/Setaraf


21 ~ 27 Mei 2017
Semakan Panggilan Temuduga (Bukan Pendidikan) Ujian MEdSI bagi Lepasan STPM/Setaraf


11 ~ 17 Jun 2017
Hebahan Keputusan Rayuan Permohonan bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA


12 Jun 2017
Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) bagi Lepasan STPM/Setaraf DIBUKA


30 Jun 2017
Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) bagi Lepasan STPM/Setaraf DITUTUP


01 ~ 05 Ogos 2017
Hebahan Keputusan Permohonan bagi Lepasan STPM/Setaraf


01 ~ 05 Ogos 2017
Permohonan UPUOnline Rayuan DIBUKA bagi Lepasan STPM/Setaraf


06 ~ 12 Ogos 2017
Permohonan UPUOnline Rayuan DITUTUP bagi Lepasan STPM/Setaraf

20 ~ 26 Ogos 2017
Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 1 bagi Lepasan STPM/Setaraf


10 ~ 16 September 2017
Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 2 bagi Lepasan STPM/Setaraf



Sumber: Portal Rasmi KPM


Artikel ini dikeluarkan pada 23 April 2017, info mungkin akan berubah. Untuk keterangan dan maklumat lebih tepat, sila layari website UPU di sini http://upu.moe.gov.my/web/

Saturday, May 14, 2016

Semakan Keputusan UPU 2016/2017 (Lepasan SPM/setaraf) Secara Online

UPU
Semakan Keputusan UPU 2016/2017 (Lepasan SPM/setaraf) Secara Online

Status keputusan permohonan kemasukan ke universiti awam atau politeknik premier bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh disemak pada 16 Mei (Isnin) mulai 12 tengah hari.



Cara Semak Keputusan UPU 2016/2017 (Lepasan SPM/Setaraf)

Pemohon boleh membuat semakan keputusan rayuan menerusi link yang disenaraikan dibawah:








Semakan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) (Short Messaging Service)

Untuk semua talian telefon bimbit 
Sila taip: 
UPU RESULT [No. KP] dan SMS ke: 15888

Tahniah kepada yang berjaya..!

Tuesday, March 1, 2016

Semak keputusan SPM 2015

Semak keputusan SPM 2013 secara SMS
Semak keputusan SPM 2015
Result SPM 2015

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 akan diumumkan pada 3 Mac 2016 (Khamis). Calon-calon SPM 2015 bolen mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, manakala calon persendirian  akan dimaklumkan melalui pos atau menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar.


Cara Semakan Melalui SMS
  • Semakan keputusan SPM 2015 secara SMS boleh anda semak bermula dari jam 10:00 pagi 3 Mac 2016 dan ditamatkan pada pukul 11.59 malam 9 Mac 2016.
  • Format semakan SPM 2015 secara SMS : SPM [nombor MyKad] [Angka Giliran SPM] dan sms ke 15888.

Wednesday, January 27, 2016

Tarikh penting UPU 2016/2017 bagi lepasan SPM dan STPM 2015

Tarikh penting bagi lepasan SPM dan STPM 2015


18 Jan 2016 - 04 Apr 2016
Nombor Unik ID BSN mula dijual - Nombor Unik ID BSN boleh didapati di kaunter Bank Simpanan Nasional atau perbankan internet myBSN.

18 Jan 2016 - 05 Apr 2016

Sistem UPUOnline dibuka - Sila mohon di URL https://online.mohe.gov.my/upu/onlineupu_1617/

11 Apr 2016 - 15 Apr 2016 

Semakan Panggilan Temu Duga - (Untuk calon lepasan SPM/Setaraf) 

09 May 2016 - 13 May 2016 
Hebahan Keputusan Kemasukan Ke UA/ Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA - (Untuk calon lepasan SPM/Setaraf) 

16 May 2016 - 21 May 2016 
Semakan Panggilan Temu Duga (Bukan Pendidikan) dan Ujian MEdSI - (Untuk calon lepasan Matrikulasi/Asasi, STPM/Setaraf dan STAM) 

16 May 2016 - 19 May 2016 
Semakan Panggilan Temu Duga (Pendidikan) - (Untuk calon lepasan Matrikulasi/Asasi, STPM/Setaraf dan STAM) 

23 May 2016 - 27 May 2016 
Permohonan Rayuan Kemasukan Ke UA/ Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA - (untuk calon lepasan SPM/Setaraf) 

06 Jun 2016 - 10 Jun 2016 
Hebahan Keputusan Rayuan Kemasukan Ke UA/ Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA - (Untuk calon lepasan SPM/Setaraf) 

08 Aug 2016 - 12 Aug 2016 
Hebahan Keputusan Kemasukan Ke UA/ Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA - (Untuk calon lepasan Matrikulasi/Asasi, STPM/Setaraf dan STAM) 

08 Aug 2016 - 12 Aug 2016 
Permohonan Rayuan Kemasukan Ke UA/ Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA - (Untuk calon lepasan Matrikulasi/Asasi, STPM/Setaraf dan STAM) 

29 Aug 2016 - 31 Aug 2016 
Hebahan Keputusan Rayuan Ke UA/ Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA - (Untuk calon lepasan Matrikulasi/Asasi, STPM/Setaraf dan STAM) 




Artikel ini dikeluarkan pada 26 januari 2016, info mungkin akan berubah. Untuk keterangan dan maklumat lebih tepat, sila layari website UPU di sini http://upu.moe.gov.my/web/

Monday, December 28, 2015

Tarikh dan Pemohonan Kemasukan ke IPTA (UPU) sesi 2016/2017 - Lepasan SPM/STPM atau Setaraf

Tarikh dan Pemohonan Kemasukan ke IPTA (UPU) sesi 2016/2017
Tarikh dan Pemohonan Kemasukan ke IPTA (UPU) sesi 2016/2017
Lepasan SPM/STPM atau Setaraf

18 Januari 2016 - Permohonan secara online dibuka (Jam 12:00 tengahari)

4 April 2016 - Tarikh tutup pembelian No Pin di BSN (jam 11:45 Malam)

5 April 2016 - Tarikh tutup permohonan (jam 4 Petang)


Permohonan UPU boleh dibuat secara online di link ini http://upu.mohe.gov.my/. Pemohon hendaklah membeli No Unik ID terlebih dahulu di BSN yang berharga RM15.64 sebelum membuat pemohonan. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi di talian helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777. Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi - 5.30 petang.

Saturday, November 14, 2015

Keputusan Peperiksaan UPSR 2015 diumumkan pada 17 November 2015

Keputusan UPSR 2015
Keputusan Peperiksaan UPSR 2015 diumumkan pada 17 November 2015

Keputusan Peperiksaan UPSR 2015 akan diumumkan pada hari Selasa, 17 November 2015 menurut Kementerian Pendidikan Malaysia. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan UPSR mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari tersebut. Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2015 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi, 17 November 2015 dan akan ditamatkan pada jam 11.59 malam, 23 November 2015.

Wednesday, October 21, 2015

Permohonan Secara Online Tingkatan Satu (1) Di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2016

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2016
Permohonan Secara Online Tingkatan Satu (1) Di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2016

Permohonan Secara Online Tingkatan Satu (1) Di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2016 (Untuk calon UPSR 2015) mulai dibuka sehingga 15 November 2015. Pemohonan tersebut boleh dibuat di laman web ini https://sst1.moe.gov.my/. Bagi yang ingin melihat senarai sekolah berasrama penuh di setiap negeri boleh klik pada pautan tersebut. Panduan pemohonan atas talian boleh dirujuk di pautan INI.

Monday, August 10, 2015

Semakan Keputusan UPU 2015/2016 (Lepasan STPM/setaraf) Secara Online

UPU
Semakan Keputusan UPU 2014/2015 (Lepasan STPM/setaraf) Secara Online

Status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2015/2016 boleh disemak mulai 11 Ogos 2015 (Selasa), jam 12.00 tengah hari melalui saluran hebahan rasmi berikut:

Cara Semak Keputusan UPU 2015/2016

Pemohon boleh membuat semakan keputusan rayuan menerusi link yang disenaraikan dibawah:







Semakan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) (Short Messaging Service)

Untuk semua talian telefon bimbit 
Sila taip: 
UPU RESULT [No. KP] dan SMS ke: 15888

Tahniah kepada yang berjaya..!

Friday, July 24, 2015

Permohonan Kemasukan ke Program Sarjana Muda Politeknik Sesi September 2015

Permohonan Kemasukan ke Program Sarjana Muda Politeknik Sesi September 2015
Permohonan Kemasukan ke Program Sarjana Muda Politeknik Sesi September 2015

Permohonan Kemasukan ke Program Sarjana Muda Politeknik Sesi September 2015 akan ditutup pada 26 Julai 2015 (Ahad) pada pukul 12.00 tengah malam.nAnda masih berpeluang untuk memohon.nTerbuka untuk pelajar lepasan Diploma/ Diploma Lanjutan Politeknik sahaja bagi bidang yang ditawarkan. Pastikan ada keputusan MUET dan membeli No. Unik ID Kategori B di Bank Simpanan Nasional berharga RM15.60.

Wednesday, June 10, 2015

Ranking Universiti di Malaysia 2015

ranking Universiti di Malaysia 2015
Ranking Universiti di Malaysia 2015

Wednesday, May 6, 2015

Semakan Keputusan Permohonan UPU dan politeknik 2015/2016 Secara Online

Semakan Keputusan Permohonan UPU dan politeknik 2015/2016 Secara Online

Semakan Keputusan Permohonan UPU dan politeknik 2015/2016 Secara Online

Semakan keputusan permohonan ke IPTA/Politeknik Premier bagi lepasan SPM/Setaraf bagi sesi akademik 2015/2016 boleh membuat semakan pada 6 Mei 2014 (Tengah hari).

Cara Semak Keputusan UPU 2015/2016


Cara Pertama Melalui Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia

Sila ke laman web KPM di sini http://upu.moe.gov.my untuk membuat semakan. Link semakan akan boleh diakses pada masa yang telah diberitahu di atas.





Cara Kedua Melalui sistem pesanan ringkas (SMS)

Taip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888.

Tuesday, January 27, 2015

Tarikh penting UPU 2015/2016 bagi lepasan SPM dan STPM 2014

UPU

Tarikh penting bagi lepasan SPM dan STPM 2014




Jualan Unik ID BSN Dibuka - Mulai 19 Januari sehingga 6 April 2015



Sistem Permohonan UPU Dibuka - Mulai 19 Januari, jam 12.00 tengahari sehingga 6 April 2015, jam 4.00 petang

Hebahan Keputusan SPM/STPM/STAM 2014 - Minggu pertama Mac 2015

Hebahan keputusan kemasukan SPM/setaraf ke IPTA menerusi pengambilan UPU bagi sesi akademik 2015/2016 - Minggu pertama Mei 2015

Pengemaskinian maklumat permohonan fasa 2 dibuka bagi pemohon lepasan STPM/setaraf - 1 hingga 6 Mei 2015 (Tarikh sistem dibuka tertakluk kepada perubahan)

Hebahan keputusan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/Metro/Kolej Komuniti dan ILKA menerusi pengambilan UPU bagi tahun 2015 - Minggu ke-2 Mei 2015

Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan SPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 - Tarikh jangkaan sistem dibuka adalah pada 2 Jun 2015 (tertakluk kepada perubahan)

Pengemaskinian permohonan fasa 2 dibuka bagi pemohon lepasan Matrikulasi/Asasi - 3 hingga 9 Jun 2015 (Tarikh sistem dibuka tertakluk kepada perubahan)

Hebahan keputusan Rayuan SPM/Setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 - Minggu ke-2 Jun 2015

Pendaftaran Pelajar rayuan bagi kemasukan SPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 - 15 Jun 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)

Pendaftaran Pelajar ke Kolej Komuniti menerusi pengambilan UPU bagi 2015 - 23 Jun 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)

Pendaftaran Pelajar ke Politeknik Konvensional/Metro dan ILKA kecuali CIAST menerusi pengambilan UPU bagi 2015 - 7 hingga 14 Julai 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)

Hebahan keputusan kemasukan STPM/Setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 - Minggu ke-2 Ogos 2015

Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan STPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 - 1 hingga 2 September 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)

Hebahan keputusan rayuan kemasukan STPM/Setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 - 6 hingga 12 September 2015 (Tarikh hebahan adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)

Pendaftaran Pelajar rayuan bagi kemasukan STPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 - 17 September 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)


Artikel ini dikeluarkan pada 26 januari 2015, info mungkin akan berubah. Untuk keterangan dan maklumat lebih tepat, sila layari website UPU di sini http://upu.moe.gov.my/web/

Wednesday, January 21, 2015

Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2015

Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2015

Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2015
KPTN 2015

Karnival tahunan, Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengadakan Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2015 kali yang ke-11 mengikut zon-zon yang telah ditetapkan. Tarikh karnival bagi setiap zon adalah seperti gambar diatas. Adik-adik Lepasan SPM dan Lepasan STPM boleh menghadiri karnival ini yang berdekatan dengan anda untuk mendapatkan info-info berkaitan dengan IPTA yang ada di Malaysia.

Jika anda menghadiri karnival ini, anda akan mengetahui serba sedikit mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di setiap IPTA. Selain itu juga, jika ada pertanyaan mengenai kursus-kursus yang menjadi pilihan anda, boleh la membuat pertanyaan di sana.

Thursday, January 8, 2015

Tarikh dan Pemohonan Kemasukan ke IPTA (UPU) sesi 2015/2016

Pemohonan Kemasukan ke IPTA (UPU) sesi 2015/2016

Tarikh dan Pemohonan Kemasukan ke IPTA (UPU) sesi 2015/2016


18 Januari 2015 - Iklan Permohonan Dalam Akhbar Tempatan

19 Januari 2015 - Pembelian No Pin di BSN dan  Permohonan Kemasukan

6 April 2015 - Tarikh tutup permohonan (jam 12 tengah malam)


Permohonan UPU boleh dibuat secara online di link ini http://upu.moe.gov.my/web/. Bagi yang ingin mengetahui panduan pemohonan UPU, anda boleh mendapatkan panduan tersebut di pautan INI. Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai pemohonan UPU, anda boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (03) 8870 6767 dan (03) 8870 6777 atau melayari website rasmi UPU .

Tuesday, December 30, 2014

Sesi persekolahan 2015 ditangguh seminggu akibat banjir

Kementerian Pendidikan Malaysia
Sesi persekolahan 2015 ditangguh seminggu akibat banjir

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA 
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

Wednesday, November 19, 2014

Keputusan Peperiksaan UPSR 2014 diumumkan pada 26 November 2014

Keputusan Peperiksaan UPSR 2014 diumumkan pada 26 November 2014

Keputusan Peperiksaan UPSR 2014 akan diumumkan pada hari Rabu, 26 November 2014 menurut Kementerian Pendidikan Malaysia. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan UPSR mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari tersebut. Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2014 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi, 26 November 2014 dan akan ditamatkan pada jam 11.59 malam, 2 Disember 2014.-  Sumber Facebook Astro Awani

Thursday, October 2, 2014

Permohonan Secara Online Tingkatan Satu (1) Di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2015

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2015
Permohonan Secara Online Tingkatan Satu (1) Di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2015

Permohonan Secara Online Tingkatan Satu (1) Di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2015 (Untuk calon UPSR 2014) akan dibuka mulai 1 - 30 Oktober 2014. Pemohonan tersebut boleh dibuat di laman web ini http://apps5.moe.gov.my/permohonansst1/spat1_2015/. Bagi yang ingin melihat senarai sekolah berasrama penuh di setiap negeri boleh klik pada pautan INI. Terdapat 2 aliran matapelajaran bagi sekolah berasrama penuh tingkatan 1 iaitu aliran sains dan aliran agama. Senarai matapelajaran bagi setiap aliran boleh dilihat dalam gambar di bawah.

aliran matapelajaran bagi sekolah berasrama penuh

Tuesday, September 23, 2014

Kertas Matematik, Bahasa Tamil dibatalkan - UPSR 2014

Kertas Matematik, Bahasa Tamil dibatalkan
Kertas Matematik, Bahasa Tamil dibatalkan
UPSR 2014

KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
BERKAITAN PEMBATALAN UJIAN MATA PELAJARAN
MATHEMATICS & BAHASA TAMIL
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014

1. Pada tarikh 21.9.2014 Lembaga Peperiksaan (LP) telah mengesahkan bahawa kertas ujian Mathematics 015/1 (SK), 025/1 (SJKC), 035/1 (SJKT), Bahasa Tamil 036, 037 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 telah didapati bocor. 

2. Sehubungan dengan ini, pihak LP memaklumkan bahawa kertas ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1, Bahasa Tamil 036, 037 bagi UPSR tahun 2014 yang berlangsung pada 10 September 2014 adalah DIBATALKAN. Tarikh baharu bagi ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1, Bahasa Tamil 036, 037 adalah pada 9 Oktober 2014 setelah mengambilkira cuti umum Hari Raya Aidil Adha, dan aspek logistik (percetakan dan pengedaran). Selain itu, KPM menegaskan bahawa peperiksaan ini dilaksanakan semula bagi memastikan pengendalian peperiksaan awam mematuhi Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan di samping menjamin integriti dan kredibiliti keputusan UPSR tersebut. 

3. Saya amat memahami perasaan, keresahan dan kesulitan yang dihadapi oleh semua. Selaku Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia saya memohon maaf kepada murid-murid, ibu bapa, guru-guru dan semua yang terlibat ekoran insiden ini. Saya telahpun mengarahkan semua Guru Besar dan guru untuk mengenalpasti dan memberi khidmat kaunseling kepada murid-murid yang memerlukan.

4. Dengan itu, saya telah pun mengambil alih pengawasan seluruh proses pengendalian peperiksaan awam yang dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan sejak insiden kebocoran pertama dilaporkan pada 12 September 2014.

5. Sebagai langkah serta-merta, saya sedang mengambil tindakan untuk membuat pertukaran pegawai-pegawai di Lembaga Peperiksaan bagi memantapkan lagi pengurusan dan pengendalian peperiksaan awam. Di samping itu, saya juga mengambil langkah mengetatkan lagi semua aspek keselamatan dalam pengurusan dan pengendalian kertas peperiksaan dari peringkat Lembaga Peperiksaan sehingga ke pusat peperiksaan.

6. Saya memberi jaminan dan komitmen bahawa insiden kebocoran kertas-kertas peperiksaan awam tidak akan berulang.

7. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan penyebaran berita palsu, saya menyeru pihak awam untuk melayari laman web LP www.moe.gov.my/lp untuk maklumat rasmi dan terkini berhubung perkara ini. Pihak awam juga boleh menghubungi HOTLINE UPSR 2014 LP di talian 03-88893601 @ 3551 @ 3809 @ 3520 @ 3030. 

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
22 September 2014

Thursday, September 11, 2014

Penangguhan Ujian Mata Pelajaran Sains - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 2014

Kementrian Pendidikan Malaysia

Penangguhan Ujian Mata Pelajaran Sains
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 2014

Sumber yang diperolehi daripada Portal Rasmi Kementrian Pendidikan Malaysia " Lembaga Peperiksaan memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Science 018, 028, 038 bagi UPSR tahun 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 adalah DITANGGUHKAN. Tarikh baharu bagi peperiksaan Science 018, 028, 038 adalah pada 30 September 2014.

Penangguhan Ujian Mata Pelajaran Sains

Monday, August 18, 2014

Permohonan bantuan persedian ke IPTA/IPTS - Yayasan Terengganu

Yayasan Terengganu
Permohonan bantuan persedian ke IPTA/IPTS
Yayasan Terengganu

SYARAT PEMOHONAN

1. Anak Negeri Terengganu, iaitu salah seorang ibu,bapa/penjaga Rakyat Terengganu (Warganegara Malaysia).

2. Pemohon bukan daripada rakyat Terengganu tetapi pemastautin tetap melebihi 10 tahun hendaklah mendapat surat pengesahan mastautin ibu,bapa/penjaga daripada Wakil Rakyat/ Penghulu Mukim / Ketua Kampung.

3. Institusi Pengajian yang ditawarkan mestilah diiktiraf oleh kerajaan.

PENYERAHAN SALINAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1. Borang Permohonan yang lengkap disahkan (Dicetak dari Permohonan Atas Talian (Online)).

2. Salinan surat tawaran yang disahkan / serta dibawa salinan ASAL

3. Kad pengenalan Pemohon, Ibu, Bapa dan Surat Beranak Pemohon yang disahkan.

4. Slip peperiksaan UPSR/PMR (bagi asrama penuh) dan SPM (bagi permohonan IPTA/IPTS).

5. Sila sertakan salinan resit bayaran RM300.00 dan cop pengesahan pendaftaran semasa mendaftar (bagi permohon IPTS).

6. Ibu/bapa adik beradik kandung sahaja yang dibenarkan mewakili pemohon, sertakan salinan kad pengenalan wakil.

CARA MEMOHON

1. Mengisi Borang Permohonan Secara Atas Talian (Online) dengan LENGKAP di SINI.

2. Mencetak dan Memuat Turun Borang Permohonan dan anda perlu mencetak Borang Permohonan ini untuk bagi mendapatkan pengesahan pihak-pihak yang terlibat.

3. SILA SERAHKAN SEMUA DOKUMEN YANG DIPERLUKAN DI ATAS UNTUK SEMAKAN DAN PENGESAHAN AKHIR KE BAHAGIAN TAJAAN , TINGKAT 2, YAYASAN TERENGGANU.

Untuk maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan berkaitan, sila hubungi ibu pejabat YT di talian 09-6221 733.