Sebab rama-rama menyerang Malaysia
Kemunculan jutaan rama-rama atau kupu-kupu sejak seminggu lalu menjadi tanda tanya sekarang ini. Serangga bersayap ini dilihat sangat aktif pada waktu malam dan sering mengurumuni kawasan yang melimpahkan cahaya lampu amat terang.
Profesor Entomogi Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia, Profesor Che Salmah Mat Rawi, berkata serangga 'misteri' ini dikenali dengan nama saintifiknya Lyssa Zampa Docile. Beliau berkata, pelbagai teori boleh dikaitkan dengan kemunculan kupu-kupu termasuk faktor perubahan cuaca yang menyebabkan peningkatan mendadak serangga itu.
Serangga yang bersifat nokturnal ini sangat aktif pada waktu malam dan akan mudah tertarik dengan cahaya lampu. Pada siang hari, ia akan berehat dan mendiami kawasan teduh dan sejuk seperti di bumbung-bumbung rumah atau di kaki pokok-pokok besar. Walaupun kajian menyatakan serangga ini tidak beracun, namun ia boleh menyebabkan kegatalan pada kulit jika disentuh.
Sumber: Berita Harian
No comments:
Post a Comment