Siapa yang dibenarkan menggunakan kereta cermin gelap?
Kaedah 11(a) dan 11(b) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 memperuntukkan kenderaan milik kerajaan yang digunkan oleh individu berikut dibenarkan mennggunakan cermin gelap:
- Yang di-Pertuan Agong atau Raja Permaisuri Agong
- Raja sesebuah negeri atau konsortnya
- Pemangku Raja sesuatu negeri atau konsortnya
- Pembesar memerintah negeri bagi Negeri Sembilan atau konsortnya
- Bakal Raja sesuatu negeri atau konsortnya
- Bekas Raja sesuatu negeri atau konsortnya
- Yang di-Pertua Negeri sesebuah negeri
- Hakim Makhamah Persekutuan, Rayuan dan Tinggi
- Pegawai polis atau pegawai tentera seperti dinyatakan oleh Ketua Polis Negara atau Ketua Turus Angkatan Tentera.
No comments:
Post a Comment