Hari ke-6 kehilangan pesawat MH370
Terkini dari KLIA - Insiden kehilangan pesawat #MH370, 13 Mac 2014, 5:30 petang diketuai oleh Datuk Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, DCA dan MAS
Berita Hari Ke-6 Kehilangan Pesawat MAS MH370
- 6 hari selepas kehilangan pesawat, fokus diteruskan untuk kesan MH370
- Data enjin - Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari berkata Rolls Royce dan Boeing tidak menerima sebarang hubungan lagi dengan kapal terbang selepas 01:07 pada pagi Sabtu, ia adalah transmisi terakhir MH370 dan mengenai pesawat terbang 4 jam selepas itu adalah tidak benar.
- Pasukan Rolls Royce dan Boeing sudah berada di KL dan telah bekerjasama dengan MAS dan pasukan siasatan sejak Ahad lalu.
- Imej dari satelit China menunjukkan tiada sebarang cebisan dari pesawat ditemui untuk disiasat.
- Hishammuddin menjelaskan, semua maklumat/data yang tidak disahkan akan menjejaskan operasi carian. Semua maklumat harus disahkan oleh kami. Malaysia telah berkongsi data radar tentera dengan rakan-rakan antarabangsa
- Kita tidak mahu tuduh menuduh, usaha kita hari ini adalah kerjasama dari pelbagai negara. Mungkin ada pihak tertentu yang berniat untuk melaga-lagakan, tetapi sehingga ke hari ini ada lagi negara yang mahu menghantar aset mereka untuk membantu
- Hishammuddin berkata keadaan ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Ia adalah sesuatu keadaan yang kompleks. Malaysia tidak mempunyai apa yang hendak disembunyikan.
- Hishammuddin turut menolak laporan bahawa pihak berkuasa telah menyerbu rumah-rumah anak-anak kapal pesawat tersebut
- Kami telah melihat kembali rakaman sebelum pesawat hilang dari radar dan tiada langsung isyarat kecemasan
- Hishammuddin mengesahkan pasukan carian tidak menemui apa-apa dari sebarang kemungkinan
Sidang media berikutnya akan diadakan pada 5:30 petang esok.
Sumber: Facebook THR GEGAR
No comments:
Post a Comment