TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Thursday, March 13, 2014

Demografi pengunjung blog

Demografi pengunjung blog atau ciri-ciri pengunjung yang melihat blog anda. Secara terperincinya, ianya adalah gambaran keseluruhan laporan mengenai umur, jantina, dan kategori entri pilihan pengunjung. Semua maklumat ini boleh diperolehi dari Google Analytics.

Antara kebaikan maklumat ini ialah
  • Membolehkan anda untuk ketahui lebih lanjut mengenai pengunjung di blog anda. 
  • Anda boleh kategorikan seluruh data analisis pengunjung blog anda dengan ciri-ciri yang sama supaya anda boleh memahami bagaimana menarik pengunjung yang berbeza.
  • Dengan menggunakan hasil laporan tersebut anda dapat memperbaiki strategi kempen iklan di blog anda.

Data jantina
Data jantina

Data umur
Data umur

Data kategori
Data kategori 

Tiga gambar diatas menunjukkan analisis data yang diperolehi dari Google Analytics. Kalau dilihat mengenai data jantina, pengunjung blog ini ramai datang dari golongan lelaki iaitu 54.15%, manakala pengunjung wanita seramai 45.85%. Beza pengunjung mengikut jantina tidak la berbeza sangat. Bezanya hanya, 8.30% sahaja. Mengenai data umur pula, julat umur yang paling tinggi ialah pengunjung yang berumur 25 - 34 tahun dan mengenai data kategori, entri dalam kategori sukan menjadi pilihan di blog ini. Mungkin sebab itu kot lelaki ramai yang mengunjungi blog ini.

p/s: Cuba la check ciri-ciri pengunjung di blog anda

5 comments:

  1. minggu ni belum sempat perhati google analytics lagi...

    ReplyDelete
  2. Sama la dengan blog ERAZFADLI.COM.. Male mengatasi Female..

    ReplyDelete
  3. thanks for the good info...saya belum pandai lg bab2 ni...

    ReplyDelete
  4. Ada akaun tapi tak tahu nak guna.
    Hihi

    ReplyDelete