TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Wednesday, July 31, 2013

Praktikal #1 : Dah Sebulan!!

Assalamualaikum

Salam ramadhan...dah lama tak update mengenai praktikal. Godek-godek kalendar tadi, rupa-rupanya hari ini dah genap sebulan praktikal. Sekejap je rasa...So, tinggal sebulan la lagi praktikal. Lepas tu masuk universiti balik. Ok, sebulan praktikal..banyak la jugak ilmu-ilmu mengenai pembinaan di tapak bina. Ada yang pernah belajar kat universiti dan ada yang tak pernah tahu pun sebelum ini. So, latihan industri ini berguna jugak la sebab banyak ilmu yang tidak diajar oleh pensyarah di universiti boleh diketahui apabila menjalani latihan industri.

Sejak 2 3 hari kebelakangan ini, satu hari suntuk perlu berjemur ditengah cuaca panas di tapak pembinaan. Bukan saje-saje berjemur macam mat salleh tu..tapi membuat pemantauan dan pemeriksaan kerja-kerja pembinaan oleh mat-mat bangla dan indon. Dia orang pun berjemur, aku pun berjemur. so, adil la..dah jadi lumrah kerjaya sebagai jurutera. Kalau tak berjemur panas, bukan jurutera namanya..hehe...Apa-apa pun, setakat sebulan praktikal ni enjoy la jugak..ada hari penat dan hari boleh rehat..Ok, esok ada pemeriksaan reinforcement(tetulang) bersama consultant. Harap-harap semuanya ok..k..salam...!

1 comment:

  1. wow....best kan praktikal..feel free to join my GA yaaa...

    http://farihaabdul.blogspot.com/2013/07/1st-giveaway-sihat-cantik-dengan-fariha.html

    ReplyDelete