TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Sunday, July 28, 2013

Ceramah Ramadhan kali ke-2

Assalamualaikum

Salam ramadhan. Seperti minggu lepas, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) iaitu tempat Wan kerja atau praktikal mengadakan ceramah ramadhan pada setiap minggu di sepanjang bulan ramadhan. Tajuk untuk minggu lepas ialah “Membentuk Generasi Cemerlang Al-Quran”, klik sini untuk baca entri untuk minggu lepas. Ok, tajuk untuk minggu ini ialah "Antara Insan Ramadhan dan Insan Rabbani". Ceramah kali ini disampaikan oleh Y. Bhg. Ustaz Jauzy Bin Abd. Rahman. Ianya berlangsung pada pukul 10:30 pagi hingga 12:30 tengahari bertempat di Dewan Besar PMINT di tingkat 3 Menara PMINT.

Penggisian ceramah untuk minggu ini lebih fokus kepada sikap-sikap dan amalan-amalan di bulan Ramadhan. Selain itu, input-input berkaitan dengan solat dan nikmat yang diberikan Allah kepada manusia. Antara nikmat-nikmatNya ialah:

  • Nikmat sihat
  • Nikmat keamanan
  • Nikmat makan dan minum
  • Nikmat masa lapang
  • Nikmat agama
Daripada ibnu Abas berkata, telah bersabda Rasullullah " Terdapat dua nikmat yang kebanyakkan manusia sering lupakan iaitu nikmat sihat dan waktu lapang".

Alhamdulilah, banyak jugak ilmu yang Wan dapat pada hari ini dalam majlis ceramah Ramadhan ini. "Jangan Kejar Ilmu Dunia Sahaja, Ilmu Akhirat Perlu Dikejar Juga". Diharap, minggu hadapan dapat menghadirinya lagi. Ok, salam...

No comments:

Post a Comment