TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Wednesday, July 24, 2013

Ceramah Ramadhan

Assalamualaikum

Pada setiap minggu sepanjang ramadhan, pihak PMINT mengadakan Program Ceramah Bulan Ramadhan 1434H/2013H. Tajuk ceramah untuk minggu ini bertajuk “Membentuk Generasi Cemerlang Al-Quran”. Ianya disampaikan oleh Y. Bhg. Ustaz Kamalruddin Bin Omar. Ceramah ini berlangsung pada pukul 10 pagi hingga 12 tengahari bertempat di Dewan Besar PMINT di tingkat 3 Menara PMINT.


Banyak pengisian dalam ceramah ini antaranya kisah-kisah Nabi, amalan yang perlu diamalkan di bulan Ramadhan dan isu-isu semasa dalam kehidupan harian. Antara input yang menarik dalam ceramah ini ialah mengenai Nabi-Nabi yang pertama yang menunaikan 5 solat fardhu.
  • Solat Subuh – Nabi Adam a.s adalah yang pertama menunaikan solat subuh selepas Ianya diturunkan di dunia.
  • Solat Zohor – Nabi Ibrahim a.s adalah yang pertama menunaikan solat Zohor dalam peristiwa penyembelihan anaknya.
  • Solat Asar - Nabi Yunus a.s adalah yang pertama menunaikan solat Asar.
  • Solat Maghrib - Nabi Isa a.s adalah yang pertama menunaikan solat Maghrib.
  • Solat Isyak - Nabi Musa a.s adalah yang pertama menunaikan solat Isyak.
Sebelum ceramah tersebut ditamatkan, sesi soal jawab diadakan untuk memberi peluang kepada para hadirin untuk bertanya soalan dan ceramah tersebut diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Kamarulddin.




No comments:

Post a Comment