TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Friday, February 8, 2013

MALAYSIA VS CHELSEA - 21 JULY 2013


Juara Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara, Chelsea bakal mengadakan kunjungan pra-musim ke Asia Tenggara termasuk menguji pasukan Pilihan Malaysia Julai ini.

Kelab tersebut mengesahkan kedatangan mereka semalam dan bakal mengadakan perlawanan persahabatan dengan negara serantau lain seperti Thailand dan Indonesia.
Kali terakhir Chelsea mengadakan kunjungan ke Asia ialah musim lalu, disusuli kejayaan kelab London itu meraih kejuaraan Liga Juara-Juara dan Piala FA.

Mereka akan bertemu pasukan Pilihan Malaysia pada 21 Julai depan di Stadium Shah Alam, empat hari selepas mengadakan pertemuan dengan Pilihan Thailand bagi saingan Piala Singha di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok.

SUMBER : Utusan

2 comments: