TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Wednesday, December 12, 2012

Aku Rindu Arwah Ayah

Assalammualaikum...

dah hampir seminggu pemergian arwah ayah menyahut seruan Illahi...
serius....aku tidak sangka masa berlalu begitu pantas sekali...

belum pun bermula entry ini dicoretkan sudah terasa sebak di hati..
betapa aku rindukan arwah ayah..
masih terdengar lagi gelak ketawa arwah kali terakhir aku berjumpanya dalam keadaan sihat...

namun siapa sangka itulah kali terakhir aku bertemu dengannya dengan kedaan yang ceria...
perginya arwah tanpa ahli keluarga di sisi...
mungkin arwah tidak mahu kami meratap pemergiannya itu...
ada hikmah semuanya ini berlaku...
melihat tubuhnya yang tidak bernyawa itu membuatkan aku terus menangis semahunya...
tidak kepeduli orang2 disekelilingku....
hanya Allah sahaja yang tahu perasaanku ketika itu...
dan aku perhatikan emak aku duduk sendirian di birai katil sambil merenung ke wajah arwah....
kesedihan yang tidak mampu diucapkan oleh emak ketika itu...
namun sebagai anak aku tahu emak masih terkejut dengan pemergian arwah ayah...
mana mungkin seorang isteri menerima semua ini secara tenang...
teman hidupnya hampir 30 tahun telah pergi buat selama2nya...
oh....sungguh perit dugaan-MU YA ALLAH.....

aku masih ingat lagi nasihat arwah ayah kepada ku..
"wan perlu belajar bersungguh-sungguh...wan x larat nak bekerja berat"
kata-kata arwah akan aku pegang sehingga aku berjaya..
walaupun jasa nya tidak dapat ku balas...
dapat menunaikan hasratnya untuk melihat aku berjaya itu sudah cukup...

tiada lagi kata2 nasihat yang akan kudengar lagi...
tiada lagi pendapat yang akan dilontarkan...
tiada lagi teman untuk aku bergelak ketawa...
tiada lagi suara bebelan dan gomelan nya lagi...
dan tiada lagi dapat kutatap wajahnya itu lagi...
semuanya tinggal kenangan.....

sebenarnya banyak kenangan aku dengan arwah...
namun aku tidak mampu untuk coretkan di sini...
nak je air mata mengalir...
terlalu perit menerima kenyataan yang aku sudah tidak mempunyai ayah lagi...
biarlah semua memori itu tersimpan rapi di dalam hati...
aku sayangkan ayah aku justeru aku harus kentalkan hati...
hidup harus diteruskan...
jika dihampar segunung emas permata pun masih belum dapat membalas jasa arwah ayah terhadap kami 7 beradik selama ini....
ayah yang tiada galang gantinya di dunia dan akhirat..
selagi nafas belum terhenti selagi itulah kekuatan arwah tersemat di hatiku...
aku percaya adik2, abang dan kakak2 ku jua merasakan apa yang kurasakan...
kami kuat demi emak yang tercinta...
takkan kami biarkan emak bersendirian melalui semua ini....

sudah tersurat dari tanah kita dijadikan maka ke tanah jualah kita akhirnya....
walaupun seberat ini dugaan yang Allah diberikan aku terima dengan hati yang ikhlas..
hanya iringan doa yang mampu aku hulurkan untuk arwah ayah di alam sana....

"terima kasih Ya Allah kerana Kau memberi peluang aku mempunyai seorang ayah seperti arwah ayahku
Kau tempatlah arwah ayahku dikalangan orang2 yang beriman dan soleh"...

Al-Fatihah!!!

Amin!!

6 comments:

  1. tabahkan hati... Moga arwah ditempatkan di syurga kelak

    ReplyDelete
  2. insyallah pemergiannya diredai allah n ditempatkan bersama org2 beriman...amin

    ReplyDelete
  3. semoga arwah ditempatkan dikalangan yg beriman...jgn risau doa anak tetap smpai padanya..teruskan berdoa...alfatihah

    ReplyDelete
  4. Smoga arwah ditempatkan d klangan org yg beriman. Ayah sy baru pergi 2.45 pg td. Ya Allah rindunya terasa di dada nie :(

    www.ourlovebonding.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyakkan bersabar, saya dulu pun macam tu. Memang susah nak terima kenyataan..tapi, dah suratan takdir. Kita mesti menerimanya.

      Delete
  5. Aq pom rindu arwah ayah..sunguh tersangat..

    ReplyDelete