TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Showing posts with label Visit Malaysia Year 2014. Show all posts
Showing posts with label Visit Malaysia Year 2014. Show all posts

Tuesday, September 16, 2014

Google Hari Malaysia 2014

Google Hari Malaysia 2014
Google Hari Malaysia 2014

16 September adalah hari sambutan Hari Malaysia yang disambut setiap tahun. Sempena hari bersejarah Malaysia, google turut menyambutnya dengan meletakkan gambar di atas sebagai homepage pada hari ini. Keunikkan doodle ini menggambarkan keunikkan Malaysia pada hari ini dengan ikon-ikon seperti Jambatan Pulau Pinang, Menara Kuala Lumpur, KLCC dan bunga raya sebagai bunga kebangsaan Malaysia. Sila ke homepage google dan klik gambar di atas, anda boleh mendapat info-info berkaitan doodle tersebut.

"Selamat Menyambut Hari Malaysia"

Sunday, October 20, 2013

Pulau Redang (Redang Island) Terengganu - Visit Malaysia Year 2014, #VMY2014, #TMM2014

Tahun Melawat Malaysia 2014, #TMM2014
Visit Malaysia Year 2014, #VMY2014


Pulau Redang, Tahun Melawat Malaysia 2014
Pulau Redang
Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, di negeri Terengganu, Malaysia, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting. Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repul seyang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia II dan mewujudkan suasana bagi pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil danPulau Bidong.

Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di Pantai Timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. 

Pulau Redang boleh dikunjungi melalui Merang dengan bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat peranginan di sini. Jaraknya dari jeti Kampung Penarik ialah 30 kilometer nautika atau Kuala Terengganu melalui Jeti Shahbandar dengan menggunakan feri. Terdapat juga sebuah lapangan terbang kecil di pulau ini.

"Redang Island, locally known as Pulau Redang or just "Redang" is one of the largest islands off the east coast of Malaysia. It is one of nine islands, which form a marine park, and which offer snorkeling and diving opportunities. Access is from Merang or Kuala Terengganu on boats operated by the resorts. Redang Airport is a small airport with services operated by Berjaya Air from Kuala Lumpur (Sultan Abdul Aziz Shah Airport).
Pulau Redang, Tahun Melawat Malaysia 2014
Kebiruan air di pulau ini
Pulau Redang, Tahun Melawat Malaysia 2014, Batu karang
Syurga batu karang 

Source of info : Wikipedia

Saturday, October 19, 2013

Masjid Kristal Terengganu - Visit Malaysia Year 2014, #VMY2014, #TMM2014

Tahun Melawat Malaysia 2014, #TMM2014
Visit Malaysia Year 2014, #VMY2014


Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu. Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik. Selain menjadi persinggahan pelancong yang beragama Islam untuk beribadat ianya juga menjadi daya penarik pelbagai pihak kerana struktur binaannya yang unik. 

Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang.
"The Crystal Mosque or Masjid Kristal is a mosque in Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. A grand structure made of steel, glass and crystal. The mosque is located at Islamic Heritage Park on the island of Wan Man. The mosque was constructed between 2006 and 2008. It was officially opened on 8 February 2008 by 13th Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin of Terengganu. It has the capacity to accommodate over 1,500 worshipers at a time. This is one of the most beautiful mosques in the world. Masjid Kristal is a good tourism and attractive site. This handsome structure is symbol of Malaysian Heritage. 

Masjid Kristal, Crystal Mosque, Night, Panorama, Visit Malaysia Year 2014
source: http://www.a2youth.com
Masjid Kristal, Crystal Mosque, Visit Malaysia Year 2014

Masjid Kristal, Crystal Mosque, Door, Visit Malaysia Year 2014
Pintu masuk ke dalam Masjid Kristal
Masjid Kristal, Crystal Mosque, Kubah, Visit Malaysia Year 2014
Kubah Masjid Kristal
                                                  DIRECTION CLICK HERE 

Source info : Wikipedia