TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Saturday, April 30, 2016

Drama Mr. Boss, Miss Stalker - Sinopsis

Drama Mr. Boss, Miss Stalker
Drama Mr. Boss, Miss Stalker
Sinopsis
Slot Dahlia TV3

Drama terbaru di Slot Dahlia TV3 yang diadaptasi dari novel Mr. Boss, Miss Stalker karya Aesya Azahar. Drama bersiri 20 episod ini dilakonkan Ashraf Muslim dan Mia Ahmad sebagai pelakon utamaa. Ia mula disiarkan di slot Dahlia mula 22 April 2016, setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6.58 petang.


Drama Mr. Boss, Miss Stalker

Ashraf Muslim sebagai Hariz Zhafran
Mia Ahmad sebagai Sara Azreen
Riz Amin sebagai Izzudin
Miera Leyana sebagai Ria Alisya
Nazeera Sardi sebagai Liza
Shazmeer sebagai Khairul
Aman Shah sebagai Encik Hamzah
Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Jalil



Sinopsis Drama Mr. Boss, Miss Stalker

Mengisahkan Sara Azreen (Mia Ahmad) diberikan tugasan oleh Encik Hamzah (Aman Shah) untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil, iaitu Hariz Zhafran (Ashraf Muslim), CEO kepada Mentari Angkasa Sdn Bhd. Bagi memudahkan kerja penyiasatannya, Sara perlu diterima sebagai jurutera di syarikat tersebut.

Sara serbah salah. Namun, dia bersetuju untuk menolong bapa saudaranya demi membalas jasa. Encik Hamzah telah membiayai segala perbelanjaan Sara sewaktu belajar di Australia kerana bapanya mengalami masalah kewangan pada masa itu.

Sara berjaya diterima sebagai jurutera di Syarikat Mentari Angkasa Sdn Bhd. Sikap Hariz yang garang dan tidak bertimbang rasa menguatkan lagi tanggapan Sara bahawa bosnya ialah seorang yang kejam dan mungkin bertanggungjawab atas kematian Tan Sri Jalil (Zulkifli Ismail). Malahan, Sara juga percaya Hariz ialah dalang kepada kehilangan anak perempuan Tan Sri Jalil, Liza (Nazeera Sardi).

Izzudin (Riz Amin), pengurus kewangan di syarikat itu sering mencari peluang untuk mendekati Sara. Kehadiran Sara turut mengundang ketidakselesaan daripada teman wanita Hariz iaitu Ria Alisya (Miera Leyana), seorang pelakon popular yang bercita-cita mahu menjadi menantu kepada keluarga Hariz.

Sara mula mengenali keperibadian Hariz yang sebenar dan mereka mula mencipta keserasian tidak kira dalam soal kerja ataupun hubungan peribadi. Sara diberikan tugasan baharu untuk berpura-pura menerima cinta Hariz. Lebih merumitkan keadaan apabila Hariz Zafran telah melamarnya. Adakah Sara Azreen akan berterus terang ataupun meneruskan rancangannya untuk memerangkap Hariz?.

No comments:

Post a Comment