TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Friday, April 29, 2016

Drama Dia Semanis Honey - Sinopsis

Drama Dia Semanis Honey
Drama Dia Semanis Honey
Sinopsis
Astro Ria

Drama terbaru yang akan ditayangkan di Astro Ria diadaptasi dari novel Dia Semanis Honey karya Dila Dyna. Drama ini dilakonkan oleh Siti Nordiana, Alif Satar, dan Hairul Azreen. Drama 16 episod ini akan mula ditayangkan 2 Mei 2016 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.

TONTON ONLINE EPISOD 1
TONTON ONLINE EPISOD 2


Pelakon Drama Dia Semanis Honey

Alif Satar sebagai Ahnaf Wafiy
Siti Nordiana sebagai Hani Safira
Hairul Azreen sebagai Adam Hazrul
Hafeez Mikail sebagai Hanafi
Farez Ridzwan sebagai Hakimi
Ziha Salleh sebagai Ara
Nadya Syahera sebagai Bella
Falisha Crossley sebagai Ariana
Aleza Shadan sebagai Puan Munirah
Nina Juren sebagai Puan Sri Hartini
Lan Kristal sebagai Hafiz
Adam Mika sebagai Nabil
Zainol macwiilson sebagai Dr Farid
Danish Hazriq sebagai Rayyan
Fatihah Baharum sebagai Aishah


Sinopsis Drama Dia Semanis Honey

Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak. Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan.

Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka.

Adakah perkataan ‘sahabat’ itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi? Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?

No comments:

Post a Comment