TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Friday, June 19, 2015

134 Soal Jawab Tentang Puasa dan Hari Raya Aidilfitri (Ustaz Azhar Idrus) - Part 3

Soal Jawab Tentang Puasa dan Hari Raya Aidilfitri
134 Soal Jawab Tentang Puasa dan Hari Raya Aidilfitri (Ustaz Azhar Idrus)
101.Katakan hari raya jatuh pada hari Jumaat. Pagi dah solat sunat hari raya dan dengar khutbah raya. Boleh tak kalau tak pergi solat Jumaat?

Wajib solat Jumaat. Yang tak wajib solat Jumaat jika dah solat raya ialah orang yang tinggal di pedalaman yang jauh dari masjid. Bila mereka dah datang pada paginya solat hari ray, tak diwajibkan lagi datang sekali lagi untuk solat Jumaat.


102.Niat puasa sunat untuk diet dan kurus, dapat pahala tak puasa tu?

Dapat pahala jika masih ada niat kerana Allah.


103.Kalau saya tinggal puasa dua tahun lepas, wajibkah bayar fidyah walaupun saya masih dalam tangunggan ibu bapa?

Jika anda masih budak-budak yang belum layak berkerja, fidyah dibayar oleh bapa.


104.Adakah puasa yang ditinggalkan 400 hari mesti diqadha dalam masa sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang?

yang wajib qadha sebelum masuk Ramadhan baru hanyalah bilangan yang muat pada tahun tersebut. Jika bilangan tersebut lebih daripada bilangan yang muat, tidak mengapa dibayar pada tahun selepasnya.

Bagaimana pula dengan fidyah? Adakah berganda? Jika tak mampu macam mana?

Tak mampu tak wajib bayar. Wajib bayar setakat yang mampu sahaja.

Setahun ada 365 hari. Kena puasa 365 hari penuh?

Melainkan dua hari raya dan 11,12 dan 13 Zulhijjah.



105.Adakah puasa sunat yang lain selain Isnin dan Khamis?

Sunat Rejab dan Syaaban.


106.Jika cabut gigi di bulan puasa, batal puasa tak?

Batal jika ditelan gigi tersebut.


107.Sengaja membatalkan puasa dengan makan dan minum kerana ingin berjimak dengan isteri. Adakah tetap dikenakan denda?

Tak kena menurut satu pendapat dalam mazhab Syafie.


108.Saya tinggal di Finland. Di sini Maghrib pukul 9.20 malam manakala Subuh pukul 3.21 pagi. Boleh atau tidak berbuka puasa ikut waktu Mekah kerana tidak larat berpuasa panjang sangat.

Wajib puasa ikut waktu berdekatan yang mampu diikut berpuasa. Contoh di Finland puasa 18 jam sehari jadi berat sangat menanggung, maka harus ikut negeri terdekat dulu yang ringan seperti Belanda 15 jam. Tak boleh terus nak ikut France umpamanya jika France 13 jam.


109.Apa hukum sengaja menayangkan makanan atau gambar makanan depan orang berpuasa?

Makruh.


110.Boleh tak kalau kita tak habis lagi puasa ganti dan sambung puasa enam? Selepas habis puasa enam baru sambung puasa ganti balik.

Boleh niat puasa enam dan qadha sekaligus menurut setengah ulamak fiqh.


111.Boleh niat puasa qadha dan sunat sekaligus?

Harus.


112.Kalau sudah niat puasa untuk sebulan Ramadhan, selepas itu datang haid. Adakah perlu perbaharui niat berpuasa sebulan yang telah dibuat? Adakah perlu niat setiap hari selepas itu?

Sunat niat semula malam suci dari darah dan wajib niat setiap hari selepas itu.


113.Boleh tak niat puasa ganti, puasa sunat Isnin dan puasa enam sekaligus?

Dapat dua puasa sahaja iaitu puasa sunat dan puasa wajib.


114.Jika saya demam dan sakit kepala, adakah saya bersalah/berdosa jika saya membatalkan puasa saya?

Pesakit sendiri dapat mengetahui adakah kesakitan yang dialami memerlukan berbuka atau meneruskan puasa. Jika memang sakit yang melemahkan badan, harus berbuka.


115.Kawan saya terpandang gambar orang kemalangan lalu muntah dan terus pengsan. Adakah sah puasa kawan saya itu?

Sah.


116.Kawan saya cakap sahur itu wajib, jika tidak sahur maka puasa batal. Betul ke?

Kawan awak memang sudah tidak betul akalnya sebab bercakap perkara hukum sedangkan dia tidak mengerti apa-apa. Sahur bukan wajib tetapi sunat sahaja dan sah puasa tanpa sahur.


117.Saya niat berpuasa. Tiba-tiba pukul 10.00 pagi kawan ajak hisap rokok, saya pun hisap. Pukul 3.00 petang baru sahaja sedar saya puasa. Batal tak?

Tak sengaja buat perkara yang membatalkan puasa tidaklah membatalkan puasa.


118.Adakah rumah terbuka dikira ibadah?

Harus pada syarak.


119.Korek telinga menggunakan putik kapas (cotton bud), adakah batal puasa?

Tak batal sebab kalau ditusuk jauh pun, takkan melepasi gegendang telinga. Di belakang gegendang telinga dikira batin yang boleh dimasuki oleh air.


120.Boleh atau tidak kawan saya mahu ganti puasa 30 hari selepas hari raya kerana takut puasa dia tidak diterima Allah?

Tak boleh, cara yang betul adalah buat puasa sunat sebagai menampung kekurangan puasa kita yang wajib.


121.Apakah hukum menziarah kubur di pagi raya?

Harus dan jangan iktikadkan sunat ziarah hari raya.


122.Apa hukum jika niat puasa sunat, kemudia berbuka?

Puasa wajib, wajib diteruskan melainkan ada keuzuran. Puasa sunat, makruh berbuka tanpa keuzuran.


123.Tak jumpa orang miskin untuk bayar fidyah di kawasan saya. Boleh tak saya buat kenduri beri makan kepada orang ramai?

Kena beri kepada orang miskin di tempat lain.


124.Puasa bulan Syaaban lagi banyak pahala ke bulan Ramadhan lagi banyak pahala?

Bulan Ramadhan mengatasi segala bulan kerana ada padanya Lailatul Qadr.


125.Antara puasa qadha(ganti) dengan puasa puasa nazar, yang mana lebih afdhal didahulukan?

Boleh pilih.


126.Dapat fadhilat juga ke bersahur utk puasa As syura?

Dapat kerana perintah Nabi SAW suruh bersahur itu umum untuk semua puasa.


127.Kalau kita puasa hanya 10 Muharram sahaja boleh tak?

Boleh cuma kurang afdhal.


128.Ada hadis puasa sehari itu dihapuskan dosa setahun yang lepas. Bagaimana puasa separuh hari, adakah dihapuskan dosa 6 bulan yang lepas?

Tak dikira. Cuma berpahala jika bukan sengaja berbuka.


129.Ada tak jenis gastrik yang tak boleh puasa langsung?

Ada. Sesetengah pengidap gastrik kena makan setiap dua jam.


130.Jika sengaja tinggalkan puasa wajib digantikan dengan puasa dua bulan?

Wajib ganti sehari sahaja bukan dua bulan. Wajib ganti dua bulan itu hanya untuk mereka yang jimak isteri di siang hari Ramadhan sahaja.


131.Sekiranya arwah abah meninggal, macam mana ahli keluarga nak qadha puasa arwah yang lepas-lepas? Boleh tak bayar fidyah sahaja?

Bayar fidyah sahaja.


132.Apakah hukum berbuka puasa dengan jimak?

Harus kalau di rumah, haram kalau di masjid.


133.Ibu 'ABC' telah menunaikan umrah baru-baru ini. Beliau telah mula berpuasa di Mekah satu hari lebih awal. Bagaimanakah kedudukan puasa beliau sekarang di Malaysia berpuasa Ramadhan 30 hari?

Beliau wajib jadikan puasanya campur di Mekah dan di sini tidak lebih 30 hari sahaja.


134.Bagaimana gabung puasa qadha dengnn puasa sunat Isnin-Khamis?

Sesetengah ulamak kata boleh. "Sahaja aku puasa qadha Ramadhan esok hari serta sunat Isnin kerana Allah taala".

No comments:

Post a Comment