TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Monday, June 15, 2015

134 Soal Jawab Tentang Puasa dan Hari Raya Aidilfitri (Ustaz Azhar Idrus) - Part 2

Soal Jawab Tentang Puasa dan Hari Raya Aidilfitri
134 Soal Jawab Tentang Puasa dan Hari Raya Aidilfitri (Ustaz Azhar Idrus)

51.Apakah hukum suami isteri bermanja-manja ketika berpuasa?

Nabi SAW harus manakala kita makruh. Jika keluar mani jadi haram.


52.Zakat Fitrah sepatutnya dikeluarkan di mukim kita tinggal atau mukim kita bekerja?

Tempat kita bekerja.

53.Antara waktu berbuka dan waktu bersahur, yang mana banyak kelebihan?

Berbuka.


54.Seorang tinggalkan puasa tahun dulu-dulu, dalam 50 hari. Tahun lepas dia dah ganti 20 hari, tapi tak sempat bayar fidyah. Tahun ini dia kena ganti 50 hari juga atau 30 hari sahaja? Bayar fidyah adakah perlu digandakan?

Puasa yang sudah diqadha tidak lagi berganda fidyahnya. Bilangan fidyah hanya mengikut bilangan baki yang belum diqadha sahaja.


55.Korek telinga dengan putik kapa[13/06 5:18 pm] Kamal Upx: s hingga ke gegendang telinga, makruh tak?

Jangan sampai ke gegendang kerana ada pendapat yang mengatakan batin rongga telinga bermula pada gegendang telinga manakala ulamak-ulamak lain mengatakan belakang gegendang dekat otak baru membatalkan.


56.Seorang tua dinasihati doktor supaya kerap minum air. Si tua ini juga sesak nafas jika puasa. Macam mana?

Kalau memang benar tak minum air boleh jadi sesak nafas, harus berbuka dan wajib qadha apabila hilang penyakit. Kalau penyakit yang tiada sembuh lagi pada adatnya tak wajib qadha hanya wajib bayar fidyah.


57.Kita sedang puasa sunat, tetapi ada orang jemput menghadiri undangan ke rumahnya. Mana lagi afdhal?

Afdhal puasa kerana menghadiri jemputan tidak disyaratkan makan jamuan di situ. Jika kita makan dia juga gembira, afdhal makan.


58.Terdetik hati untuk niat puasa lepas isyak, tetapi terlupa. Jadi ke tidak niat puasa itu?

Kalau ada dalam hati nak berniat puasa qadha lepas isyak dikira sah kerana niat nak berniat lepas isyak sudah terkandung di dalamnya nak puasa qadha esok. Dengan syarat masa niat itu sudah malam.


59.Jika tak tunai solat fardhu, adakah sia-sia amalan solat terawih?

Amalan sunat tergantung jika tak buat yang wajib.


60.Keadaan yang macam mana, tidak berpuasa, tetapi tidak boleh makan dan minum?

-Orang yang batal puasanya bukan sebab haid seperti orang yang telah memasukkan air sampai ke batin telinganya.

-Orang yang sengaja tidak berniat ataupun lupa niat pada malamnya.

-Orang yang tidak mahu berpuasa tanpa uzur.


61.Adakah hadis berkenaan ganjaran solat terawih itu sohih? Boleh tak disebarkan hadis itu untuk tujuan menarik orang untuk menunaikan solat terawih?

Hadith tersebut ada dua pendapat. Pendapat pertama mengatakan ia palsu. Ini yang paling banyak di sisi ulamak. Oleh itu, sebaiknya jangan disebarkan.


62.Adakah batal puasa jika telan kahak yang keluar dari dalam anak tekak?

Batal telan kahak dari dalam tekak.


63.Berapakah bilangan sebenar solat terawih? 8 rakaat atau 20 rakaat? Yang manakah lebih afdhal?

Lebih banyak rakaat lebih afdhal.


64.Apa sunnah Nabi SAW makan berbuka?

Kurma dan air.


65.Jika kita mandi wajib selepas subuh, bolehkah kita berpuasa pada hari tersebut?

Sah puasa dalam keadaan junub.


66.Selepas habis waktu sahur, disebabkan perut kosong, angin dari perut naik balik ke tekak bersama minuman dan makanan. Macam mana? Puasa masih sah?

Kalau naik balik tak melepasi kerongkong, tak batal kalau makanan/minuman masuk semula.


67.Seorang kawan kerja syif malam. Balik kerja, dia tidur sampai tengah hari. Apakah hukum puasa dia?

Tidak batal puasa dan tidak makruh kerana berkerja syif malam. Jika tidur sepanjang hari, makruh hukumnya.


68.Saya ada seorang kawan muallaf. Dia berpuasa tetapi di badan dia ada 'tattoo' dan lidah bertindik. Adakah puasa dia sah?

Jika 'tattoo'-nya dalam masa Islam dan menghalang sahnya wuduk dan mandi hadas, puasanya tidak diterima sebab solatnya tidak sah. Jika 'tattoo' itu dibuat dalam masa kafir, tak wajib buang dan sah solatnya.

69.Tahun ini kita kurang sebulan berpuasa, jadi hari raya pertama boleh tak puasa?

Perkataan yang mengatakan puasa 29 hari tak cukup itu bukan perkataan ulamak. Dalam Islam puasa Ramadhan berkisar antara 29 dan 30 hari.


70.Adakah sah puasa orang yang berpuasa pergi beli juadah berbuka dengan mendedahkan aurat?

Sah. Tetapi berdosa kerana buat maksiat. Melakukan dosa ketika puasa menafikan hikmah puasa yang mahu kita jadi orang bertakwa.


71.Inhaler untuk orang selsema, adakah batal puasa jika digunakan?

Jika dihisap dengan kuat boleh membatalkan sebab masuk air ubat ke dalam kerongkong. Kalau disedut perlahan, makruh hukumnya kerana hanya udara yang masuk ke dalam kerongkong.


72.Mana lebih baik, niat puasa sebulan atau setiap malam sebelum imsak? Adakah batal jika niat di siang hari?

Aku berniat mengerjakan puasa Ramadhan tahun ini sebulan kerana Allah s.w.t. Tak batal puasa dengan sebab niat di siang hari.

73.Apakah hukum ke bazar Ramadhan apabila bazar itu dihadiri oleh wanita-wanita berpakaian seksi?

Bazar tersebut dikiaskan dengan pasar yang mana Nabi SAW menyuruh siapa yang pergi hendaklah menjaga pandangan. Sengaja melihat aurat hukumnya adalah haram sama ada kita peniaga atau pembeli.


74.Boleh tak saya ajak kawan-kawan saya dari Jepun (bukan Islam) yang buat dokumentari pasal Ramadhan berbuka di masjid?

Boleh dan wajib minta kebenaran ahli jawatankuasa masjid.


75.Kalau saya dari tanah air pukul 3 petang bertolak ke Jeddah sampai pukul 6 petang (waktu sana) sedangkan waktu Malaysia sudah pukul 9 malam. Waktu mana patut saya ikut berbuka puasa?

Wajib ikut waktu negeri mana kita berada.


76.Adakah dosa dilipat gandakan apabila melakukan kesalahan(dosa) di bulan puasa?

Tak berlipat ganda dosa tetapi berkurang pahala puasa.


77.Boleh ke niat puasa waktu bersahur?

Sah niat antara waktu Maghrib sampai waktu Subuh.


78.Apa hukumnya wanita memakai wangi-wangian ke bazar Ramadhan?

Wanita haram memakai wangi-wangian yang dapat dihidu oleh lelaki ajnabi sama ada bulan puasa atau bulan lain.


79.Kalau qadha puasa, kemudian berbuka bukan sebab uzur. Kena qadha ganda ke?

Tak ganda. Kena qadha semula.


80.Apakah hukum beli di bazar yang penjualnya tak tutup aurat?

Sah berjual beli. Haram jika sengaja pandang auratnya.


81.Adakah batal puasa jika pakai 'contact lens'?

Tak batal puasa.


82.Batal tak puasa jika terima rawatan suntikan?

Suntikan jika mengenyangkan pesakit membatalkan puasa.


83.Kenapa pada bulan puasa masih berlaku histeria?

Yang diikat adalah kepala-kepala jin kafir yang jahat. Jika ada berlaku lagi gangguan, itu adalah daripada jin-jin yang tidak diikat.


84.Apakah hukum memaksa solat terawih dalam keadaan yang sangat letih dan mengantuk kerana rehat dan tidur yang tidak mencukupi?

Memaksa seperti itu tidak menjadi kesalahan. Yang tak elok ialah sampai tubuh badan sakit-sakit dan mudarat kesihatan. Kalau letih, berhenti sahaja. Sunat bukan wajib.


85.Jika seseorang wanita mandi wajib semasa subuh sah kan puasanya? Boleh ke sebenarnya dia mandi wajib sebab masuk rongga faraj?

Faraj anak dara biasanya berbeda dgn faraj wanita yg pernah disetubuhi yaitu ketika duduk mencangkung mcm nak buang air besar faraj anak dara tdk terbuka manakala faraj yg pernah bersetubuh terbuka..ada yg terbuka sedikit dan ada yg terbuka banyak..sama ada terbuka sikit atau banyak, wajib disampaikan air disitu dan biasanya air tdk masuk lebih dr kawasan yg terbuka melainkan disumbat paip ke mulut faraj..perlu diketahui, bila duduk mencangkung tu, biarkan saja ia terbuka dgn sendirinya dan bukan dibuka..apa yg masih tdk terbuka ketikla duduk tu adalah dikira batin faraj yg tdk wajib disampaikan air..dan perlu diketahui..ada juga faraj wanita yg pernah disetubuhi itu tertutup rapat sekalipun sudah banyak kali disetubuhi maka tidaklah wajib disampaikan air ke kawasan farajnya yg tidak terbuka itu.


86.Apa hukum sedut asap welding ketika puasa?

Asap rokok disedut sampai ke dalam dada manakala asap welding hanya sedikit yang sampai ke mulut.


87.Sah tak puasa jika berniat puasa untuk sebulan itu di tengah-tengah bulan?

Kena niat di awal bulan baru sah melainkan wanita yang pada awal bulan itu sedang haid maka hendaklah dia niat sebulan setelah dia suci. Kalau tengah bulan datang haid, tak perlu niat semula setelah suci, hanya wajib niat setiap malam macam biasa.


88.Hadith "Ummu Salamah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda 'sebaik-baik masjid bagi wanita ialah kamar-kamar yang paling dalam dirumah mereka?(HR Ahmad)". Boleh ustaz ulas?

Hadith ini bukan mengharamkan wanita ke masjid tetapi menyebut kelebihan solat dirumah berbanding di luar rumah sahaja. Jika wanita ke masjid, hukumnya adalah harus dengan syarat dia menjaga peraturan-peraturan syarak yang telah ditetapkan.


89.Adakah hadis kelebihan solat dirumah bagi wanita ini mesti diambil dulu dari hadith-hadith lain tentang kelebihan solat berjemaah? Adakah lebih afdhal wanita solat di rumah meskipun sendirian berbanding di masjid berjemaah?

Ya.


90.Boleh tak kita terawih sebelum Isyak?

Tak boleh.


91.Kalau sedang selsema, telan hingus yang turun ke mulut dari laluan hidung (bukan dari lubang hidung), batal tak puasa

Batal.


92.Apakah hukum pergi takbir raya?

Sunat.


93.Apakah hukum zakat fitrah bagi anak-anak zina? Siapa yang wajib bayar ke atasnya?

Ibu si anak. Lihat kitab al-Mufassal fi ahkamil mar-ah.


94.Sebenarnya orang yang tak solat, suka tinggal solat boleh beraya tak?

Tak boleh sebab Hari raya adalah kemenangan bagi orang yang bertaqwa. Orang yang tak solat tak masuk dalam kumpulan orang taqwa.


95.Boleh tak pergi beraya di malam-malam hari contohnya ketika waktu Maghrib?

Bergantung kepada uruf. Jika uruf tidak memandangnya sebagai adab yang buruk, tidaklah menjadi kesalahan.


96.Apakah hukum pasang lampu kelip-kelip pada hari raya nanti?

Jangan anggap ia kemestian sambut raya. Niat pasang tu untuk hias halaman rumah, 'okay' lah.


97.Saya seorang pelajar yang mendapat biasiswa. Adakah wajib saya membayar zakat fitrah ataupun bapa yang kena membayarnya?

Jika pelajar tersebut telah mampu menyara hidupnya sendiri, bapa tidak lagi membayar zakat fitrahnya.


98.Adakah balik beraya boleh dikira sebagai urusan? Berapa lama seseorang itu boleh jamak qasar kalau dia tak tahu berapa lama dia balik beraya kat kampung?

Ya, dikira urusan. Kalau tak pasti, boleh jamak 18 hari.


99.Tak apa ke kalau kita saja-saja bertakbir raya? Ada orang kata tak elok bertakbir masa bukan hari raya.

Bida'ah tapi tidak berdosa.


100.Boleh sebut "Gong Xi Raya" dan "Deepa Raya"?

Lakum diinukum waliadin (bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami).



No comments:

Post a Comment