TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Monday, April 20, 2015

Hadis palsu kelebihan Puasa di Bulan Rejab

Hadis palsu kelebihan Puasa di Bulan Rejab
Hadis palsu kelebihan Puasa di Bulan Rejab

Hari ini, 20 April 2015 merupakan 1 Rejab dalam kalendar islam. Apabila tiba bulan Rejab, mesti ada mesej berantai seperti di dalam gambar diatas yang menerangkan kelebihan puasa di bulan Rejab. Bukan pada tahun ini sahaja, tapi tahun-tahun sebelum lagi mesej seperti itu tersebar.


Sumber dari Portal Rasmi Fatwa Malaysia:


"Bulan Rejab merupakan salah satu daripada 'al-Ashur al-Hurum' (bulan-bulan haram) selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah. Bulan-bulan haram merupakan bulan mulia sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 36, yang bermaksud, "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi. Antaranya empat bulan haram (yang dihormati). Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)...."Abu Bakrah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Sesungguhnya masa itu beredar sebagaimana hari Allah mencipta langit dan bumi iaitu setahun itu ada dua belas bulan. Antaranya ada empat bulan haram (yang dihormati) iaitu tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram. Seterusnya Rejab iaitu antara bulan Jamadilakhir dan Sya'ban." (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Imam Ibnu Rajab al-Hanbali menjelaskan, maksud Rejab ialah agung (Lata'if al-ma'arif, hlm. 117). Oleh sebab itu, bulan Rejab adalah bulan yang agung dan mulia. Antara keistimewaan bulan Rejab ialah berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj yang menurut majoriti ulama' ia berlaku pada 27 Rejab."


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hadis palsu kelebihan Puasa di Bulan Rejab ini, anda boleh membacanya di link ini http://www.e-fatwa.gov.my/artikel/bulan-rejab-kemuliaan-dicemari-kepalsuan.  

2 comments:

  1. hadis palsu berleluasa..skrg sangat bahaya...

    ReplyDelete
  2. yg heran org bukan main rancak forward sana sini =.=
    tu kdg2 MG dapat MG biar je
    bukan sebb xnk share sbb xtahu sahih ke tak nk sebar ilmu kat org .
    thank share this :)

    ReplyDelete