TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Thursday, March 19, 2015

Sim Kad Rakyat 1 Malaysia (SR1M)

Sim Kad Rakyat 1Malaysia (SR1M)
Sim Kad Rakyat 1 Malaysia (SR1M)

Pada 16 Mac 2015, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek telah melancarkan satu sim telekomunikasi yang baru iaitu Sim kad Rakyat 1Malaysia (SR1M) . Ianya adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah, sederhana dan pelajar mengurangkan perbelanjaan ke atas penggunaan telekomunikasi.

Harga bagi Pek permulaan SR1M ialah RM5.90 setiap kad sim. Bagi pelan SR1M, pengguna akan dicaj 8 sen bagi setiap 30 saat panggilan, 8 sen bagi setiap SMS dan 5 sen bagi setiap MB data yang dimuat turun.

Kadar SR1M


Bagi yang ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkaitan sim terbaru ini, anda boleh menlayari pautan INI. Senarai pengedar dan cara pendaftran sim tersebut ada dilaman rasmi SR1M.

No comments:

Post a Comment