TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Monday, January 12, 2015

Drama Asam Pedas Untuk Dia - Slot Dahlia TV3

Asam Pedas Untuk Dia
Drama Asam Pedas Untuk Dia - Slot Dahlia TV3

Slot terbaru di TV3 iaitu slot Dahlia yang mula bersiaran pada 10 Januari 2015. Drama pertama untuk slot ini ialah Asam Pedas Untuk Dia. Drama ini dilakonkan oleh pelakon Shukri Yahaya dan Dayana Roza. Drama 28 episod ini akan bersiaran setiap hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad pada jam 7 malam di TV3 selama 1 jam. 

Sinopsis Drama Asam Pedas Untuk Dia 

Ainin Sofiya hanya pembantu rumah separuh masa.Tugasnya bukan setakat mengemas rumah malam urusan dapur juga. Buat pertama kalinya, asam pedasnya mendapat pujian. Dalam diam,dia diperhatikan anak majikan Ahmad Ziyad. Asam peda Ainin menjadi kegemarannya. Tanpa diduga, Ainin dilamar,hanya ingin membantu dari segi kewangan. Ainin berkata pada dirinya, Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja dengan hasil usahaku sendiri.

Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini adalah rahsia,ia tidak boleh diketahui oleh keluarganya mahupun girlfriend dia. Aku juga tak boleh hamil! Sampai bila harus aku sorrokkan statusku? jiwaku terseksa! Ziyad tidak memahami perasaanku. Takdir menentukan aku hamil anaknya!



Video Promo Drama Asam Pedas Untuk Dia


No comments:

Post a Comment