TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Wednesday, December 10, 2014

Cara claim dengan pihak PLUS

PLUS
Cara claim dengan pihak PLUS

Jika memandu di lebuhraya, kita selalu terserempak dengan objek2 yang menghalang perjalanan kita seperti serpihan tayar, bumper, besi, batu, kayu dan lain2 lagi. Jika kita terlanggar dan kenderaan kita mengalami kerosakan, tahukah anda kita boleh claim dengan pihak PLUS? Ini adalah kerana kenderaan yang melalui Lebuhraya telah di insuranskan. Caranya mudah sahaja, ikuti langkah2 di bawah:
1. Hubungi Plus Ronda 1800 88 00 00 (ada di belakang kad touch n go atau tiket transit)
2. Bagi tahu lokasi kemalangan dan kemalangan di sebabkan halangan tersebut, pastikan KM berapa dan arah ke mana.
3. Jika kenderaan anda masih boleh bergerak keluar di mana2 plaza tol yang berhampiran. Pastikan resit diambil. Kalo touch n go atau smart tag kena print dari website Plus.
4. Sila buat laporan di kaunter plaza toll. Kemudian pihak plus akan pastikan benar kejadian tersebut dan pihak Plus akan ambik gambar bukti kenderaan anda.
5. Buat laporan di balai trafik yang berhampiran atau di kawasan tersebut.
6. Kemukan claim kepada Plus berserta laporan polis dan gambar kenderaan anda sebelum baiki dan selepas baiki. Walaupun anda claim insurans kenderaan atau guna duit sendiri. Ada lah nanti borang akan di isi di sana.
7. Plus akan membayar ganti rugi kepada anda dalam masa 14 hari dari tarikh kita kemukan report polis dan gambar.
Sumber: Facebook

2 comments:

  1. perkongsian yang menarik. adakala kita tak tahu perkara seperti ini boleh dilakukan

    ReplyDelete