TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Tuesday, November 4, 2014

Permohonan pertukaran Ujrah pinjaman PTPTN

ptptn
Permohonan pertukaran Ujrah pinjaman PTPTN


Permohonan pertukaran Ujrah boleh dibuat secara dalam talian atau di kaunter PTPTN di seluruh negara sepanjang tempoh promosi Jom Tukar Ujrah mulai 1 Oktober 2014 hingga 31 Disember 2014. Permohonan pertukaran ini boleh dilakukan secara online (KLIK SINI) atau mengisi borang secara manual dan hantar borang tersebut di kaunter PTPTN yang berhampiran dengan anda. Borang permohonan secara manual boleh dimuaturun di pautan INI. Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh layari website PTPTN http://www.ptptn.gov.my/.

Syarat Permohonan pertukaran Ujrah

Pertukaran pinjaman kepada pembiayaan Ujrah (1%) kepada semua peminjam KECUALI:
  • Penerima WPP bukan peminjam.
  • Peminjam disahkan meninggal dunia atau ilat.
  • Peminjam telah mendapat pelepasan bayaran balik kerana mendapat Ijazah Kelas Pertama.
  • Peminjam yang tidak bersetuju untuk membuat penggabungan pinjaman sekiranya mempunyai lebih daripada satu pinjaman konvensional.

UJRAH adalah upah 1% setahun pada kadar rata bagi menggantikan kos pentadbiran 3% dan 5% setahun atas baki berkurangan.

Mulai 1 Oktober 2014, peminjam yang mempunyai lebih dari 1 pinjaman diwajibkan untuk menggabungkan kesemua pinjaman untuk melayakkan pertukaran UJRAH.

Sekiranya tidak bersetuju, peminjam akan kekal di pinjaman konvensional dengan kadar kos pentadbiran 3% dan 5% setahun atas baki berkurangan

1 comment:

  1. dah buat.. siap tolak gaji setiap bulan.. malas nak ambik tau dah.. huhuhuhu

    ReplyDelete