Segmen Ben Ashaari : Impian Ku , Seorang Blogger !
Blog aku ni, pada mula memang la 200% entri yang aku update berkaitan dengan personal je. Selepas aku habis belajar bulan Januari tahun ini, baru aku ada masa memperkembangkan lagi jenis-jenis entri di blog aku ini. Kalau ikutkan, blog aku sekarang dah bukan dikelaskan blog personal. Dah macam blog rojak dah. Tapi, tak kisah la..asalkan boleh menyampaikan info-info kepada pengunjung blog ini. Buat masa ini, jenis entri di blog ini banyak berkaitan dengan isu-isu semasa, sukan dan tonton drama. Daripada entri-entri tersebut la, Alhamdulilah..traffik di blog ini amat memberansangkan. Dah la pasal intro blog aku ni, Bro Ben Ashaari suruh cerita ringkas je..hehe
Part kelebihan blog aku ni, aku rasa aku dah ceritakan serba sedikit di perenggan diatas. Dah cukup nak menceritakan kelebihan blog aku ni. Tak ada kelebihan sangat pun, blog biasa je kan.. :)
Apa impian aku bila jadi blogger?. Impian tu tak ada la besar sangat. Ianya sekadar hanya untuk mengisi masa lapang aku yang berstatus penanam anggur berjaya ni. Siapa-siapa yang ada kerja-kerja kosong dalam bidang kejuruteraan awam..roger-roger aku ea..hehe. Apa-apa pun, dari blog ini jugak aku boleh menjana serba sedikit side income sementara dapat kerja ni. So, impian aku sebagai blogger ni bukan la nak popular pun. Tapi, sejak 2 mejak ni..ada la jugak..kalau aku keluar jalan-jalan..orang tegur aku.." Blogger ea??". Time tu, tersipu malu la..iyakan aje la..cukup la..kan keluar ayat-ayat poyo pulak nanti. Apa-apa pun, terima kasih Bro Ben Ashaari adakan segmen ini. Nice segmen bro.. :)
singgah dr segmen yg sama...
ReplyDeletewaa ada hrpn jd blogger terkenal ne nanti hehe
ReplyDeletesinggah. =)
ReplyDeletesalam kenal dan selamat berblog...da terer da ni..hihi
ReplyDelete