Peraturan baru cermin gelap bermula 1 November 2014
Sumber dari Berita Harian, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan peraturan baru berkaitan penggunaan cermin gelap bermula 1 November ini. Peraturan baru ini menyaksikan ketelusan cahaya yang dibenarkan pada cermin hadapan sebanyak 70 peratus; sisi pemandu (50 peratus) dan masing-masing 30 peratus untuk sisi penumpang belakang dan bahagian belakang. Berbanding peraturan sedia ada, ketelusan cahaya yang dibenarkan di cermin hadapan adalah sebanyak 70 peratus dan 50 peratus untuk cermin di sebelah pemandu, sebelah penumpang belakang dan bahagian belakang.
Untuk info lebih lanjut mengenai peraturan baru cermin gelap yang akan berkuatkuasa pada 1 November ini, anda boleh baca berita penuh di SINI.
No comments:
Post a Comment