TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Thursday, September 18, 2014

Kuala Nerus - Daerah baru kelapan Terengganu

Terengganu
Kuala Nerus - Daerah baru kelapan Terengganu

Hari ini, sempena Majlis Pecah Tanah bagi pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Kuala Nerus menjadi daerah terbaharu di Terengganu. Kuala Nerus menjadi daerah kelapan selepas Kuala Terengganu, Marang, Kemaman, Dungun, Setiu, Besut dan Hulu Terengganu. - Berita Harian

Sebelum ini Kuala Nerus adalah sebahagian kawasan daerah Kuala Terengganu. Kini, Kuala Nerus telah diiktiraf sebagai daerah yang baru di Terengganu. Pusat pentadbiran bagi Kuala Nerus mungkin di Gong Badak. Oleh itu, infrastruktur besar seperti Lapangan Terbang Sultan Mahmud,  Stadium Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berada dalam daerah Kuala Nerus.

peta Terengganu

No comments:

Post a Comment