TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Thursday, August 21, 2014

Perlawanan Piala Malaysia 22 Ogos 2014 ditukar kepada 23 Ogos 2014

Piala Malaysia
Perlawanan Piala Malaysia 22 Ogos 2014 ditukar kepada 23 Ogos 2014

Tarikh perlawanan Piala Malaysia yang pada asalnya 22 Ogos 2014 (Jumaat) ditukar kepada 23 Ogos 2014 (sabtu). Jadi semua perlawanan ketiga peringkat kumpulan Piala Malaysia akan bermain pada hari sabtu ini. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menunda perlawanan Piala Malaysia pada 22 Ogos ini (Jumaat) bagi menghormati Hari Berkabung Negara berikutan ketibaan jenazah warga Malaysia mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine. Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, pihaknya sentiasa peka dengan sensitiviti sekeliling terutama melibatkan hari berkabung yang telah diumumkan oleh kerajaan pada Khamis lalu.


No comments:

Post a Comment