TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Friday, July 18, 2014

Pesawat Malaysia MAS MH17 terhempas di Ukraine

Pesawat Malaysia MAS MH17
Pesawat Malaysia MAS MH17 terhempas di Ukraine

Seramai 280 penumpang, 15 kru maut selepas pesawat ditembak jatuh di Ukraine, kata Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine yang dipetik Interfax, agensi berita negara itu. Menurut sumber lain, pesawat itu ialah jenis Boeing 777 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dekat bandar Donetsk, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashchenko. - Berita Harian

Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashenko, berkata di laman Facebooknya, pesawat itu terbang pada ketinggian 10,000 meter apabila ia ditembak dengan peluru berpandu daripada pelancar roket Buk.


No comments:

Post a Comment