TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Tuesday, June 10, 2014

Penjelasan JAKIM mengenai logo halal di Bihun Istimewa cap Masjid

Penjelasan JAKIM mengenai logo halal di Bihun Istimewa cap Masjid

Semalam, banyak gambar-gambar kekotoran kilang bihun tersebar di laman-laman sosial. Kalau dilihat dari gambar-gambar tersebut, memang rasa jijik nak makan bihun yang dihasilkan oleh kilang bihun tersebut. Tak sangka pulak, kilang pembuat makanan mempunyai keadaan yang sebegitu rupa. 

Oleh itu, JAKIM telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai isu tersebut hari ini. Dalam kenyataan tersebut, JAKIM menegaskan bahawa syarikat adalah BUKAN Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan tidak pernah mempunyai sijil halal yang sah dari JAKIM. - JAKIM

1 comment: