TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Friday, March 7, 2014

Kenapa buku Ultraman The Ultra Power diharamkan?

buku Ultraman The Ultra Power

Kenapa buku Ultraman The Ultra Power diharamkan?. Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku ‘Ultraman The Ultra Power’ yang didapati mengandungi unsur-unsur memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan atau yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau yang berlawanan atau mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang atau yang selainnya, memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara.

Alasan kenapa buku ini dikenakan Perintah Larangan:

  1. Ini adalah kerana kandungan buku ini mengunakan watak Ultraman King yang digambarkan seperti Allah.
  2. KDN mengenakan Perintah Larangan terhadap bahan penerbitan ini disebabkan watak Ultraman menjadi watak idola kepada kanak-kanak yang boleh mengelirukan pemikiran kanak-kanak terhadap sifat Allah yang disamakan dengan Ultraman King.
  3. Kalimah Allah juga merupakan kalimah suci bagi umat Islam di Malaysia. Kalimah Allah juga merupakan kalimah yang sentitif dan boleh mencetuskan provokasi bagi umat Islam sekiranya disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika perkara ini tidak dibendung, ianya boleh memudaratkan ketenteraman awam dan boleh mengemparkan fikiran orang ramai.
  4. Perkara ini dibimbangi boleh merosakkan akidah anak-anak umat Islam dengan menyamakan Allah dengan Ultraman.
  5. Watak Ultraman tidak haram, tetapi yang haram adalah terbitan edisi ini sahaja.
Kenapa buku Ultraman The Ultra Power diharamkan?

Sumber info: Facebook

6 comments:

  1. so boikot je buku nie jangan sampai ada kat pasaran kita..

    ReplyDelete
  2. erk...ntah pape la..biar kena banned..tak sensitive pasal agama lnsg...

    ReplyDelete
  3. adeh..teruknya..boikoootttt......

    ReplyDelete
  4. lah pasal ni ke ultraman kena banned? ohh hmm harap lepas ni mereka semua berhati hati dalam mencetak buku atau semuanya

    ReplyDelete