TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Wednesday, March 26, 2014

Karnival Pengajian Tinggi Negara 2014 - Jom Masuk U

Karnival Pengajian Tinggi Negara 2014, Jom Masuk U
Karnival Pengajian Tinggi Negara 2014
Jom Masuk U

Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengadakan Karnival Pengajian Tinggi Negara 2014 zon 1 iaitu zon Pantai Timur pada 28 dan 29 Mac 2014 bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Adik-adik Lepasan SPM dan Lepasan STPM yang berada di kawasan Pantai Timur boleh menghadiri karnival ini untuk mendapatkan info-info berkaitan dengan universiti-universiti yang ada di Malaysia.

Jika anda menghadiri karnival ini, anda akan mengetahui serba sedikit mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di setiap Universiti. Selain itu juga, jika ada pertanyaan mengenai kursus-kursus yang menjadi pilihan anda, boleh la membuat pertanyaan di sana.

JOM!! kiter pakat gi ramai-ramai..

7 comments:

  1. zaman2 ni dah berlalu buat akak... hu hu hu...

    ReplyDelete
  2. bagus karnival mcm nie, semua universiti berkumpul satu tempat, senang nak cari maklumat..

    ReplyDelete
  3. Takder iklan atau laman web khas ker utk karnival jom masuk u ni yer? Kalu ada tlg bg link admin...blh

    ReplyDelete
  4. Aduh...nape jauh sgt..taxde yg lebih dkat dgn kuala lumpur ke..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zon tengah pd 5 dan 6 april kan di upm..tp x pasti betoika ada..?

      Delete