TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Monday, March 10, 2014

Hentikan penyebaran tafsir ayat 41 surah yasin untuk dikaitkan dengan kehilangan MH370

ayat 41 surah yasin

"Hentikan penyebaran tafsir ayat 41 surah yasin untuk dikaitkan dengan kehilangan #MH370. Jelas menyalahi method tafsir yang shahih" - Ustaz Fathul Bari.

Maka berhubung dengan isu kehilangan pesawat MAS MH370 dan ayat dalam surah Yaasin ini sebenarnya tidak ada kaitan langsung kerana beberapa sebab seperti berikut:

1- Dalam bahasa arab perkataan “Fulk” adalah merujuk kepada kapal yang berlayar di atas air. (Rujuk Kamus al-Wasit)
# Maknanya ia tidak merujuk kepada kapal yang berlayar di atas awan (kapal terbang).

2- Ayat ini juga merujuk kepada kapal Nabi Nuh a.s yang belayar ketika banjir yang amat dahsyat ditimpakan oleh Allah s.w.t ke atas ummat Nabi Nuh yang tidak beriman. (Rujuk Tafsir at-Tobari dan Tafsir Ibnu Kathir)
# Maknanya di dalam ayat ini tidak berkait langsung dengan cerita pelayaran kapal terbang.

3- Perkataan “zurriyatuhum” dalam ayat ini pula ditafsirkan oleh ulama dengan dua pendapat:
-Keturunan kaum musyrikin Mekah (diungkit oleh Allah supaya mereka sedar)
-Keturunan yang terdahulu semasa zaman Nabi Nuh a.s. (Rujuk Tafsir Fathul Qadir)
# Maknanya tidak ada kaitan langsung tentang cerita-cerita yang terkemudian daripada zaman Nabi Nuh a.s untuk dikaitkan dengan ‘keturunan’ dalam ayat ini.

4- Bagaimana pula kaedah ulama tafsir yang disebut:
“ Ibrah (pengajaran dalam al-Quran) adalah diambil berdasar umumnya lafaz bukan khususnya sebab turun ayat .” Maka jika melihat kaedah ini bukankah ayat ini boleh juga kita guna pakai untuk kita hari ini yang bukan hanya tertakluk kepada zaman Nabi Nuh a.s?
# Jawapan: Kaedah yang digariskan oleh ulama tafsir ini adalah bermaksud untuk mengambil pengajaran BUKAN untuk menafsirkan keadaan yang berlaku berdasarkan ayat al-Quran.

Ustaz W.Md.Hazim Bin W.Md.Hashim al-Shoubrawy
(Imam Masjid Negeri, Kuala Terengganu)

Sumber: Facebook

11 comments:

  1. harap dihentikan segala tohmahan dan penyebaran berita tentang pesawat MH370.Doakan yang terbaik untuk semua penumpang dan krew...

    ReplyDelete
  2. even xda ahli kluarga kita tlibta, kita ttp rasa sebak.. knpa org2 yg myebarkn kata2 xberasas ni xdapat rasa perasaan mcm tu ? ~.~

    ReplyDelete
  3. sama2lah kita berdoa moga dpermudahkan segala urusan MH370..aamiin

    ReplyDelete
  4. Pengajaran dari ayat : Tak kira sehebat mana pun ciptaan manusia, yg menentukan cuma Allah. Pengajaran dari ayat ini sesuai sepanjang zaman.

    ReplyDelete
  5. Kita kena ambil pengajaran dari ayat ini, mmg la ia berlaku pada zaman Nabi Nuh A.S. Walau sehebat mana pun ciptaan manusia, yg menentukan cuma Allah. Pengajaran ini valid sampai bila2, bukan time zaman Rasulullah SAW shj. Jadi kita hendaklah memohon kepada Allah SWT kerana DIA lah yg memberi Rahmat dan Bala......

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian, boleh ana copy?

    ReplyDelete
  7. Pengajaran dari surah...al quran untuk panduan sepanjang zaman
    dan sejauh mna manusia tersasar arah atau dlm kebuntuan..tentulah berbalik rujuk pd al quran...

    ReplyDelete
  8. Admin yg mnyebarkn ni ada mnyebut " sama ada kebetulan Wallhu 'Alam..Yang Pasti, apa yg pasti Islam itu benar..dan apa yg tertulis didlm al-Quran itu juga benar"(lbh kurang la).. bg sy, admin lebih fokus pd apa yg dberitahu oleh al-quran..gaya bahasa dn pnyampaian yg cba dsampaikan yg sbenarnya adlh betapa agungnya al-Quran,sbb ada peringatan utk hamba Allah yg beriman ttg kekuasaan Allah s.w.t spt yg disebutkn didlm surah yassin ayat 41..apa yg dmaksudkan admin yg mnyebarkan ini adlh lbh kpd Ibrah..bkn bermaksud ayat ini diturunkan utk menceritakan kpd kita ttg kjadian MH 370 ni akan berlaku,ttapi ttg betapa Berkuasanya Allah s.w.t terhadap segala apa yg ada dilangit dan dibumi..bkn penafsiran ayat yg dmksudkan,ttpi pengajaran drp ayat yg cuba dsampaikan..benarlah, apa yg dikatakan, ssungguhnya Islam itu adlh benar, dan al-Quran itu juga adlh benar..tentang kaitan tarikh dan masa yg dikaitkan, admin tu ada mnyebut, "sama ada kebetulan, Wallahu 'Alam"..bermaksud Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya..Wallahu 'Alam Bish Shawab..Apa yang baik itu adalah datang dr Allah s.w.t..dan yg buruk itu dtg dri khilaf diri sy sndiri..mohon perbetulkan andai pndapat ini menyimpang atau t'salah..

    ReplyDelete