TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Monday, March 3, 2014

Buang Link broken

Link broken atau kata nama lain link rosak. Kalau klik link ini, ia akan memaparkan page error. Antara penyebab ianya berlaku ialah kerana page link tersebut telah di padam atau link page tersebut telah ditukar. Keadaan sebegini juga memberi kesan kepada blog yang mengandungi banyak link broken, antaranya memberi kesan kepada tahap SEO blog. Selain itu juga, ia boleh menyebabkan pengunjung merasa kecewa apabila mereka klik link broken tersebut. Justeru itu boleh memberi kesan kepada traffik blog.

Semalam, aku dah scan link broken di blog ini dengan bantuan tutorial dari blogger Kak Kathy. Kak Khaty telah menyediakan tutorial yang lengkap untuk menyelesaikan masalah link broken di blog. Tutorialnya terbahagi kepada 2 iaitu Cara Kesan Link Rosak dan Cara Buang Link Rosak.

Aku scan link broken kat blog ini, ada 45 link broken semuanya. Ambil masa lama jugak nak buang satu persatu. Nasib baik la 45 je, kalau 100..memang pening la nak buang semuanya dalam satu masa. Aku ambik masa hampir satu jam jugak dalam buang kesemuanya. Ye la kan, satu persatu link kena buka..lepas tu..kena buang dan update balik entri yang ada link broken tu.

Link broken

Majoriti link broken yang terdapat di blog ini datang dari entri segmen. Antara penyebabnya, link entri segmen tersebut di delete dan link blog sponsor bagi segmen tersebut telah ditukar. Lepas habis semua link broken aku buang, aku cuba scan sekali lagi..huh..ada lagi..link broken baru detected. Tak banyak, ada 2 atau 3 link yang baru dikesan. Kena scan beberapa kali jugak. Mungkin kali pertama scan tu, ada link broken yang tidak dapat dikesan. Kalau tak silap, hampir 4 kali aku scan. Baru la senarai link broken di blog aku zero.


Fuhh..penat jugak nak selesaikan masalah link broken di blog ni. Perlukan kesabaran jugak nak hadapi semua ni. Rasanya, scan link broken ni kena buat sebulan sekali, baru la zero link broken di blog.

p/s: Korunk dah try scan link broken kat blog krounk tu. Cuba scan, mana la tahu..kot2 ada link broken yang bermaharajalela kat blog korunk..hehe

7 comments:

  1. pernah jugak buat dlu..tapi kena check balik,mana tau ada lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena check selalu jugak link broken ni..

      Delete
  2. wah nampak gayanya nak kena buat juga ni...

    ReplyDelete
  3. Ya betul tu... link broken ni kadang-kadang sebab page atau post segmen di buang... Tapi oleh kerana saya tak pandai dan tak faham apa yang mr google explain cara-cara nak perbetul link broken, maka saya tak pernah buat... Alhamdulillah Wan kongsikan maklumat ni... dan alhamdulillah ada orang sanggup buat tutorial tentang masalah ni... Terima kasih Wan :D

    ReplyDelete
  4. Oo, macam ni rupanya. Dah lama tahu tajuk saja, tapi tak jumpa cara nak buang. sekarang baru jumpa. Terima kasih =)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..kita share info bermanfaat..senang jer nak clearkan kalau buang ikut label.cth macam link segmen,tiap kali buat entri jangan lupa letak label.so,kalau nak padam mudah jer..boleh padam banyak² sekaligus..

    ReplyDelete
  6. Dah alam tak buat check nak buang briken link ini, Nampaknya kena buang broken link kerana tahun baru dah nak tiba.

    ReplyDelete