TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Thursday, January 9, 2014

Penangan Final Year Project sudah berakhir


Setelah 2 semester pengorbanan menyiapkan Final Year Project (FYP) atau dikenali Projek Sarjana Muda (PSM), akhirnya selesai jugak urusan itu hari ini. Sekejap tadi, dah hantar 2 salinan tesis di fakulti. Dengan itu, selesai la menyempurnakan FYP untuk pengajian ini.

Alhamdulilah kehadrat Ilahi, kerana dapat jugak menyiapkannya mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang menyiapkan projek ini. Tapi, dengan pertolongan penyelia iaitu Encik Salman Bin Salim dan rakan-rakan seperjuangan dapat jugak menghadapi semua dugaan dan cabaran tersebut. Tak lupa juga, kepada keluarga yang selama ini banyak memberi dorongan. 

Jutaan terima kasih kepada mereka semua yang telah banyak membantu dan memberi kata semangat sepanjang menjalankan projek. Hanya ungkapan terima kasih mampu diberikan. Terima kasih semua...!

2 comments:

  1. tetiba rindu zmn belajar huhu padahal baru je sebulan lebih tinggalkan uni haha

    ReplyDelete
  2. Tahniah. Syiera pun tengah tunggu hardcover tesis :)

    ReplyDelete